Tahukah anda perbezaan antara sebuah blog dengan sebuah laman web? Hehehehe... saya sendiri pun tak berapa pasti, tetapi terima kasih kepada rakan blogger +Hanif Idrus yang memberikan pencerahanan mengenainya. Erkk .. ehh mestilah ada beza antara sebuah blog dengan laman web ... takkan sama kot, apakata baca entri ini untuk senduk mana-mana pengetahuan yang mungkin saya dan anda tak berapa nak tahu.
Apa beza blog dengan website?

Apa Beza Blog dengan Laman Web?

Secara amnya, sebuah blog merupakan sebuah catatan ringkas, yang kadangkala anda tak perlu nak tulis apa-apa pun seperti yang berlaku pada setiap hari Rabu - dikenali sebagai Wordless Wednesday. Blog punyai kronologi, dan blog punyai interaksi.

Berbeza dengan laman web, blog lebih bersifat peribadi atau paling tidak ada sentuhan peribadi dalam bentuk penulisan (personal touch). Itu sebab, banyak pengiklan serta syarikat besar suka pada blogger untuk tujuan mempromosikan sesuatu. Sentuhan peribadi ini menunjukkan pengalaman dan rasa sebenar, bukan dibuat-buat hanya kerana bayaran semata (walaupun ada entri yang memang ampu angkat tak hingat punya .. hehehee)

Blog punyai interaksi berkesan antara tuan punya blog dengan pengunjung serta pembaca. Berbeza dengan laman web yang lebih kepada interaksi satu hala - yang kurang melibatkan interaksi segera.

Blog adalah sebuah pemilikan. Tuan punya blog akan jaga blognya manakala sebuah laman web ... hmm diupah orang untuk dikendalikan, jadi sifat belonging itu tidak ada. Kalau blog tak ada pengunjung, tak ada trafik, pasti pemilik akan susah hati .. ye tak?

Ada banyak lagi perbezaan yang boleh disenaraikan, kalau nak tahu lagi, anda boleh jenguk hasil penulisan rakan blogger +Hanif Idrus di entri ini - Perbezaan Blog Dengan Website

 Jangan terkeliru pulak ehh, dan jangan sampai kalau ada mana-mana pakcik atau makcik tanya pada anda - yang memang ada blog tak tahu apa beza blog dengan laman web ... hehhehee.. macam saya ...lalalala...

"Pakcik Hasrul .... blog tu apa ehhh, website tu apa lak? Sama ke? Lain ke?" 

Boleh jawab?

In Sha Allah, dah boleh lepas anda baca entri ini ...kan kan? :P


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

24 Komen

Baru saya faham, blog dgn laman Web memang tak sama ada perbezaannya hehehe..terima kasih HH.

Reply

btol tu...sebab tu ada perkataan "blogger" xde perkataan "websiter"..hehe..

Reply

Terima kasih En. Hasrul atas perkongsian. Kalau orang tanya kak Ain lagi la tak tau nak jawap. he..he..

Reply

nnt lau ada org tnya boleh kita menjawab yer..hu3..baru nampak macma blogger yg berkaliber..hahaha

Reply

yezza.. sy pun confuse sebelum ini. haha

Reply

Betul ke ada perbezaannya...betul apa yang tuan HH katakan blog ni kita dapat beraksi dengan pengunjung, sementara website pula sekadar memaparkan iklan dan maklumat sahaja tanpa ada reaksi pada empunya website...( ia sekadar maklumat, klik link sana, klik link sini ).

Reply

alamak sy bunya weblah bukan blog sebab takde interaksi huhu

Reply

Website kadangkala TIADA pun IKLAN ...macam laman web milik kerajaan - salah dari segi pentadbiran sebuah laman web ada iklan yang tiada berkaitan dengan agensi kerana ia merupakan laman web yang bukan untuk mengaut keuntungan.

Reply

Hahahaa... serius suka dengan alasan - "Baru nampak macam blogger berkaliber"

Reply

Erkk ye la .. tak terfikir pun pasal ni ... :) nice

Reply

blogger lebih kepada org persendirian (hidup) - two way communication, website lebih kepada company one way communication.

Reply

terima kasih banyak2 atas pencerahan yang diberikan...

Reply

Assalam.
Alhamdulillah..akhirnya tahu juga perbezaan antara blog dan website. Terima kasih banyak-banyak Tuan HH dan Tuan Hanif Idrus.

Reply

Boleh bg contoh tak supaya lebih jelas

Reply

Alhamdulillah.. boleh dah jawab lps ni. Klu x boleh jawab bukan blogger namanye hehee :D

Reply

Dan jugak website biasanya takde ruang komen bagai ni. Kena guna email je untuk hubungi :) Tak pernah terpikir pulak topik ni.

Reply

Saya pilih blog kerana ia lebih personal hehehe

Reply

Hmm kita boleh buat banyak lagi topik menarik .. hanya perlu fikir mudah, tak perlu kerut2 pala sangat pun

Reply

Hmm buka blog sendiri, pastu gi laman web kementerian mana-mana di Malaysia ni .. nampaklah bezanya dengan ketara.

Reply

Harap sekarang dah tak konpius lagi ...

Reply

saya tengah buat kajian sebeb baru nak buat blog sendiri

Reply

Bolehkah kita meletakkan www untuk alamat blog? Contoh: www.contoh.blogspot.my

Reply

Boleh. :) Itu benda am harus ada dalam URL internet

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.