2 Cara Termudah Buat Duit dengan Blog Tanpa Produk

Buat duit menerusi blog anda tanpa perlu ada produk, boleh ke tak boleh? Kalau anda blogger baru, mungkin tak nampak peluang ini. Sebenarnya boleh, malah saya akan tunjukkan dua cara paling popular dan termudah untuk sesebuah blog menjana pendapatan tanpa perlu produk. Ya, memang boleh, dan saya sendiri dah berjaya melakukannya.

Jadi, bagaimana nak buat duit dengan blog tanpa produk sendiri?
2 cara mudah dan popular buat duit dengan blog tanpa produk

2 Cara Termudah Buat Duit dengan Blog Tanpa Produk

Cara Mudah Pertama Buat Duit Tanpa Produk

Salah satu cara paling mudah ialah dengan menyediakan tapak iklan untuk disewakan di blog anda. Siapa yang mahu promosi dan letak iklan di blog anda, mereka akan dikenakan caj atau sewa.

Mengapa perlu sewa walhal anda menggunakan platform percuma blogspot? Ini adalah kerana untuk membayar usaha anda mempromosikan blog anda. Usaha anda ping entri blog sana sini, usaha anda jadikan blog mesra SEO serta usaha anda mengemaskini blog anda supaya blog dapat trafik; yang secara tidak langsung akan mendedahkan pengunjung dan pembaca blog kepada iklan yang tersedia papar.

Namun begitu, saya nasihatkan kepada blogger yang bercadang mahu menyewa tapak iklan di blog memahami tanggungjawab yang mereka harus laksanakan - iaitu memastikan trafik ke blog sentiasa mantap dan berbaloi untuk pengiklan letak iklan. Tunjukkan bahawa sewaan tapak iklan itu berbaloi dan tidak merugikan mereka.

Sebuah blog yang boleh mendapatkan trafik sehingga 4,000 - 8,000 pengunjung unik sehari; dianggarkan boleh meletakkan sewaan tapak iklan di blog dari RM150 sehingga RM300 sebulan! Jika blog itu menyediakan sebanyak 3 ruang tapak iklan dengan sewa RM200 ... maka dengan mudah blog tersebut boleh menjana RM600 sebulan secara konsisten!

Cara Mudah Kedua Buat Duit Tanpa Produk

Cara kedua untuk buat duit dengan blog tanpa produk ialah dengan menyertai affiliate atau program yang menyediakan PPL (Pay-Per-Lead). PPL adalah satu program di mana blog anda membawa pelanggan kepada pihak-pihak tertentu. Pihak ini pula mendapatkan butiran pelanggan tersebut untuk tujuan promosi ataupun bagi tujuan pemasaran mereka.

Contoh paling mudah ialah ChurpChurp dan juga 8Share. Anda promosikan khidmat, pengunjung daftar menerusi link yang disediakan, dan anda akan dapat komisen mudah. Selalunya komisen ini dalam lingkungan RM0.20 sehingga RM2.00 bagi setiap satu pendaftaran berjaya dilakukan.

Banyak contoh lain yang boleh diberikan untuk program PPL ini, tetapi saya sangat syorkan program di bawah yang nyata boleh berikan keuntungan berganda.
  • 8Share - Rakan atau pengunjung yang daftar percuma akan terima RM1, dan anda akan terima RM1 apabila rakan anda berjaya peroleh komisen RM2 pertama.
  • ChurpChurp - Anda akan terima RM1 setiap pendaftaran baru yang berjaya dari blog serta laman sosial anda.
Siapa yang belum mencuba, boleh cuba dan dapatkan komisen pertama atau pendapatan pertama daripada blog anda, tanpa perlu anda punyai sebarang produk pun ....

Sebelum habis baca entri ini, cuba bayangkan andai penyata ini tiba ke dalam inbox anda.
Komisen agen affliate



