6 Cara Menghargai Blogger Terkenal

Mungkin ada yang tak terfikir pun .... tapi saya merasakan ramai antara kita dah salah menghargai blogger-blogger hebat di dunia maya ni. Bukan apa, silap cara sebenarnya. Ini pendapat saya, mungkin ada pendapat lain .... 

Apa kata saya tentang bagaimana menghargai blogger terkenal?

Ohh sebelum itu, siapa blogger terkenal? Blogger terkenal bagi saya ialah blogger yang bila disebut namanya akan dikenali oleh blogger2 lain, atau paling tidak, bila disebut nama blognya. Haa .. memang terkenal. Antara blogger terkenal .. hmm ... hmmm rasanya anda sendiri dah ada jawapannya.

So, bagaimana ehh nak hargai mereka ni? Ke tak perlu dah nak dihargai .. yelah, dah terkenal kan ... buat apa lagi ye tak? Actually, tak salah pun nak menghargai sesapa, tetapi bagi saya, jika blogger tu dah berikan impak kepada sejarah anda berblog, seharusnya anda membuat satu bentuk penghargaan buatnya.

6 Cara Menghargai Blogger Terkenal

Praktikkan Petua Dan Nasihat Yang Diberikan
Jika ia sesuatu yang baik, yang si blogger tu dah buat dan hasilnya pula adalah kejayaan, apa salahnya anda ikut. Mereka beri, bukan hanya untuk anda baca, tetapi untuk anda ikut jejak langkah dan menjadi seperti mereka juga.

Komen Dan Interaksi
Jika ada sesuatu yang anda tak berapa setuju, anda harus memberikan komen anda. Tak semestinya komen anda tu nak angkat2 bakul dia, sesekali jika merasakan ada pendapat lain yang ingin anda kontrakan, nyatakan .... tak semestinya blogger terkenal itu betul, mungkin ada kesilapan yang dilakukan. Blogger terkenal tak bermaksud ia blogger yang kalis salah dan silap. Cuba berinteraksi dengan blogger yang dah ada nama ini, menerusi komen, menerusi segmen, giveaway atau apa sahaja yang membolehkan anda berinteraksi dengan mereka.

Letakkan URL Blog Dalam Senarai Blog Kesukaan Anda
Ramai yang buat, saya sangat pasti. Bila dah suka, pasti kita simpan. Ibarat benda berharga ... kita simpan elok2 ... ada masa kita jenguk2 ...belek2 ..... :)
Tegur Bukan Hentam
Ada mungkin yang macam iri hati atau tak setuju dengan cara blogger terkenal ini lakukan dalam blognya - cara terbaik adalah tegur, bukan menghentam. Ada blogger yang suka benar main hentam2 ni ... ishh tak baik .... buang sifat tak baik tu. Buat hati jadi hitam je nanti. :P

Jangan Puji Lebih-Lebih Takut Timbul Fitnah
Ada blogger yang suka sangat puji menggunung blogger-blogger terkenal ni. Saya syorkan cuba kurangkan sedikit bab2 puji lelebih ni, bukan apa, takut nanti timbul fitnah, ada orang lain tak suka sangat puji lebih2, cukup kadar dah le ... lagipun nak elakkan sifat riak dan takbur pada diri blogger2 yang dianggap terkenal ni. Kalau kita 'sayang' blogger yang kita rasakan banyak dah bantu kita dalam dunia blogging ni, cuba elakkan fitnah menyelubungi blogger tu .. ini lebih baik.

Berikan Backlink Sewajarnya
Nak hargai tanpa orang lain rasa geram ... buatlah backlink. Mungkin ada cerita atau kisah, mungkin petua atau tips yang anda dapat dari blogger terkenal ni, so boleh kongsi, tak perlu puji2 ... kasik backlink dalam entri secara bijak. Boleh kan? 

Gitulah adanya .. ini merupakan pendapat saya, dan saya juga seperti anda mungkin ada silap dalam tajuk yang dinyatakan. Andai setuju, saya syorkan anda copy paste ... tanpa sebarang syarat .. :) moga apa yang bermanfaat ini menjadi benih kebaikan buat semua.

Kredit Foto: http://www.broframestone.com/

 

{ 11 comments.. read them below or add one }

Umar Faruq Umar Faruq June 21, 2011
Yeap.. Sy selalu ingat apa ajaran blogger lain sebab itulah ilmu yang kita dapat dari diorng..
kebanyakan point kat ats aku dah buat.. :)

http://www.umarfaruq.com/2011/06/mega-bloglist-umar-faruq.html
BLADE EDGE BLADE EDGE June 22, 2011
suka dgn tips dr org2 lama...
ohsemtv ohsemtv April 26, 2013
info yg bguna, buat blog baru, ataupun yg dh lama di alam blogger... hehehe
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy October 31, 2013
ambil yang positif sahaja...kurangkan negatif dalam diri untuk menilai orang..peringatan untuk diri sendiri :)
kucha lana kucha lana October 31, 2013
ilmu daripad blogger2 lama tu yg penting kita cedok..tak ad ayg lama tak ada yg baru
Montana Montana October 31, 2013
setuju..terima kasih atas peringatan
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim October 31, 2013
Yang penting semua mesti ikhlas, kerana apa yang kita buat adalah untuk akhirat. Hati mesti baik, jangan dengki sesama kita sudah. Blogger yang senior dihormati dan blogger yang muda disayangi.
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin October 31, 2013
terima kasih diatas tips ni tuan..
tarmizi tarmizi October 31, 2013
Setuju2 tanpa org lama tiada org baru... www.mizisempoi.com
Cik Matahariku Cik Matahariku November 01, 2013
terima kasih panduan ini tuan HH, :)Pandai menghargai antara ciri-ciri orang bersyukur...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.