Mungkin mereka yang telah 'bersama' dengan Dr Azizan Osman telah pun tahu mengenai berita perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies. Perletakkan jawatan itu berkuat-kuasa hari ini - 1 Oktober 2013. Satu siaran media telah dikeluarkan di blog Dr. Azizan Osman berkaitan perkara ini.

Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks Group of Companies


Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta.

Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.

Kredit: Blog Dr Azizan Osman




20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah join seminar dia..memang superb..

    BalasPadam
  2. dan mungkin lepas ni ada perancangan yang lebih besar yang bakal beliau lakukan... all the best in his future undertakings hendaknya... ^_^

    BalasPadam
  3. saya baru jer dapat e-mail beliau .....perancangan yang lebih hebat lepas nie.....

    BalasPadam
  4. Dia memang hebat...! moga lebih berjaya lagi hendaknya. Insyaallah!

    BalasPadam
  5. semakin melebarkan sayap nampak gayanya tu

    BalasPadam
  6. Saya juga anak didik beliau, memang DOA hebat. Kita kaya dan berjaya!

    BalasPadam
  7. Memang kenal sangat Dr.Azizan ni melalui media .. nampaknya lepas ni semakin melebar empayarnya...Tahniah!

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Azizan Osman penaja The Red Warrior... #GomoKelateGomo

    BalasPadam
  10. hah yasmin ramzi naik? kawan aku tu!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement