Facebook Ardi Hamza - Suspek Pembunuhan Kakitangan Ambank

Hebatkan dunia tanpa sempadan, internet ini; mana tidaknya, suspek pembunuhan kakitangan Ambank yang menjadi isu terhangat pun ada akaun Facebook sendiri. Facebook Ardi Hamza, suspek pembunuhan kejam kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak dua tiga hari lalu.

Facebook Ardi Hamza - Suspek Pembunuhan Kakitangan Ambank

Facebook Ardi Hamza dikenalpasti oleh ramai pengguna Facebook dengan menggunakan nama akaun Ardi Ode Putra Katela. Di dalam akaun tersebut, ada gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu, dengan status terakhir tertulis "Jum Blik kampung kita.... mat mlam all".
Pihak PDRM telahpun sedia maklum akan perkara ini dan sedang memantau dengan rapinya. Antara kandungan Facebook milik suspek adalah beberapa gambar memperlihatkan longgokan wang tunai, suspek di gym dan beberapa gambar suspek berpakaian seragam pengawal.

Kandungan Dalam Album Gambar Facebook Ardi Ode Putra Katela


Memetik Berita Harian Online:
Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya.

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang.

Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000.

Saya harap kes ini dapat diselesaikan segera supaya dapat tenangkan segala keributan dan kesedihan pihak keluarga mangsa. Saya sendiri terkejut apabila isteri memperlihatkan gambar mangsa pembunuhan ini yang sungguh menyanyat hati. Memikirkan akibat tidak elok, isteri saya terus padamkan gambar mangsa yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

Ramai juga blogger yang memuat naik gambar mangsa yang meninggal dunia akibat ditembak di kepala itu, dan ramai juga telah melakukan tanggungjawab untuk membuang gambar tersebut dalam entri blog mereka sebagai menghormati permintaan keluarga mangsa. Alhamdulillah, kita blogger Malaysia boleh sahaja bertolak-ansur dan melakukan sesuatu yang baik - dan bukan hanya mengejar trafik blog semata-mata.

Mari doakan kebaikan kepada keluarga mangsa Norazita Abu Talib, dan saya ucapkan takziah. In Sha Allah, dengan doa ramai, suspek akan dapat ditangkap dan kes dapat diselesaikan segera.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Alin Marlini Alin Marlini October 29, 2013
semoga dpt diberkas segera dan smg roh dtempatkan bersama2 org beriman
amir zahari amir zahari October 29, 2013
semoga manusia hati binatang ni diberkas dan dibicarakan kt sini kalau dia balik sana harap dapat kerjasama dari pihak berkuasa indonesia..
Incik Zarif Incik Zarif October 29, 2013
Manusia semakin kejam. Harapnya cepat selesai kes ini
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum October 29, 2013
semoga di permudahkan amin
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim October 29, 2013
alfatihah...hebat teknologi sekarang.
the garang the garang October 29, 2013
ramai rakyat kita rasa tak selamat lagi berada di malaysia, sebab tu rasanya polis dah kena bertindak cepat kembalikan keamanan negara ni.

lama tak datang sini btw :)
safarina mohd fadzil safarina mohd fadzil October 29, 2013
semoga cepat2 la kena tangkap pembunuh tu..

dah x selamat skrg ni. kluar rumah pun pikir 3-4 kali . =(
kucha lana kucha lana October 29, 2013
biar cepat2 kena tangkap orang macam ni..dan diberikan hukuman yg setimpal
Sukma Haron Sukma Haron October 29, 2013
geram rasanya, hope dapat segera ditangkap pembunuh ini...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 29, 2013
In Sha Allah, mari sama-sama doakan yang terbaik.
Raudzah Z Raudzah Z October 29, 2013
Banyak kes yang tersembunyi disebalik kes pembunuhan ni HH..semoga kes ni dapat disettlekan segera...
deno deno October 30, 2013
malaysia dah kurang selamat skrg ni.. semoga penjenayah ini diberkas dgn segera
Mas Zull Mas Zull October 30, 2013
assalamualaikum hh...al-fatihah n kesian sgt ngan keluarga mangsa harap2 pembunuhnya dpt ditangkap dgn segera...:(

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.