Tips menjadi blogger top affiliate - Sudah semakin ramai blogger baik yang baru mahupun lama telah tahu cara menjana pendapatan di blog dengan affiliate. Malah, ada yang berjaya memperoleh pendapatan sehingga ratusan ringgit seminggu dengan affiliate. Affiliate adalah salah satu cara untuk blog menjana pendapatan, apa yang perlu anda lakukan, ialah daftar secara percuma mana-mana program affiliate yang ada, kongsi informasi dan gunakan banner yang disediakan untuk dapat income online.

Tips Menjadi Blogger Top Affiliate

Ya, ada sesetengah blogger agak skeptikal dengan program affiliate, kerana ia bukan kaedah mudah menjana pendapatan menerusi blog dengan affiliate ini. Namun, kalau kena dengan cara berdasarkan ilmu-ilmu yang telah diperoleh, in Sha Allah, akan ada hasilnya di hari mendatang.

Aisey ... mau lulus periksa pun mesti baca buku maaa ... jadi samalah dengan affiliate, mahu berjaya dengan program affiliate, kenalah cari sumber ilmunya, dan selalunya sangat mudah terdapat secara online dalam bentuk ebook.

Jika anda mahu sesuatu, mesti tahu cara dan kaedah yang betul. Kalau tak tahu cara, sampai bila-bila pun anda takkan dapat hasilnya.

Contoh, saya berikan anda segala panduan percuma menerusi blog ini untuk hasilkan sebuah blog yang bagus - samada dari sudut SEO blogspot (kedudukan di enjin carian) mahupun trafik. Ini semua merupakan ilmu dan pengetahuan yang saya tahu bagi membolehkan blog dihasilkan adalah terbaik. Perkongsian ilmu ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kecil saya. Tanpanya, blog ini pasti tidak berada di dalam kedudukannya sekarang (300 trafik terbaik di Malaysia). Saya dah beri, kalau tak praktikkan, maka ia takkan ke mana-mana.

Begitulah halnya untuk menjadi blogger top affiliate ini.

Ilmu Menjadi Top Affiliate

Alhamdulillah, dengan adanya sedikit pengetahuan mengenai affiliate, saya berjaya juga menempatkan diri antara top affiliate - walaupun masih lagi tak berjaya nak capai taraf orang lain yang kaut pendapatan sehingga ratus dan ribuan setiap bulan.

Dahulupun saya macam anda juga, takut dan risau nak keluarkan modal untuk dapatkan ilmu mengenai affiliate ini. Bukan tak ada ilmu percuma, ada ... tapi biasalah, kadangkala ilmu percuma ini ambil kesah dengan tak ambil kesah je .. maklumlah percuma.

Bila saya dah beli beberapa ebook, saya merasakan pembelian itu mesti berbaloi. Dah beli, dah baca (atau tengok), saya terus buat. Buat langkah disediakan dan praktik apa yang dibuat.

Lambat Bertindak, Ketinggalan Jauh

Erkk, tak mahu tipu anda ... awal-awal beli ebook berkaitan affiliate, memang saya peram dulu ... lama juga, makan minggu jugaklah. Lepas tu baru nak baca - lepas makin ramai dah berjaya buat duit menerusi pembacaan mereka dengan ebook tersebut. Saya? Hmm baru nak mula walhal belinya dah lama. Jadi, saya pun ketinggalan sedikit.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih kerana tips yang sangat berguna..www.tepakku.com

    BalasPadam
  2. Saya pun sekarang tengah belajar teknik seo

    BalasPadam
  3. Yup...tak senang nak jadi top affiliate..tapi tak mustahil utk menjana wang sbgai affiliate...walaupun blog ciput sy tu (edisiblogger.com) bukan lah mesra SEO..tapi boleh jugak jana komisyen dari Jomniaga.com...hanya kena ada teknik mcm yg bro HH ckp..hehe..

    BalasPadam
  4. Dlm perancangan jgak tu nk join affiliate..tp skang tgh fokus untuk memajukan blog www.bloggerlelaki.com dulu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement