Nilai #20sen Yang Semakin Disedari

Dulu, orang tak ambil kesah pun mengenai nilai 20 sen ini. Ironinya dalam dunia blog, nilai 20 sen itu amat tinggi. Kalau tidak takkan berlaku penipuan klik-klik iklan yang menghadiahkan ganjaran 20 sen ini. Dan ironinya juga mengenai 20 sen ini, dalam panas isu penipuan klik 20 sen dalam dunia blog Malaysia, harga petrol juga naik sebanyak 20 sen.
Nilai #20sen

Nilai #20sen Yang Semakin Disedari

Katakunci #20sen boleh dijumpai di mana-mana, ramai orang berkata mengenainya. 20 sen dinilai setinggi langit, walhal dulu kita tak ambil kisah pun mengenai 20 sen ini.

Saya dulu, dengan 20 sen boleh beli gula-gula sebanyak 10 biji, ketika itu .. 10 sen adalah untuk 5 biji gula-gula. Kemudian, 10 sen untuk 3 biji gula-gula. Zaman anak saya membesar, gula-gula dalam 4 biji boleh dapat 20 sen. Dan baru-baru ini, 20 sen hanya dapat sebiji gula-gula. Itupun gula-gula yang bukan boleh diharap akan kualitinya.

Dulu, dengan 20 sen boleh dapat Twisties. Sekarang, dah jadi 40 sen, setelah dua tiga tahun ni saya beli hanya 30 sen untuk anak-anak saya.

Kecil dan Besar Nilai #20sen

Impak besar walaupun nilai #20sen ini nampak kecil. Kecil pada sesetengah, dan besar pada sesetengah.

Walauapapun, nak tak nak terpaksalah terima hakikat menjadi seorang rakyat biasa, pengguna akhir. Yang mungkin boleh buat untung adalah peniaga .. mana tidaknya, petrol naik #20sen .... ini sudah boleh bagi alasan untuk naikkan harga yang dijual.

Nasi lemak RM1 yang selama ini saya boleh dapat, mungkin dah tak boleh dah.
Kopi rega 50 sen mungkin tak wujud dah.

Ini realiti. Kesan berantai kerana #20sen naik pada harga petrol tak boleh elak, kot mana pun yang akan terbeban adalah pengguna.

#20sen - Andai Aku Student

  • Mungkin tak rasa berat sebab boleh dapat duit menerusi biasiswa dan pinjaman yang akan dibayar bila dah graduate nanti.
  • Ada baucer buku yang boleh beli buku murah-murah. Sebab buku ada kualiti agak mahal harganya.
  • Boleh minta mak pak yang akan terima BR1M tak lama lagi.

#20sen - Andai Aku Seorang Bekerja

  • Duit lebih boleh dapat dengan kerja sambilan di malam hari. Nak kumpul duit supaya boleh bayar pinjaman semasa belajar dulu.
  • Tangguh kahwin dulu .... tapi percintaan tetap diteruskan kerana pasangan tentu faham kesan kenaikan #20sen ni.
  • Mak pak kena faham aku tak balik raya haji tahun ni.

#20sen - Andai Aku Ibubapa

  • Kena jimat cermat dengan makan minum dan perbelanjaan harian. Tak usah lagi fikir nak dapatkan makanan terbaik, tetapi cari makanan yang paling murah. Banyak beli barang tawaran istimewa yang dah dekat nak expired.
  • Makan 1 lauk dan 1 sayur sudah, janji hidup.
  • Sorry, no more jalan-jalan cari makan atau pergi makan angin. Duduk rumah lebih baik dan lebih jimat.
  • Dah pencen, tapi masih buat pinjaman, kerana nak tanggung anak-anak yang masih belajar dan untuk bayar pinjaman lain yang masih belum lagi habis bayar.
  • Alahai, dah jadi sukar nak pergi haji .... tambang pasti akan naik, yang ada dalam akaun Tabung Haji pun dah keluarkan sebab hari tu nak buat rawatan buah pinggang ... hmmm....

#20sen - Andai Aku Menteri

  • Kena claim ni. Claim banyak-banyak, tak jejas gaji aku.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 06, 2013
lama-lama kumpul makin banyak lah tu HH
Shark Kay Shark Kay September 06, 2013
siapa sangka kan 20sen tiba2 nilai dia naik..
dulu main campak jer..
Khairil Mazri Khairil Mazri September 06, 2013
last sekali kita wajib desak. mana aci guna duit rakyat dengan kelim yg nilai besar tuh.
Sheila Salim Sheila Salim September 06, 2013
Assalamualaikum HH, hahaha banyak kesan 20sen dalam hidup kita skrg. jemput join sheila punya review blog :-
http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html
baby comel baby comel September 06, 2013
Sy tgh menulis surat terbuka utk Tuan PM kita ni. 2kupang punya pasal..
Lynn Munir Lynn Munir September 06, 2013
Adoii...20 sen. Ramai yang melagukannya kini.
kamil salleh kamil salleh September 06, 2013
20 sen dulu dan sekarang banyak bezanya. Namun dengan 20 sen sekarang tidak sama ketika dulu. Paling kecil nak beli adalah gula-gula 3 biji-20sen. Tapi jika kerajaan tarik subsidi daripada rakyat, kerajaan dapat mengumpul berbelion dalam setahun. Cukup tu untuk beri BR1M sebanyak RM1,000. Dalam hal ini kerajaan juga perlu berjimat cermat dengan memotong elaun minyak, tempat tinggal dan majlis keramaian dan lawatan ke luar negara dihadkan.
kamil salleh kamil salleh September 06, 2013
Nilai 20 sen tidak sama untuk diri sendiri, keluarga, pelajar dan kanak-kanak. Tapi sekarang ni kanak-kanak tidak pandang 20 sen, mereka hanya suka pada RM1 je...kalau nampak 20 sen di tepi dinding, dibiarkan di situ saja. Kalau dibuat tabung duit, mereka mahu masukkan duit kertas sahaja.
Sukma Haron Sukma Haron September 06, 2013
kalau aku jadi menteri pun aku akan claim ribu riban punya.....betapa rendahnya 20 sen dari sisi mata menteri.....20 sen dulu tak sama dengan 20 sen sekarang....
Sekarang apa yang boleh dibeli dengan 20 sen....? tora-tora pun tak dapat 20 sen....
Marou Apple Hijau Marou Apple Hijau September 07, 2013
claim...claim... selagi boleh claim..


Entri Baru Update Tadi : Besar Atau Terlalu Besar
amir zahari amir zahari September 07, 2013
Dulu masa sekolah bawa 50 sen je (sekolah rendah) 30 sen beli nasi lemak 10 air secawe 10 sen lagi masuk tabung.. Skang ni xdpt nk menabung dh la kalau dengan 50 sen..hehehe
muhammad naim Abdullah muhammad naim Abdullah September 07, 2013
Dua kupang lanie dah femes. Kerana duit , ia membebankan masyarakat sekeliling kita

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.