Saya kerap kali mengatakan, untuk menjadi seorang blogger yang benar-benar berjaya, anda perlu ada sebuah blog yang punyai niche atau tema tertentu. Sesebuah blog yang ada tema atau menjurus kepada sesuatu akan lebih ada impak, malah kerana pengususan ini akan menjadikan blog itu unik dan mempunyai pembaca setianya yang tersendiri. Antara tema atau niche blog yang sering mendapat sambutan ramai ialah blog mengenai keibubapaan dan kekeluargaan.

Top Blogger Malaysia Dalam Keibubapaan dan Keluarga

Top blogger dalam keibubapaan dan keluarga

Di Malaysia, ada ramai top blogger dalam keibubapaan dan keluarga ini. Mereka sering berkongsi tips dan panduan yang ada kaitan mengenai cara menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak, dengan bertujuan untuk membentuk sebuah keluarga yang hebat - terbaik dunia akhirat.

Isi Kandungan Blog Top Blogger Keibubapaan dan Keluarga

Apa top blogger keibubapaan dan keluarga kongsi dalam blog mereka? Antaranya ialah;
  • Tips dan panduan mendidik anak
  • Tips percutian bersama keluarga
  • Tips pemakanan baik untuk anak-anak dan keluarga
  • Tips pakaian untuk si kecil
  • Tips buat ibu-ibu mengandung dan bersalin
  • Panduan mengenai hubungan kekeluargaan
  • Petua untuk berjimat sebagai ibu dan bapa
  • Panduan berkaitan pemakanan

Dan banyak lagi ... walaupun nampak skopnya yang satu - ibubapa dan keluarga tetapi ada banyak benda yang boleh dikongsikan. Top blogger dalam keibubapaan dan keluarga berkongsi berdasarkan pengalaman dan pembacaan mereka. Jadi, adalah sangat menarik bagi pembaca mengetahui sesuatu tips dan panduan itu daripada pengalaman sebenar.
top malaysian blogger 2013 dalam keibubapaan dan keluarga

Siapakah top blogger dalam keibubapaan dan keluarga ini?

Ada ramai, saya senaraikan antara rakan blogger yang hebat dengan niche ini ....

Malah, ada beberapa lagi nama besar dalam blog mengenai keibubapaan dan keluarga ini, anda boleh jenguk entri Broframestone - Parenting Blogger Yang Perlu Anda Kenali

Adakah anda juga mempunyai blog sedemikian? Kongsikan kepada saya di ruangan komen, atau mungkin ada blog lain yang perlu saya ketahui yang boleh menjadi top blog dalam keibubapaan dan keluarga ini?




Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

ramai yang saya dah terjah....banyak manfaatnya....

Reply

Blog bernichekan kekeluargaan memang banyak yang boleh dibuat artikel, banyak tip-tip yang boleh dikongsi, panduan dan segala macam.

Reply

blog parenting memg bagus...dapat info yg berguna utk didikan anak..

Reply

Betul. Seronok baca blog2 pengalaman sebenar ni.

Reply

Ya. Sumber rujukan cukup banyak. Ada majalah, ada laman web, janji kena pandai olah dengan ayat sendiri dan dikembangkan lagi dengan pengalaman sendiri.

Reply

ada blogger dalam senarai tu memang aku follow blognya, lepas ni kena tambah lagi list yang perlu follow ler nampaknya...
terima kasih.

Reply

Bukan senang hendak sentiasa kekal niche blog.:-)

Reply

Blog saya tak banyak tentang parenting guide, sy buat entri pelbagai sampai sekarang belum jumpa niche blog yg sesuai buat blog sy tu. Huhu...

Reply

Ramai gak buat niche keibubapaan ni rupanya...mungkin ramai orang suka cari maklumat tentangnya

Reply

wah... terima kasih bro HH kerana senaraikan blog saya yang tidak seberapa...

Reply

http://www.bubblynotes.com blog ni pun hebat juga orangnyer..

Reply

Tak de nama gua dalam senarai.

Oh entry 2013 rupanya. Gua xde anak lagi waktu nie.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.