Langkau ke kandungan utama

Candy Crush - Permainan Yang Bahaya!

Dah lama saya tak main Candy Crush, tersekat di level 103 kalau tak silap. Permainan Candy Crush ini memang satu kegilaan. Sejak permainan ini diperkenalkan kepada saya oleh adik ipar semasa bertandang di Putrajaya, saya terus addict untuk bermain. Dari telefon Android dan kini bermain di iPad Mini; ia menjadi antara permainan mesti main setiap hari. Namun, apa yang dipaparkan di akhbar mengenai Candy Crush adalah sesuatu yang agak membimbangkan - ia sebenarnya permainan yang bahaya!

Permainan ini menjadi popular apabila diperkenalkan di Facebook, laman sosial yang mempunyai jumlah ahli yang berjuta serata dunia. Ia semakin menjadi kegilaan apabila boleh dimuat turun ke telefon pintar, tablet dan peranti mudah alih yang lain, seperti iPad, iPhone dan telefon Android.
Bahaya bermain Candy Crush terlalu lama

Candy Crush - Bahaya Bermain Terlalu Lama

Sebenarnya tak salah pun nak main permainan Candy Crush, tetapi biarlah berpada. Jangan sampai anda menjadi hamba kepada permainan online yang mudah dimuat turun percuma di Google Play serta App Store ini.

Permainan ini menjadi satu kegilaan dan ketagihan ramai. Keseronokan bermain Candy Crush boleh menyebabkan kelekaan, dan boleh sampai ke satu tahap menjadi penyebab kepada masalah kesihatan. Itu antara yang kritikal. Tetapi apa yang telah saya nampak dan alami, ia sebenarnya sebuah permainan yang melalaikan.

Lalai kerana sudah terikat mahu menghabiskan dan menyempurnakan setiap stage dalam permainan ini. Jika kita tahu ia hanyalah sekadar permainan mencerdaskan minda dan penyelesaian masalah, pasti kita boleh elak dari menjadi hamba kepada permainan Candy Crush ini.

Bermain permainan Candy Crush tidak salah, tetapi apabila kita sebagai manusia 'salah guna'; ia boleh menjadi mudarat. Bermainlah berpada-pada, 2-3 minit rasanya memadai. Kalau dah sampai lebih 10 jam ..uhhh ..kronik dah tu.

Komen

  1. Salam... saya pun jatuh syok jgk main candy crush ni.. tapi tak la smpi ketagih.. baru level 62... huhu. tapi sungguh la game ni melekakan... yang penting kena sedar diri. kalau asyik sgt, tak makan la anak ngan suami.. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya pun skang ni ... saya minta anak saya yang tolong mainkan .... hehehehe

      Padam
  2. tak pernah main game ini, sebab saya takut ketagih dan tak der masa nak main games......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada masa main game, maka tak perlu takutlah untuk ketagih .. sbb memang takkan ketagih disebabkan tak ada masa nak main .. hehehehe

      Padam
  3. Mujurlah saya tak pernah tertarik untuk main game ni dan pelik ramai pulak yang addicted main candy crush ni...siap battle lagi level siapa lagi tinggi...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada apa yang peliknya. Dari dulu permainan online boleh buat ketagih. Macam dalam MIRC, ada channel kuiz ... ramai gak yang habiskan masa nak jawab soalan kuiz dan kumpul mata.

      Padam
  4. Saya awalnya tak main,lama2 terikut sama gara2 org duk request life kat fb..serabut..so terjoin sama.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, adeh .. leh lak camtu ehh?

      Padam
  5. hehe tue la jangan sampai ketagih

    BalasPadam
  6. Memang permainan candy crush sangat popular masa kini. Asyik request life sahaja di fb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... sebenarnya ada trick nak main game ni .. :)

      Padam
  7. belum terbuka hati nak install dan main ni walaupun keliling mia main game ni... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....jangan main nanti tak update blog lak .. :P

      Padam
  8. main juga tapi tak lah ketagih.dah beberapa hari tak main sebab malas dan menyibukkan diri buat benda2 lain spt baca novel n melukis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm melukis .. hobi yang menarik tu.

      Padam
  9. Nasib baik saya tak main. Saya main pc game je. Lagi syok. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Candy Crush pun boleh main di PC ...:)

      Padam
  10. Haha kan saya da kata...

    http://mylovekasih.blogspot.com/2013/10/candy-crush-saga.html?m=1

    BalasPadam
  11. nasib tak pernah amik tahu pasal game ni...ramai suruh cuba main. Nasib pertahan diri kuat dari digoda rakan2...kalau tak mungkin ketagih jugak la...

    jemput singgah sini:
    http://mindakabur.blogspot.com/2013/10/masalah-kelemumur-mula-berkurang-hilang.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... gitulah, ketagihan disebabkan rakan-rakan je pun ...

      p.s: Nak promosi entri ehhh? cuba daftar di Kelab Blogger Belia di Facebook

      Padam
  12. itu dah kira peringkat parah dh sampai sakit belakang..haha

    BalasPadam
  13. Saya pun pernah ketagih game ni dulu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.