10 Tips Tempias Trafik Visit Malaysia 2014 #VMY2014

Rasanya semua dah sedia maklum mengenai kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Kempen ini dilakukan serata dunia, malah pihak Tourism Malaysia telah pun mengadakan promosi besar-besaran bagi menjayakannya. Saya sendiri dah Google, dan nampak banyak artikel serta laman web yang dibuat khusus untuk memastikan Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2014) berjalan lancar.
Visit Malaysia Year 2014 #VMY2014 - Guide for Malaysian Blogger

Jadi, sebagai blogger Malaysia, inilah kesempatan dan peluang untuk menerima trafik tempias daripada kempen yang dijalankan ini. Tak sesukar mana, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyediakan entri-entri terkini mengenai Malaysia, tempat menarik, makanan sedap-sedap, aktivti-aktiviti dan sebagainya. Guna kata kunci seperti #VMY2014, Tahun Melawat Malaysia 2014, Visit Malaysia Year 2014, Visit Malaysia 2014 serta #TMM2014.

Ok. Lebih spesifik, saya nyatakan seperti di bawah.

10 Tips Tempias Trafik Visit Malaysia 2014 #VMY2014

  1. Terbitkan entri mengenai sejarah Malaysia; sebab ada pelancong luar masih lagi tidak kenal Malaysia. Sejarah mudah-mudah, nak lebih menarik, anda pancing pelancong-pelancong untuk Google dan dapatkan info yang berkaitan Malaysia - yang ada kaitan dengan negara mereka, contohnya Belanda, Portugis, England, Jepun; tak lupa China, India, serta negara-negara Arab.
  2. Terbitkan entri mengenai tempat-tempat bersejarah yang mudah dilawati - seperti negeri Melaka, Langkawi, Perak, Selangor, Negeri Sembilan. Kumpul cukup info dan jadikan entri itu satu entri menarik perhatian mereka untuk pergi ke tempat tersebut.
  3. Terbitkan entri mengenai acara-acara menarik yang disediakan sepanjang kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Anda boleh rujuk kalendar aktiviti di laman web Tourism Malaysia. Jika anda pernah pergi ke acara-acara tahunan menarik tersebut, kongsikan dengan gambar-gambar menarik; contohnya Pesta Regatta di Penang, Pesta Pulau Pinang, Pesta Orkid, Belon Udara Panas dan sebagainya.
  4. Terbitkan entri berkaitan tempat penginapan yang boleh pelancong sewa, lebih menarik cuba promosikan Homestay di desa-desa dan kampung. Dapatkan info menarik mengenai aktiviti di Homestay tersebut. Jika anda ada blog mengenai Homestay, inilah masa nak buat duit menerusi pelancong asing yang datang.
  5. Terbitkan entri berkaitan pengangkutan yang ada di Malaysia, berikan butiran yang mereka perlukan, lebih-lebih lagi mengenai tambang ke sesuatu tempat. Berikan dalam nilai matawang antarabangsa.
  6. Pastikan blog anda dipasang dengan Google Translator sebagai salah satu usaha memudahkan pelancong yang Google mengenai Malaysia baca entri-entri anda. Google Translator ada dalam senarai widget blogspot. Pilih dan letakkkan sahaja di sidebar bahagian atas.
  7. Kongsikan pautan-pautan berguna yang boleh bantu pelancong asing mendapatkan maklumat yang ada kaitan mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014.
  8. Dapatkan gambar kualiti terbaik untuk digunakan dalam entri-entri anda. Pastikan anda namakan gambar tersebut sebaik mungkin, dan letakkan alt img untuk gambar tersebut dalam entri-entri berkaitan.
  9. Buat tajuk entri yang ada kata kunci Tahun Melawat Malaysia, #VMY2014, Visit Malaysia 2014, disarankan agar buat tajuk dwibahasa atau terus sahaja dalam bahasa Inggeris. Isi entri boleh diselang-seli bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  10. Promosikan entri-entri anda di dalam group Facebook berkaitan, terutama Facebook pelancongan atau di dalam group blogger antarabangsa. Cukup ada tajuk dengan kata kunci tersebut pasti mereka yang bercadang datang Malaysia akan klik.
Itulah antara banyak idea yang boleh saya kongsikan sebagai tips untuk mendapat trafik ke blog tempias daripada Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda buat ... saya pasti anda tentu boleh fikirkan sesuatu. Paling bagus jika anda buat entri mengenai sesuatu yang anda sendiri telah alami atau ada pengalaman khusus mengenainya.

Untuk lebih berjaya, pastikan blog anda, entri anda semuanya dilengkapi ciri-ciri SEO yang diperlukan.

Semoga berjaya.

p.s: Anda juga boleh join segmen INI (klik)


{ 7 comments.. read them below or add one }

mahmud thalut mahmud thalut October 19, 2013
Assalam. Terima kasih Tuan HH. Panduan yang detail .
baby comel baby comel October 20, 2013
InsyaAllah akan up entri berkenaan denganya, sebab lately saya banyak je berjalan
Joe Haz Joe Haz October 20, 2013
sambil buat entri, boleh sebarkan info pasal tempat yang best2 kat malaysia ni kan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 06, 2013
Sama-sama, nanti boleh sama manfaat berkaitan tahun melawat malaysia ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 06, 2013
Betul. Untung-untung anda jadi pemandu pelancong
Mohd Razak Mohd Razak November 07, 2013
Tips yang menarik... Terus berminat untuk buat entri Visit Malaysia 2014.. Terima kasih Tuan HH :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.