Errr.... merujuk pada entri sebelum ini, mengenai 'Jual' Blog Bukan Diri Anda!; sebenarnya bukan tak boleh ceritakan mengenai diri anda, boleh je ehhh ... Lagi-lagi andai anda seorang blogger yang menulis kisah kehidupan anda, tetapi janganlah dedah terlalu intim mengenai diri anda. Cari nahas namanya tu, terutama di zaman sekarang ni yang memang banyak anasir jahat tak hingat punya.
OHBlogger Malaysia Jual Diri Dalam Blog

Jual diri dalam blog - sekadar untuk buat pengunjung tahu mengenai diri anda, cukuplah. Kongsi sisi peribadi anda yang mungkin boleh dijadikan ikutan yang baik. Kadangkala, ada yang akan ikut blog anda dek kerana keperibadian yang ditonjolkan dalam blog. Ini juga boleh menarik perhatian pengiklan.

Nak buat entri yang ada tampilkan wajah comel anda? Buatlah, tapi elakkan dari cerita kosong. Ceritakan sesuatu yang boleh dijadikan iktibar dan contoh. Ala ... macam cerita anda pergi ke rumah orang-orang tua dan buat kerja amal. Contoh lain, macam anda pergi ke event atau acara melibatkan blogger, takkan nak tunjukkan gambar makanan yang anda makan je kan? Nak juga memperlihatkan diri anda bermesra (bukan gedik) dengan blogger lain.

Jual diri sekali dengan jenama blog anda. Pernahkan anda baca mengenai entri saya mengenai logo dan penjenamaan dengan wajah kita ... boleh je buat begitu, lagi-lagi andai wajah kita tu ada aura tersendiri. Ramai je buat dan mereka berjaya. Tapi biar padan dengan isi bloglah.

Ingat tu .. biar padan dengan isi blog. Kalau wajah tak berapa nak kacak macam saya ni, dan isi blog lagilah tak seberapa .... elakkan la ye. :)

Lihat iklan Dr Romzey dalam akhbar mempromosikan produknya, dan syarikatnya ... kannnn kelassss tu ... :)

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tajuk entri betul-betul memancing minat saya untuk membaca..ternyata menjual diri/mempromosi satu usaha untuk berjaya dalam bidang ini..

    BalasPadam
  2. wahhhhh kelasss entri ni.... buat seadanya je.. jangan sampai terover.... hihihi..

    BalasPadam
  3. haha..tak berapa suka jugak byk sgt tonjol gambar kt umum

    BalasPadam
  4. setiap orang lain caranya..tapi aku bersetuju dengan HH dalam bab ini

    BalasPadam
  5. pemalu mcm saya susah nak letak gambar dalam blog , tapi letak juga berpada2 la ..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum hh...menarik n3 ni...;)

    BalasPadam
  7. Gambar Tuan HH pegang kamera tu cool ler... Sekaligus promosi blog bersama tuannya..

    BalasPadam
  8. Tajuk entri yg cantik n superb! Pernah gak buat tapi tanpa gambar... macam haritu sy bagitau... encik usben tak izin papar gambar dlm laman web. Sdg mencari2 juga software yg bleh mengkartunkan wajah ni... Ada ke HH? hehe

    BalasPadam
  9. Bro HH ni hebatlah kalau buat entri. hehe.. Ape petuanya?

    BalasPadam
  10. apabila terlalu menceritakan perihal diri akan membuat orang jemu dan jika terlalu keterlaluan akan mengundang bahawa..dikhuatiri akan mengundang mereka yang tidak sepatutnya mengambil kesempatan..www.tepakku.com

    BalasPadam
  11. terima kasih diatas peringatan ini ya HH

    BalasPadam
  12. setuju 100%
    saya selalu follow blog sesorg dan sering pergi disebabkan perkongsian ilmu hihihi

    BalasPadam
  13. Laman sosial pon tempat yang bagus juga untuk 'jual diri' macam bukan setakad trend tapi makin popular setiap hari.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement