Langkau ke kandungan utama

Muat Turun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Tidak dinafikan Sistem Pendidikan negara kita telah banyak berubah sejak negara kita - Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sejarah pendidikan negara bermula seawal tahun 1956 apabila Penyata Razak 1956 diperkenalkan bagi menyata hala tuju pendidikan negara yang seterusnya dijadikan atau direalisasikan menerusi Ordinan Pelajaran 1957. Pembangunan pendidikan Malaysia kemudian melalui beberapa fasa penting sehingga membolehkan ramai cendiakiawan, ilmuwan dan pakar dilahirkan, selain menghasilkan ramai rakyat Malaysia yang berwibawa baik di dalam mahupun di luar negara.

Menerusi Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961, sistem pendidikan negara diperkukuhkan dengan memperkenalkan 3M - Membaca, Menulis dan Mengira. Malah, mutu pengurusan pendidikan dan pelajaran dipertingkatkan supaya dapat membentuk sistem pendidikan yang efisien secara menyeluruh.

Menyedari hakikat bahawa Malaysia perlu tampil bersaing secara global, sistem pendidikan diberikan anjakan paradigma dengan diperkenalkan Rang Undang Undang Pendidikan 1995.

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

  • Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. 
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun 
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan 
  • Pendidikan teknik danpoliteknik dipertingkatkan 
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta 

Falsafah Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Muat Turun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Muat Turun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Kini, Malaysia mengorak langkah lebih dinamik, lebih proaktif, lebih berdaya saing untuk menghadapi zaman globalisasi yang nampaknya semakin mencabar setiap masa. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi yang setiap detik sentiasa menampakkan peralihan.

Diperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan ini dipercayai dapat memenuhi aspirasi pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia, apatah lagi ia telah mendapat input dari pelbagai aspek dan sudut supaya ia menjadi pelan jangka panjang yang akan memberikan hasil yang boleh dibanggakan kelak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 anda boleh muat turun (download) di Box saya di sini-  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Semoga ia beri manfaat kepada semua.

Sumber: 1 Klik


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. walau apa pun akta pelan pembangunan yang dicanangkan haruslah berbaloi kepada pelajar dan guru seiring dengan pendekatan global pendidikan negara.....tenaga pengajar haruslah melebihi bukan mencukupi, pendidikan yang diberi haruslah dipraktikkan bukanlah teori semata.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…