Tips Entri Dikomen Pengunjung Blog

Adakah anda mahu setiap entri anda mempunyai komen yang ditinggalkan pengunjung dan pembaca blog anda? Jika ya, anda mungkin mahu tahu tips dan panduan ini untuk membolehkan entri anda dikomen. Tak susah mana, cuma ada aspek penting yang perlu anda ketahui. Aspek inilah yang akan menyebabkan pengunjung dan pembaca terasa ringan jari untuk meninggalkan komen.

Tips Entri Dikomen Pengunjung Blog

Pertama sekali, sebagai seorang pemilik blog, anda harus kenal siapa pengunjung dan pembaca blog anda. Jika anda kenal, sangat mudah untuk memikat hati mereka ringan jari bagi menulis apa jua rasa yang bermain di minda mereka ketika itu.

Bagaimana mahu mengenali pengunjung dan pembaca blog? Antara yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat pada statistik blog anda menerusi Google Analytics, Alexa Statistics atau mana-mana jua laman web perkhidmatan penunjuk aras statistik ini. Walaupun ada yang kurang berikan makluman yang detail, tetapi secara amnya anda boleh tahu samada lokasi, jenis bahasa, jantina, tahap intelektual, jenis pekerjaan dan sebagainya.

Siasat dan Kenal Siapa Pengunjung dan Pembaca

Anda juga boleh juga 'menyiasat' latar mereka dengan melihat profile blogger mereka samada menerusi Google+ atau juga menerusi Facebook. Boleh juga anda blogwalking dan melihat cara mereka bercerita. Ini juga sedikit sebanyak akan bantu untuk fahami dan kenali siapa pengunjung dan pembaca blog anda.

Apabila anda sudah tahu serba sedikit siapa pengunjung dan pembaca blog anda, maka anda bolehlah rangka strategi untuk setiap entri itu dikomen. Contohnya seperti blog ini, kebanyakkan yang baca adalah merupakan blogger Malaysia, jadi tentu sahaja saya cuba memberikan entri yang ada kaitan dengan blog dan juga blogger Malaysia.

Balas Komen Dengan Cara Unik Anda

Saya buat entri yang membolehkan mereka iaitu anda terasa mahu memberikan pendapat. Dan pendapat itu pula dibalas dengan cara tersendiri.

Tips Buat Entri Untuk Dikomen

Bagi entri peluahan pendapat, cuba buat entri yang bersifat tidak berat sebelah. Sesekali, lakukan pertanyaan yang buat pembaca dan pengunjung berfikir dan mendetikkan rasa untuk luahkan apa yang mereka fikirkan.

Bagi entri bersifat pengalaman, anda boleh olah entri anda supaya pembaca akan timbulkan persoalan. Misalnya, anda bercerita soal percutian di sesebuah tempat. Anda cuba bangkitkan rasa ingin tahu dengan gambar dan juga ayat-ayat persoalan seperti - "Tentu anda pernah dengar mengenai tempat A yang terkenal di Kuala Kangsar" atau seperti "Dah lama tidak pergi ke tempat ini - tempat kelahiran Sultan Perak" ....

Ada banyak cara untuk pembaca dan pengunjung terasa ingin komen setiap entri anda. Apapun, semuanya bergantung dengan sejauh mana anda mengenali pengunjung dan pembaca blog anda.

Jangan hairan dengan blog yang ada entri dengan puluhan malah ratusan komen, kerana mungkin separuh daripada komen itu hadir daripada pengunjung dan pembaca yang sama - yang mungkin juga rakan karib, teman sekerja, rakan blogger dan seumpamanya.

Tips Entri Dikomen Pengunjung Blog

{ 13 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 17, 2013
tips yang bagus HH..sy selalu memberi kelebihan kepada rakan-rakan yang rajin untuk singgah dan baca entry sya,barulah sy akan singgah di blog follower sy yang mempunyai entry terkini untuk di baca.adakah betul cara ini?tpi bukanlah untuk pilih kasih..
Ahmad Zarif Ahmad Zarif September 17, 2013
thanks bro.. sgt membantu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Betul. Ia merupakan antara tips saya dalam blogwalking secara pilihan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Terima kasih Zarif kerana sering berkunjung dan sedut pengalaman di sini.
Sukma Haron Sukma Haron September 17, 2013
nice tip, saya selalu gunakan komen yg menarik agar ada reply dari bloggers.
Cik Matahariku Cik Matahariku September 17, 2013
bagus perkongsian ini. Saya ada pengalaman menarik tentang komen2 ni. Dulunya entri di blog saya jaaarang sangat mendpt komen.Sehinggalah ada satu entri yang saya buat sehingga ramai pula yang dtg komen. Masa tu baru saya tahu, kotak komen saya tiada button reply khusus utk sorang2 pengkomen.jenuhlah saya komen sambil mention nama tukang komen.akhirnya saya tukar kaedah komen di blog dgn intense debate comment luv..kesian kan..huhu.
kucha lana kucha lana September 17, 2013
tip yang bagus bro...dah banyak ilmu gua sedut dekat sini...alhamdulillah setakat ini hampir 80% entri di blog gua ada yang komen..terima kasih kpd semua..hu3
Bro Framestone Bro Framestone September 17, 2013
Dulu memang banyak dapat komen...

Selepas kahwin, pengomen dah banyak lari he..23x

www.broframestone.com
Ayu Zan Ayu Zan September 17, 2013
banyak saya belajar dr HH. thanks alot.
tarmizi tarmizi September 17, 2013
Betul ke kalau dah kahwin saham blogger jatuh. Penipulah sape kata..
Illya LeYa Illya LeYa September 18, 2013
Terima kasih HH...Saya berusaha untuk lebih baik dalam blogging agar para pembaca tidak jemu untuk berkunjung ke blog2 yg mereka rasa seronok dan menarik.
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal April 29, 2014
Assalammualaikum... bro HH,

setakat nie .. selepas mempraktikkan apa yang bro HH coretkan di sini sudah menampakkan hasil yg memberangsangkan.. amin.

mselim3

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.