Langkau ke kandungan utama

Kehancuran Remaja Zaman Sekarang

Samada sedar atau tidak, sudah banyak lambakan blog berunsur lucah diterbitkan dalam dunia maya. Bukan setakat gambar separa bogel, malah gambar bogel gadis dan perempuan remaja banyak disebarkan menerusi blog. Bukan perkara baru, ia perkara dah lama berlaku. Setiap kali report dibuat ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia); setiap kali itulah jejak blog dan laman web ini pandai mengelak diri.

Saya sendiri sudah beberapa kali hantar beberapa aduan mengenai laman web dan blog lucah yang semakin berlambakan ini. Bukan itu sahaja, lari di blog, mereka terbitkan di laman sosial seperti Facebook, dan jangan terkejut ... laman Instagram pun sudah ada unsur begini.

Saya melihatkan ramai jadi mangsa adalah gadis remaja. Kenapa saya kata mereka mangsa? Sebab si jantan tak nampak muka, apatah lagi tubuh. Yang terjojol dan terdedah habis hanyalah perempuan. Jadi, yang malu 1000 peratus adalah siapa? Tentulah si perempuan malang itu. Yang jantan .... nampak ranting dan nampak dahan sahaja.

Ntahlah. Dah berapa kali dibuat pendedahan sana sini, namun masih ramai lagi mangsa terutama remaja perempuan terkena. Suka sama suka? Hmmm ....saya pun tak tahu nak fikir apa.

Mana fungsi ibubapa? Adakah keluarga Malaysia semakin punah institusinya?

Ini hanyalah salah satu daripada banyak gejala sosial yang membimbangkan.

Jika anda seorang remaja, mungkin ini bukan satu masalah berat. Tapi bagi saya, yang ada anak - 2 lelaki dan seorang perempuan, memang sangat risau. Risau memikirkan satu hari kelak berlaku benda seperti ini kepada anak-anak.

Ya Allah ... mohon dijauhkan daripada perkara tidak elok dan menjatuhkan maruah ini.

Jadi, sekarang ... persoalan. Apakah yang boleh kita lakukan sebagai blogger Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab? Adakah nak dibiarkan kehancuran remaja dewasa ini berterusan sampai rambut menjadi putih, dan otot menjadi kendur?



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Masalah ni smkin serius. Inilah akibat dasar keterbukaan drpd ibu bapa sndr. Anak2 dibiarkan malah digalakkan utk berkwn dgn bukan mahram...malah seolah-olah hal itu tak salah dr segi agama.

    BalasPadam
  2. nauzubillah... jemput lawat dan xchnge list klu sudi hehe Tak Mungkin Benar

    BalasPadam
  3. Kena terapkan bnyk nilai2 Islam dlm diri anak2. Mmg susah tapi bagi saya punca utama masalah2 nih berlaku sbb kurang didikan agama. Mmg ada anak2 sampai pandai mengaji, tapi masih buat perkara2 macam ni, hingga ada yg murtad tapi ajaran Islam tu luas, bukan setakat kena ajar amal ibadah.

    BalasPadam
  4. Assalam. Sangat membimbangkan.

    BalasPadam
  5. Isu ni semakin hari semakin berleluasa.. kalau tak dibendung sekarang.. memang parah..

    BalasPadam
  6. kawalan daripada keluarga dan masyrakat penting bro..didikan agama tu yg perlu kita terapkan betul2..bukan sekadar ala kada je

    BalasPadam
  7. mmg dah makin tak dapat dikawal .. risau dibuatnya

    BalasPadam
  8. skrg memang dah teruk masalah sosial

    BalasPadam
  9. mungkin disebabkan sistem education yang masih didalam "process".

    BalasPadam
  10. tak tau nak cakap apa.. semoga keluarga kita semua dijauhi dari gejala itu..

    BalasPadam
  11. smuanya bmula dr rmh..cara nk terangkn ilmu tu pun kene btul jugak..br blh sampai pngtahuan yg btul kpd anak2..terbuka sgt tak boleh, tertutup sgt pun tak boleh..yg pnting, sesape yg jd parents tu kene pandai la filter apa yg anak2 boleh n tak boleh buat....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…