Jual Belacan Menerusi Blog

Gelakkan dia ehh ... mentang-mentanglah jual belacan menerusi blog. Apa guna anda gelakkan dia, walhal dia buat duit, anda? Gelakkan orang sebab jual belacan .... anda jual apa? Jual diri? Ada tanya saya, "Camna nak buat duit online menerusi blog?" Nah, jual belacan ni pun salah satu cara untuk anda jana pendapatan dan dapatkan duit online menerusi blog.

Jual Belacan Menerusi Blog

Jual Belacan Menerusi Blog

Jangan dipandang rendah mereka yang buat blog untuk perkenalkan perniagaan dan produk mereka. Ini adalah kerana iltizam mereka lebih kuat daripada anda yang berblog suka-suka. Mereka akan belajar untuk mantapkan blog semata-mata untuk membolehkan apa yang mereka jual dapat dibeli. Dapat jual, dapat duit. Dapat duit pula tu, dengan hanya duduk depan pc, depan laptop, depan tablet.

Jual belacan menerusi blog, ambil gambar belacan, pengunjung tengok, mereka suka dan tertarik. Pengunjung yang suka, akan beli. Si blogger gembira di hati sebab dah dapat jualan, dan income menerusi blog dengan jual belacan. Anda pula macamana? Jual wajah? Jual badan? Apa yang anda dapat? Glamour? Famous? Nak bawak ke mana glamour dan famous tu? Boleh beli petrol ehhh? Kalau boleh tak mengapa, saya tak ada masalah.

Jangan Pandang Rendah Pada Blogger Jual Produk Seperti Belacan

Bukan apa, muncul manusia yang perlekehkan blogger yang ada keazaman buat blog untuk berniaga. Kenapa? Salahkah mereka nak jadikan blog sebagai salah satu cabang perluas dan kembangkan bisnes yang ada.

Bagi mereka yang nak cari alternatif untuk dapatkan income, buatlah blog. Kalau tidak dapat menjual, sekurang-kurangnya anda dapat promosikan bisnes dan produk anda. Biar mereka tahu, biar satu Malaysia tahu, biar satu dunia tahu ... bagaimana nak dapatkan belacan terbaik dari anda.

Masih ingat satu iklan di tv mengenai seorang budak dan ayahnya yang merupakan seorang nelayan?


{ 14 comments.. read them below or add one }

weschairs weschairs September 08, 2013
Tajuk artikel pun dah menarik perhatian..
Nour Adieb Nour Adieb September 08, 2013
yg penting cr rezeki halal :)
Ahmad Zarif Ahmad Zarif September 08, 2013
salah satu usaha yang patut diberi pujian. usaha tangga kejayaan kan?
Marou Apple Hijau Marou Apple Hijau September 08, 2013
wow ohsem.. memudahkan rakyat Malaysia di luar negara beli belacan. jangan pandang rendah kalu owener blog jual belacan income lebih masyuk dari blogger

Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3
AhkakGojes AhkakGojes September 08, 2013
belacan tu...dunia it..mana tau dgn jual dr belog pewrniagaannya maju kan...
Hisham Mohamad Hisham Mohamad September 08, 2013
respect usahawan macam ni. dia membatu ramai orang melayu yang makan belacan... kadang kala nak beli belacan kat supermarket tak kualiti....
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin September 08, 2013
Tak perlu gelak. Tapi tabik la. Menggunakan segala medium yang ada untuk memajukan perniagaan.
Muhammad Syazwan Norhalik Muhammad Syazwan Norhalik September 08, 2013
ada usaha ada jaya.. tak kisah la jual apa, asal halal :)
Suria Lekatlekitgurl Suria Lekatlekitgurl September 08, 2013
takde apa yang lucunya jual belacan kat blog. sekarang ni semua benda boleh jual kat online termasuk la jual diri.. lebih hina jual diri dari jual belacan kat blog kot.. hahahaha
bloggerlelaki.com bloggerlelaki.com September 08, 2013
zaman dah canggih kan sekarang..jadi cara kita berfikir pun kena canggih juga..apa nak diherankan orang nak jual belacan online...rezeki masing-masing kan
MY@R MY@R September 09, 2013
Menjual sesuatu yang orang tidak jual lagi akan menarik orang untuk menbelinya..kreatif dan menarik..tiada yang mustahil..pernah ada satu cerita dahulu di mana terdapat seorg yang ingin membuat pinjaman wang kerana ingin menjual air kosong..pada ketika itu air mineral tiada di pasaran..apabila berjumpa dengan pegawai bank..ditertawakannya kerana perniagaan yang ingin dibuat adalah menjual air kosong..tetapi sekarang ini..pelbagai produk air kosong yang dijual cuma ditukar nama kepada air mineral dan air minuman..pada asasnya ianya adalah air kosong...www.tepakku.com
Rozita Rozita September 09, 2013
ada je orang yang akan beli.. percubaan ni jauh lagi baik dari terpaksa mengemis...
Digicify Digicify November 11, 2013
boleh juga listkan produck jualan di www.pasomalam.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.