Pernah tidak anda bertanyakan pada orang lain mengapa mereka suka baca blog orang lain? Mesti ada sebab kenapa mereka sanggup seharian habiskan waktu di blog tertentu. Mesti ada yang menarik perhatian mereka. Mari saya kongsikan beberapa pendapat rakan blogger ini mengenai - Mengapa Saya Suka Baca Blog Itu?



Apa yang buat saya suka pada sesebuah blog tu dan akan buat saya tertarik untuk membaca lebih daripada satu entri ialah gaya penulisan yang mudah difahami serta cara penyampaian yang santai. Keunikan blog juga boleh tarik minat saya untuk kembali ke blog tersebut dan jika kandungan sesebuah blog tu betul2 menepati citarasa pembacaan saya, saya akan mula jejak setiap entri di dalam blog tersebut dari awal penulisannya.. Saya kurang gemar masuk ke blog yang terlalu skema atau terlalu keanak2kan.. - Rosmiza Ali

Bagi saya...saya akan baca lebih dari satu entry sesuatu blog tu jika content blog tu menarik dan berkenan di hati ni..yg penting ialah title sebab title tu lah yg akan membuatkan hati ni membuak2 nak baca...content blog haruslah menarik dan ringkas...berunsurkan lawak dan idea yg menarik dan bernas...saya suka baca blog. yg ringkas dan membawa makna yg. begitu baik dan bagoz untuk kehidupan seharian... - Syifaul Saira


Saya akan membaca lebih daripada satu entri pada satu-satu masa itu jika pengisian di dalam blog itu bersifat ilmiah tetapi disampaikan secara santai. Lagi satu blog tersebut mestilah mempunyai informasi dan perkongsian yang menarik dan mudah untuk pengunjung memahami apa yang ingin disampaikan dan secara tidak langsung akan membuatkan saya terus membaca entri yang lain di dalam blog tersebut. - Ariffin Hj Hamzah


Ok dah dapatkan tips-tips untuk membolehkan blog anda suka dibaca berulang kali .. bukan sekali singgah dan terus pergi, tapi singgah dan terus baca .. dan baca ... dan baca.

3 pendapat terbaik yang dikongsikan kepada saya menerusi Facebook Fanpage, dan ketiga-tiga mereka bertuah kerana saya, anak saya dua orang telah setuju untuk berikan hadiah top up bernilai RM10 kepada rakan-rakan di atas.

Mulanya, nak bagi RM10 top up pada seorang, tapi alhamdulillah, hari ini ada rezeki lebih dapat dua komisen dari Jobdirumah dan Jomniaga, selain satu advertorial, dua tempahan iklan, serta satu blog.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah kepada mereka.. Pendapat mereka memang bagus..

    BalasPadam
  2. ehh kenapa saya tak terpandang nih..ada idea jugak ni..ihihi

    BalasPadam
  3. Assalam. Pendapat dan pendapatan yang hebat.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana mengambil kira pendapat saya.. Semoga dapat membantu kita sesama rakan blogger untuk sama2 memperbaiki mutu blog masing2.. Insha Allah.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
  5. aku pula ska baca blog bro HH

    BalasPadam
  6. Antara pendapat tu memang boleh kata ada kat dalam blog HH.

    BalasPadam
  7. Sama cara mereka dgn saya. Terbaiklah sifu, dapat rezqi, panjang2kan kpd orglain. Lagi bertambah2 rezqi sifu. Tahniah ats komisyen2 tu :)

    BalasPadam
  8. tahniah dapat topup 10 hinggit. info bguna untuk blogger

    Terbaru Di Blog : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 7

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement