Cinta Alang - Fatien Afiqah

Wow romantisnya .... hebatnya cinta Alang dengan Fatien Afiqah (bukan nama sebenar). Tersebar luas cerita kisah cinta mereka. Bukan setakat di YouTube, tetapi juga di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Perghhh memang hebatlah cinta kamu berdua ini .... satu alam maya tahu tu.

Cinta Alang - Fatien Afiqah (Bukan Nama Sebenar)

Cait, sudah-sudahlah melakukan perkara yang tidak sepatutnya ini. Lagi-lagi apa yang kamu berdua paparkan ini sebenarnya membuatkan hati kedua ibubapa kamu pedih dan kecewa. Kasihan mereka. Dan saya kasihan anda berdua kerana akan berdepan dengan pelbagai tohmahan, kata keji dan segala bagai benda tak elok.

Tak fikirkah akan akibat?

Nak bercinta boleh, tapi kenalah ikut peraturan agama dan budaya. Ini sampai tunjuk kat dunia berpegangan, cium-cium pipi .. adeh .. mau bikin drama? Jangan gitu, nanti sesal kemudian hari. Jangan buat lagi ehhh, ingat dosa pahala, ingat agama, ingat mak bapak, ingat ingat Tuhan yang sedang Maha Melihat, ingat malaikat kiri dan kanan. Ingat tu ... mesti ingat ... walaupun kamu fikir kamu sedang bersendirian di dalam bilik.


Bukan satu .. bukan dua... ada tiga video (setakat ini) di YouTube yang paparkan kisah cinta dua remaja ini. Salah satu video itu, ada dialog berikut:

“Hi, this is my love, nama dia Fatien…”
“Siapa ambil dia daripada saya, saya bunuh dia”
“Saya sayangkan dia tau..(cium)..Hmmm..(cium).”
“Kitorang nanti nak ada anak… nama anak kita sape tu yang?”
“Afikah?”

Erkkk ....

Sumber: MyNewsHub

*p.s: Maaf kalau ada yang tersinggung hati, bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, tetapi perkara ini bukan pertama kali terjadi. Adakah kita mahu anak-anak kita dan remaja hari ini terus menjadi hanyut seperti ini?


{ 9 comments.. read them below or add one }

Ayu Zan Ayu Zan October 08, 2013
sedih tengok mcm ni. Allah tutup aib kita. tp kita pula buka aib sndiri.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid October 08, 2013
ini baru satu contoh ni abang... ada banyak lagi sebenarnya kat luar sana, budak zaman sekarang dah tak macam budak zaman dulu, tak dinafikan dulu pun ada, tapi sekarang ni memasing memang daring expose lebih2an... rasa bangga bila ber-couple...
kucha lana kucha lana October 08, 2013
betul tu..dorang tak fikir ke apa mak ayah dorang akan rasa nanti..bila tengok video ni..yg update gambar hot dkt fb tu bro dh tengok ke?..yg tu lagi teruk
Shark Kay Shark Kay October 08, 2013
hihi..
ada lg ini macam,
sampai bila plak hubungan mereka ni nk kekal.
Sya Mimie Sya Mimie October 08, 2013
masa tengok video ni pertama kali, terkejut juga.. tak tahu nak cakap apa.. berani juga mereka ni...
NURSHAKIRA ABDUL HALIM NURSHAKIRA ABDUL HALIM October 08, 2013
erk? :( lupakan yang tu abang HH, jom sini jom :)

Korang nak topup RM30 tak ??
Ok! Shakira kembali dengan segmen ketiga !! Huhu..
Korang kena bikin dialog je !! Senang !! Jom :)

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/bikin-dialog-gambar-minah-ni-kalau-nak.html
rodiyatul akmar rodiyatul akmar October 09, 2013
hahaha , harap2 benda ni dijadikan pengajaran buat kita semua . apa pun kesian mak ayah dorang kan .

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.