Langkau ke kandungan utama

5 Pelaburan Utama Untuk Blog Berjaya

5 Pelaburan Utama Untuk Blog Berjaya. Siapa yang sanggup melabur untuk blognya? Saya dulu pun agak segan-segan nak keluarkan duit poket untuk blog ini. Tetapi setelah saya mengetahui betapa pentingnya melabur sesuatu untuk mendapatkan sesuatu, maka saya beranikan diri. Apakah pelaburan untuk blog yang telah saya buat? Anda tentu nak tahu bukan? Dalam entri ini saya akan beritahu pelaburan yang perlu bagi membolehkan blog anda berjaya dalam dunia blog Malaysia.

5 Pelaburan Utama Untuk Blog Berjaya

Pelaburan untuk blog berjaya
Pelaburan dalam pemahaman kali ini adalah pelaburan yang melibatkan wang ringgit. Jangan cakap soal tenaga dan masa, kerana itu adalah pelaburan hakiki yang mesti anda buat, tak boleh tidak ... ia memang perlu. Tetapi pelaburan yang saya nak cakap ialah pelaburan yang perlu anda gunakan dari hasil pendapatan anda - yang kemungkinan besar adalah gaji atau income lain.

Sedekah Pintu Rezeki

Pelaburan pertama yang saya lakukan ialah sedekah. Sedekah adalah pintu rezeki. Ramai yang takut untuk memberikan apa yang ada secara sukarela. Jika anda membaca ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki anda akan faham mengapa ia penting. Malah, ramai usahawan berjaya kini menggunakan formula ini untuk menjadi semakin berjaya.

[Ads] Program Derma Ikhlas RM60 Menjadi RM100K

Apa yang saya buat ialah, pendapatan yang saya dapat dengan blog, saya kembalikan dengan buat segmen, kontes serta giveaway. Saya ambil sedikit daripada pendapatan blog yang ada (yang tak banyak mana) untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pembaca dan pengunjung blog ini. Jika pendapatan saya banyak, maka banyaklah yang boleh saya berikan, jika sedikit sedikitlah. Yang pasti, saya akan cuba melakukan jika ada kesempatan.
Penjenamaan blog dengan kad nama

Penjenamaan Blog Dengan Domain Sendiri

Pelaburan kedua ialah penjenamaan blog ini. Saya gunakan pendapatan hasil blogging dengan membeli nama domain sendiri. Cari nama domain yang sesuai yang akan membawa nama dan jenama dikenali. Nama domain adalah penting supaya anda dapat kekal dan terus bertahan dalam dunia blog. Nama domain menampakkan anda mempunyai blog yang profesional dan ada kredibiliti.

Nak Beli Domain Murah? Saya syorkan ini - KLIK

Untuk meningkatkan jenama, saya jadi penaja kepada beberapa kontes dan segmen kecil. Tak perlu yang besar-besar, sebab yang besar-besar ini sudah ada jaminan penajanya. Setidaknya, saya dapat bantu blogger yang baru nak naik untuk meningkatkan trafik menerusi segmen dan kontes yang mereka buat. Hadiah disalurkan dalam bentuk wang ringgit kerana ia lebih mudah dan menarik.

Hosting Sendiri Untuk Kejayaan Jangka Panjang

Pelaburan ketiga ialah hosting; ya ... saya ada melabur untuk membeli hosting sendiri blog. Tapi blog ini masih kekal dengan hosting Google (blogger.com). Saya ada melabur untuk peroleh domain dan hosting sendiri bagi blog saya yang lain. Ia bukan satu pelaburan untuk penjenamaan, tetapi juga satu pelaburan untuk saya mendapat ilmu baru.

Ilmu Teras Kejayaan Sebenar

Pelaburan keempat ialah mendapatkan ilmu. Ramai yang ragu-ragu untuk mendapatkan produk online digital seperti ebook. Saya dulu pun begitu juga, takut pembelian itu tidak berbaloi, tetapi percayalah, setelah anda beli dan dapatkan ilmu yang anda inginkan, in Sha Allah, tiada sesalan. Paling busuk pun .... akan ada 10 peratus ilmu yang anda dapat dari ebook itu yang akan dipraktikkan.

Ikuti Sistem Kejayaan Pakar

Pelaburan kelima ialah hadiri seminar yang dianjurkan oleh mereka yang pakar. Mungkin seminar itu agak mahal, tapi ianya berbaloi kerana anda mendapat ilmu secara terus ... anda lihat, anda dengar dan anda boleh berikan reaksi dan respon. Ini merupakan pelaburan jangka panjang. Dan ia merupakan pelaburan untuk lebih memajukan blog. Ia merupakan pelaburan peringkat tertinggi dalam menjadikan diri anda sebagai blogger berjaya dan blog anda sebagai wadah online serba hebat.

Semua diatas adalah perkara yang telah saya buat dan lakukan. Dan hasilnya boleh anda nampak sekarang. Bukan mudah untuk blog menjadi antara 300 terbaik di Malaysia menerima trafik. Dan bukan mudah untuk saya berjaya menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Usaha satu hal, konsisten satu hal ... tapi semua itu perlukan ilmu, dan perlukan pelaburan.

Pelaburan biarlah berbaloi, untuk menjadikan pelaburan itu berbaloi, ikutlah langkah kejayaan yang telah dibentangkan kepada anda. Jika anda tidak bertindak dan hanya duduk diam melihat kejayaan orang lain .. sampai ke sudahlah anda akan hanya mengeluh panjang ....

Selamat melabur untuk kejayaan.

Pelaburan terbaik ialah ilmu.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…