Amalan sedekah adalah amalan yang dituntut oleh agama. Islam sejak dari dahulu lagi telah mengamalkan konsep amal jariah bagi memantapkan ekonomi umat. Malah, dalam menyebutkan sedekah dalam Islam, senyuman pun diambil kira sebagai salah satu cara untuk bersedekah. Maka, menjadi seorang blogger yang suka memberi adalah perkara mulia yang patut dibiasakan oleh blogger Malaysia.

Biasakan Menjadi Blogger Yang Memberi

Tak susah mana untuk menjadi seorang blogger yang memberi. Ada banyak cara dan kaedah; dan salah satu adalah dengan menjadi penaja ke mana-mana kontest anjuran blogger lain, terutama blogger baru.

Bukan apa, saya nampak ramai blogger baru cuba mencari tapak dalam dunia blog ini. Dan ada antaranya cuba melakukannya dengan teknik anjurkan segmen, kontes serta giveaway. Blog mereka masih baru, jadi soal untuk mendapat penajaan memang sukar bagi mereka.

Almaklum sekarang, saya nampak ramai blogger yang dulunya ada 100-200 follower blog dah jadi ribuan disebabkan oleh mereka anjurkan kontes serta giveaway. Blogger yang dah ada pengikut ramai, memang tak sukar nak cari penaja. Sekali naik status di Facebook atau tulis entri di blog cari penaja, ramai yang berebut nak memberikan sumbangan. Berbeza dengan blogger baru.

Dan saya nampak, ada kecenderungan di mana bila blogger baru nak minta tajaan, ada yang tidak respon, apatah lagi bila nampak blog penganjur yang tidak berapa menyakinkan untuk mereka mendapat keuntungan darinya.

Bagilah peluang untuk blogger baru ini. Tak boleh beri banyak, beri sedikit pun tak mengapa. Bantu setakat kemampuan yang ada. Saya pasti ramai yang boleh.

Pada blogger baru yang nak mencuba buat kontes dan giveaway, sila rujuk cara terbaik untuk melakukannya, jangan main buat semborono semata nak dapatkan trafik, nak tambahkan follower atau nak cari populariti.

Blogger baru mesti tahu cara terbaik anjurkan kontes dan giveaway. Nampak senang, tapi sebenarnya agak sukar. Serius. Saya sendiri pernah pening kepala kerana anjurkan kontes satu ketika dahulu.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

21 Komen

satu pandangan dan saranan yang sangat baik daripada saudara hasrul hassan :-)..blogger baru memerlukan suntikan semangat daripada otai-otai :-)

Reply

Orang memberi lebih baik orang yang menerima atau tangan atas lebih baik daripada tangan bawah. Ini digalakkan dalam agama kita Islam...

Reply

apa salahnya tolong menolong antara blogger kan..:D

Reply

blogger2 baru juga memerlukan support drp blogger2 yg dah lama dlm dunia blog kan..^^

Reply

Kita tolong orang, insyallah kita akan dibalas kebaikan suatu masa nanti.

Reply

aku pun masih tak berani nk buat kontest ke apa..sebab takot tak sempat nak handle..

Reply

nak buat tapi xde idea. hurmmm

Reply

Ya, saya dulupun gitu juga, nak dapatkan sokongan dari blogger yang lebih berjaya. Alhamdulillah, saya dapat peluang tu ... dan kini lihat apa yang dah dicapai.

Reply

Benar tu Kamil, kalau kita letakkan agama sebagai asas untuk kita menyampaikan, maka kita takkan lupa apa yang agama dah beritahu. Ia bukan saja-saja tapi untuk capai kejayaan dunia dan akhirat.

Reply

Ya. Bantu berdasarkan apa yang perlu. Kadangkala ada tu macam nak angkat2 dan ampu2 ... biar jelas, biar ikhlas, biar jujur.

Reply

Tak mengapa, biar masa yang menentukan.

Reply

Ya. Konsep yang perlu kita titik beratkan dalam kehidupan. Kalau kita tak mampu, cuba cari alternatif, banyak benda percuma yang kita boleh berikan dalam hidup

Reply

Terima kasih Nurullai .... sokongan anda juga yang menjadikan blog ini lebih bermakna.

Reply

dalam planing nak buat giveway. nak kongsi rezeki dari dunia blog dengan pembaca blog. rezeki lebih baik berkongsi bersama kan

Reply

Assalam
Bantu membantu amalan yang mulia.
Yang membantu Insyaallah akan di bantu .

Reply

saya ade terpikir nak anjurkan contest or giveaway maybe hujung tahun ini..tapi masih mencari lagi cara yang sesuai...

Regards,
-Strider-

Reply

bukan mudah untuk anjurkan kontek.untuk anjur sekejap je siap tetapi untuk mendapat sambutan itu yang kadang-kadang susah sedikit..elok survey dulu sebelum buat kontes..komitmen salah satu faktor penting dalam buat kontes nie..kalo komitmen kurang maka susah la ckit..dari TPK-www.tepakku.com

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.