Calon Google Ambassadors 2013? Dapat Jadi Jutawan?

Terkedu sekejap apabila terima satu email, siap ada borang suruh saya isikan. Nampak menyakinkan pada mulanya. Tapi, saya mula terfikir, jika benar, mengapa pula dihantar pada email bukan kendalian Google? Email yang saya terima adalah menerusi akaun Yahoo Inc. Jadi, agak pelik. Lalu saya Google untuk dapatkan kepastian. Sah-sah ... saya tidak mungkin jadi jutawan sebegini mudah.

Calon Google Ambassadors 2013? Dapat Jadi Jutawan?

Kalau benarlah, memang saya jadi jutawan macam ni. Tak payah nak convert matawang, tengok banyak kosong kosong pun dah tahu.

Cuba tengok isi kandungan email yang saya terima dalam bentuk pdf ini.
Google Awareness Reward is Fake
Woho.. nganga saya kejap tadi bila buka email ini menerusi iPad Mini yang dapat percuma tu. Tengok tulisan merah yang sengaja dimerahkan (erkk?). Siap lantik jadi Google Ambassadors 2013 lagi tu. Dapat jadi duta Google, pastu dapat duit ribuan ribuan ... perghhh ....

Nasib baiklah emak saya cukup kasik garam gula, kalau tak memang mudah terpedaya ni.

Ada borang disediakan. Siap bagi no faksimili dan email untuk balas.

Cari penyelesaian untuk sahkan.
Fake Google Reward Program
Nah, jumpa variasi kandungan email yang sama. Nampaknya ia satu lagi scam yang sedang berleluasa. Ramai rupanya yang terima email yang hampir serupa. Memang tak boleh blah. Mungkin ini cara mudah nak dapatkan butiran pengguna internet, lalu melakukan penyelewengan.

Berhati-hatilah ya kawan-kawan.

Boleh tengok perbincangan Google Group di sini - Google Product Forum



{ 10 comments.. read them below or add one }

Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah October 12, 2013
Pergh...sekali imbas nmpk mcm menarik dan lumayan. Naseb baik hebat mengesan.
Buletin KPop Buletin KPop October 12, 2013
Saya pun dapat juga, tapi ni ke email yang bukan gmail. memang tak buka pun attachment dia.
Hafizul Hafizul October 12, 2013
Pernah gak dapat lebh kurang macam ni..tapi yang saya dapat tu adsense..mujurlah mak saya pun kasi garam dan gula secukup rasa..tak mudah terpedaya gak lah..hehe
Khir Khalid Khir Khalid October 12, 2013
Fuhh.. takut tngok amount dia.. sengggattt lah.. :D
ShueQry Abdullah ShueQry Abdullah October 12, 2013
saya ada terima email yang sama, tapi saya terus selidiki kesahihannya ..
KHAIRUL AMRAN KHAIRUL AMRAN October 12, 2013
Bertuah la kalau google buat camtu. Tapi tak mustahil kan? tu yang ramai terkena.. Ada ke yg terkena? hahaha
kucha lana kucha lana October 12, 2013
macam2 kes penipuan sekarang ni
Lynn Munir Lynn Munir October 12, 2013
Dalam email tu macam-macam ado...hehehe
Ainim Suju Ainim Suju October 12, 2013
kalau ada yang masih scam emel macam ni, saya taktau nak cakap apa dah
mahmud thalut mahmud thalut October 14, 2013
Assalam. Sangat merisaukan. Macam macam ya.

http://perjumpaanmeeting.blogspot.com/2013/10/pengorbanan-fizikal-dan-perasaan_14.html?m=1

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.