{ 47 comments.. read them below or add one }

Joe Haz Joe Haz October 20, 2013
no 1 kalau visitor blog meriah.. dan no 2 kalau ramai follower.. memang masyukk!
Muhammad Syazwan Norhalik Muhammad Syazwan Norhalik October 20, 2013
antara nak buat dan tak nak buat je.. :)
Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah October 20, 2013
Wahh...peluang terbaik dan terbuka utk semua mencuba. Thanks bro HH atas perkongsian. Banyak lagi kena improve utk diri wan sendiri nih.
mahmud thalut mahmud thalut October 20, 2013
Assalam. Rasa nak buat sangat-sangat ni. Tapi masih lagi terkial-kial .
Khir Khalid Khir Khalid October 20, 2013
T kasih diatas info.. sgt bermanafaat :)
piqa da bajitos piqa da bajitos October 20, 2013
thanks info
mouse ni pon masih belajar pelan2 ni
hehe
tarmizi tarmizi October 20, 2013
Kakikedai.com tunetalk excel rupanya.
sha my heart sha my heart October 20, 2013
Terima kasih berkongsi. Bermanfaat
terry rotten terry rotten October 20, 2013
Tips, petua dan advise yg sgt diperlukan ..... :)
kamil salleh kamil salleh October 21, 2013
Hanya dua cara saja kenapa tak letak 5 ke....Ini menunjukkan ia sangat mudah hanya memerlukan 2 cara saja. Jika yg satu tu tak berkesan kita masih ada yang satu lagi. Terima kasih tuan HH sudi berkungsi info...semoga banyak manfaat untuk pengunjung setia di blog tuan.
mrhanafi mrhanafi October 21, 2013
terima kasih kerana perkongsian ini..
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad October 21, 2013
oh... terima kasih atas pencerahan. Saya dah buat ke dua2nya. Yg nombor 1 memang masyuk selalu. Yg nombor dua tu slow sikit, masih belajar lagi. Baru tahu kakikedai tu tunetalk. Sy dah join tapi tak jumpa banner utk pasang dlm blog. Terima kasih sifu :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 21, 2013
Hmm .. tak semestinya .. :) teknik kena aplikasikan, kalau teknik tak betul pun tak jalan gak
Adam Faiz Adam Faiz October 21, 2013
Perkongsian yang menarik :)
Muhamad Wafi Remli Muhamad Wafi Remli October 21, 2013
Harap HH sudi melawat blog saya:) wafiremli.blogspot.com
Abdul Halim Ismail Abdul Halim Ismail October 23, 2013
saya suka dgn PPL sebab x perlu minta org keluarkan duit. PPL kakikedai tu agak confuse. Nak daftar kat mana?
Abdul Halim Ismail Abdul Halim Ismail October 23, 2013
saya suka dgn PPL sebab x perlu minta org keluarkan duit. PPL kakikedai tu agak confuse. Nak daftar kat mana?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2013
Nak dapatkan PPL kena daftar dengan bayaran :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2013
Ya. Masing-masing akan perbaiki diri jadi lebih baik.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2013
Pelan-pelan .. jgn gopoh.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2013
Terima kasih banyak-bnayak
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2013
Hmm... satu-satu, lama-lama akan jadi banyak-banyak ..:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 24, 2013
Betul tu, kalau nak seribu daya ... macam2 cara boleh buat untuk dapatkan hasil yang betul
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 24, 2013
Terima kasih, moga akan lebih ramai blogger boleh jana pendapatan dengan blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 24, 2013
Ya Kucha Lana ... tips untuk lebih ramai blogger berjaya hasilkan duit sampingan dengan blog
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 24, 2013
:) simple kan? Semua orang boleh buat punyalah ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 24, 2013
Semalam saya ada singgah ... :)
Mummydearie Mummydearie October 24, 2013
Sangat menarik info ni. Suka-suka tulis blog tapi sebenarnya boleh menjana pendapatan kalau kena gayanya.
suaramirza suaramirza October 30, 2013
Assalamualaikum Bang Hasrul. Saya punya sebuah pertanyaan untuk Bang Hasrul,apa di wordpress.org kita masih diijinkan beriklan? Inilah blog utama saya yang terbaru >>> https://perahucadik.wordpress.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 30, 2013
Mengapa tidak? Boleh saja ....
sz sz April 28, 2014
Maklumat berguna... Tapi nak dapat trafik 4000-8000 sehari tu , susah juga tu... Ada tips boleh share ke?
Nurain Adnan Nurain Adnan May 09, 2014
Thanxs sharing : ) Sgt membantu. kasi Thumbs up sket! hew.hew.

http://nurainhidupku.blogspot.com
Yun Yunus Yun Yunus June 20, 2014
Ada sedikit membantu. Terima kasih. Lawat blog sy di http://mimpitidur.blogspot.com
heryhery September 29, 2014
assalam...saya berminat .tapi mcm mana saya nk mulakan..saya masih 0.xtau ape2
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 29, 2014
Saya ada berikan pautan di atas, klik dan daftar sahaja.
Norazira Iera Norazira Iera April 15, 2016
Terima kasih atas perkongsian.. Nak cuba lah buat ☺️

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.