Pantun Kekasih

Lama tak buat entri santai macam ni. Sesekali nak jamu anda dengan kelainan. Bukan sekadar tips, panduan dan rahsia blogger berjaya je, ada kala, saya nak anda rileks-rileks minda.

Pantun, salah satu platform unik untuk anda persembahkan di dalam blog anda. Kalau anda punyai kelebihan berpantun seloka, maka cubalah adaptasi dalam blog. Saya pasti, blog akan ada pengikut tersendiri.

Meh layan, pantun kekasih ini. Nak salin tampal dalam blog anda pun boleh, saya tiada kisah, janji berikan sedikit backlink ke blog ini sudahlah.

Pantun Kekasih


Bunga selasih sibunga sena 
Disunting tetamu ke dalam saku
Wahai kekasih nun jauh di sana
Masihkah hatimu teringat padaku

Disunting tetamu ke dalam saku 
Dipungut merata di dalam taman 
Masihkah hatimu teringat padaku
Setulus cinta di awal pertemuan

Dipungut merata di dalam taman
Bunga yang dapat tiada bermadu
Setulus cinta di awal pertemuan
Janji diikat kasih dipadu

Bunga yang dapat tiada bermadu 
Disunting malam tiada pilihan 
Janji diikat kasih dipadu 
Bersaksikan alam ciptaan Tuhan

Disunting malam tiada pilihan 
Tanpa bosan dan juga penat 
Bersaksikan alam ciptaan Tuhan 
Semoga ikatan semakin irat

Tanpa bosan dan juga penat
Bersama anak pergi bertapa 
Semoga ikatan semakin irat 
Biar banyak godaan menimpa

Bersama anak pergi bertapa
Akhirnya timbul salah erti 
Biar banyak godaan menimpa 
Janji tersimpul ikatan mati

Akhirnya timbul salah erti 
Sehinggalah lalai yang diwajibkan 
Janji tersimpul ikatan mati 
Janganlah terurai di tengah jalan

Sehinggalah lalai yang diwajibkan
Amalan salah jauhlah dipinta
Janganlah terurai di tengah jalan
Kelak menitislah si air mata

Amalan salah jauhlah dipinta
Biar yang mulia diamal bersama
Kelak menitislah si air mata 
Kerana bahagia tidak menjelma

Biarlah yang mulia diamal bersama 
Fikiran yang lapang hajat terlaksana 
Kerana bahagia tidak menjelma 
Segala dipandang tiada bermakna

Fikiran yang lapang hajat terlaksana
Sepertilah mana resamnya padi 
Segala dipandang tiada bermakna 
Janganlah ianya akan terjadi

Sepertilah mana resamnnya padi
Dipandang mulia tanpa dipinta
Janganlah ianya akan terjadi 
Biarlah bahagia hubungan kita

Dipandang mulia tanpa dipinta 
Semakin berisi tunduknya nyata 
Biarlah bahagia hubungan kita 
Dekat di hati berjauhan di mata

Semakin berisi tunduknya nyata 
Hasilnya bersama menambah rezeki 
Dekat di hati berjauhan di mata 
Bersamalah berdoa ke hadrat Ilahi

Sumber: Laman Komuniti VF

{ 8 comments.. read them below or add one }

hani@debumelukut hani@debumelukut March 08, 2011
sebelum terluka semuanya manis belaka...dah terluka nanti baru tau tinggi rendah nya langit.
kucha lana kucha lana September 20, 2013
anak kuda makan jambu,
makan bersama anak unta,
pantun indah pusaka melayu,
semoga kekal warisan kita,
mahmud thalut mahmud thalut September 20, 2013
Buat jeruk asam muda
Belum menjadi dah tinggal bekas
Warisan bangsa elok di jaga
Indahnya pantun berbunga berkias
Eyriqazz Eyriqazz September 20, 2013
wah,terror juga bro berpantun...
Sukma Haron Sukma Haron September 20, 2013
Salam sayang di angin lalu
Di bawa pergi kapal cendana
Tinggal sayang berhati pilu
Bagai menusuk jiwa merana.......
Ainim Suju Ainim Suju September 20, 2013
lama betul saya tak baca pantun
MY@R MY@R September 21, 2013
dalam perubahan zaman dan perkembangan teknologi..warisan melayu kita janganlah dilupakan..dari www.tepakku.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.