4 Punca Resdung Blogger Patut Tahu

Tentu tidak seronok untuk menghasilkan entri terbaru, tetapi hidung berasa gatal, sering bersin setiap kali nak tekan kekunci. Silap-silap skrin komputer jadi mangsa amukan bersin anda. Ini mungkin disebabkan oleh masalah resdung yang dihadapi. Dipercayai, seseorang yang terkena resdung, akan ada masalah seperti sakit kepala dan juga jerawat. Bagi mereka yang ahli dan cekap dalam soal resdung ni, mereka boleh tahu siapa yang ada masalah kesihatan ini.

Sakit kepala, tentu tidak mahu berlaku tatkala ada idea yang mahu diluahkan di blog. Saya nak kongsi sedikit pengetahun mengenai resdung kepada anda semua. Bukan apa, saya nampak relevan blogger perlu tahu mengenai resdung dan puncanya kerana ia boleh ganggu konsentrasi seorang blogger hasilkan entri terbaik. Ye tak?

4 Punca Resdung Blogger Patut Tahu

Untuk info, terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :

1. Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung.

2. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

3. Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

4. Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

Harap panduan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit resdung ni. Lebih baik mencegah dari mengubati ... kan kan ...?

Sumber: Jurnal Kesihatan

4 Punca Resdung Blogger Patut Tahu

6 comments.. read them below or add one

bungaitucantik bungaitucantik October 26, 2011
hmmm..saya de penyakit resdung sebab keturunan..agak truk gak resdung saya neh..huhu
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] October 26, 2011
@bungaitucantik Dapatkan rawatan ...jangan biarkan ia berlarutan
kucha lana kucha lana October 02, 2013
nak rawat resdung ni pun bukan main2..bukan semua ubat bleh menjadi
Sukma Haron Sukma Haron October 02, 2013
kekadang kita tak tahu penyakit resdung ada di pada diri kita sendiri.......mencegah adalah lebih baik.....
Farisya Anastasyia Farisya Anastasyia October 02, 2013
alhamdulillah.resdung FA dah semakin baik sebab FA berpantang dalam bab pemakanan.Tak boleh makan sembarangan.Hidung ni salah satu pinjaman dari Allah.Jagalah sebaiknya.
Nazrie Abdul Karim Nazrie Abdul Karim October 03, 2013
memang susah nak buat apa pun bila resdung datang..hurmm..rawatan tradisional lah jalan terbaiknya

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.