Semasa Hodoh Bertudung, Dah Cantik Dedah Semua

Alahai alahai ... ini satu isu, dan bagi saya satu penyakit yang perlu dibanteras. Semasa muka tak berapa nak cantik, badan pun gemuk gedempol, tahu nak tutup litup semua. Dah cantik, dedah sana, dedah sini ... kalau tak pun, kasik tayang body free sana sini. Alahai adik kakak makcik dan cik ... jangan buat macam tu, tak sayang pada diri? Bagaimana dengan suami?

Dah cantik, maka perlunya makin disorokkan la, hanya beri tatapan yang mengiurkan tu pada yang berhak sahaja - yakni suami anda. Tak perlulah nak jaja tubuh yang dah kian mungil dan sedap sedap tu. Apa kebaikkannya? Ohhh ada dapat payment dari pemilik produk ehhhh? Berapa? RM1000? RM3000? Berbaloi ke ... tu kalau guna buat isi minyak petrol RON97, cepat je habisnya .....

Dah dah. Patutnya anda rasa syukur bila bentuk badan dah cantik, muka dah putih mulus. Bukan syukur suruh tunjuk dan tayang ehh .. tapi syukur dengan lebih dekat pada agama. Kena ingat, ubat, komestik dan segala bagai benda yang anda ambil yang menjadikan anda dalam keadaan sekarang itu hanyalah sebagai asbab je ... tapi yang merealisasikan tu adalah atas kehendak Allah.

Bagi saya, sebagai seorang suami ... jika isteri dah cun melecun, body ibarat supermodel of the world ... mesti simpan rapi dalam rumah. Jangan diberikan izin untuk isteri tayang badan sana sini. Mana erti anda sebagai suami yang bertanggungjawab?

Saya bukan meleter meroyan, tetapi nak mengingatkan pada adik kakak makcik dan cik, jika mahu kecantikan itu kekal menjadi sebahagian kebaikan diri, maka jagalah dengan baik. Allah dah beri peluang untuk anda jadi wanita jelita, maka jangan persiakan pemberian Tuhan dengan buat perkara yang tidak patut dan tidak boleh.

Berpesan saya kepada diri dan keluarga. Dah dapat yang elok bukan untuk bermegah, kerana kemegahan hari ini tak menjamin akan kebahgiaan esok hari.

Pelik ... masa badan belum slim, pakai baju saiz xxl walhal xl pun ok dah. Tapi bila dah slim .. pakai baju xs walhal m pun dah ok. Semasa Hodoh Bertudung, Dah Cantik Dedah Semua

5 comments.. read them below or add one

Ayu Zan Ayu Zan September 05, 2013
ya la.. banyak je kes ni.. kalau badan xl tu punca kita menutup aurat.. menjaga syariat..biarla xl..yg penting sihat.

kalau saiz s..tp sarung nangka..? huhuhuhu.. takut..
baby comel baby comel September 05, 2013
Geleng kepala baca.. terima kasih sbb ingatkan saya dr buat perkara bukan2 ni. Dan lega jugak sbb sy bukan dalam golongan cantik. Biasa2 je. Tentang saiz, ermm xs pun besar nampaknya utk saya :)
JunAina JunAina September 05, 2013
Ramaiiii...sangat yang jadi gitu HH. Allah menguji mereka sedikit dengan kecantikan kemudian mereka melatah tak mustahil suatu hari mereka akan balik ke asal.
Sukma Haron Sukma Haron September 05, 2013
selalu muhasabah diri, tetapi kekadang kalau keluar dan terpandang pompuan badan XL tapi pakai baju XS, nak gelak pun tak boleh kita yg pompuan nie yg malu dan geleng kepala. Ada juga badan dah cantik solid tapi over dlm berpakaian macam tak cukup benang....alor pun nampak....
Haslinda Hassan Ali Haslinda Hassan Ali April 15, 2014
terima kasih atas perkongsian
akan perbaiki kekurangan diri
insyaallah...good sharing

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.