Tahniah, tahniah, tahniah kepada blogger Malaysia yang telah mencapai impian dan kejayaan tersendiri dalam dunia blog Malaysia! Ada banyak cabang kejayaan yang boleh dicapai, seperti yang saya tampilkan dalam entri Kepercayaan Blogger Terhadap Angka, dan beberapa entri lain seperti Blogger Dalam Majalah dan kisah blogger berjaya dapat income berterusan dari blog. Apa yang saya nampak, kebanyakkan blogger yang telah berjaya ini telah menjadikan kejayaan mereka itu milik semua.

Kejayaan Itu Bukan Hasil Usaha Kita Semata

Apa yang dicapai oleh seorang blogger bukanlah hasil usaha blogger tu semata. Mesti ada sokongan dan galakan yang diterima. Kadangkala isteri, ada suami, ada anak, malah ramai yang didorong dek kerana pengikut dan pembaca blog mereka. Motivasi dijana dengan bantuan rakan blogger lain. Kejayaan diperoleh hasil bantuan pengunjung dan pembaca.

Maka, sangatlah penting sebagai blogger yang membukakan ruang seluas-luas kepada dunia untuk dijenguk dijengah 24 jam sehari 7 hari seminggu, berkongsikan kejayaan yang dimiliki itu. Paling tidak, sediakan entri khas dan khusus. Andai berkemampuan, berikan sedikit imbuhan atau ganjaran. Lihat sahaja kejayaan-kejayaan serba menarik yang telah diraih oleh blogger cukup hebat - Eqbalzack.com.

Anda pasti akan kagum dengan deretan kejayaan, rezeki melimpah ruah yang telah blogger Eqbalzack dapat dalam kehidupannya. Dan paling saya respek, dia tidak lokek berkongsi apa yang dia dapat - diterjemahkan menerusi segmen, kontes, giveaway mudah untuk semua pembaca blognya. Saya sendiri dah dapat pelbagai hadiah menarik daripada Eqbalzack.com.

Begitu juga dengan kejayaan yang diperoleh oleh pemilik blog Denaihati.com; menerusi bengkel ilmu mengenai blog, seminar buat duit dengan blog ... blogger Amir Hassan tidak jemu berkongsi apa yang dia tahu, dan berkongsi pengalaman sendiri sehingga menjadi antara blogger yang berjaya punyai Akademi Denaihati buat blogger yang mahu menjadikan blogger sebagai kerjaya seumur hidup.

Tidak dilupa pada blogger lain seperti Eyriqazz.com dan Broframestone.com serta ramai lagi yang kini membuka lebih banyak peluang untuk blogger lain capai kejayaan manis untuk blogger Malaysia. Mereka dah merasainya, dan kini mereka berkongsi apa yang mereka rasa. Mereka jadikan kejayaan itu milik semua.

Kejayaan Itu Milik Tuhan, Jangan Sombong!

Allah Maha Kaya, jika kita tidak berjaya dengan plan A, ada plan B .. ada plan C yang tersedia untuk kita. Allah S.W.T tidak pernah kejam dengan kita, cuma kita sahaja yang alpa dan menzalimi diri kita sendiri.

Jadikan kejayaan itu milik semua, kerana di satu hari kelak ... kita tentu tak mahu berada di satu tempat indah secara berseorangan, pasti kita ingin anak kita, ibu kita, ayah kita, isteri, jiran, teman, sahabat, pakcik kantin, anak jiran comel ... bersama menikmati nikmat. Tidak perlu sombong kerana apa yang ada pada kesombongan itu andai semua itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja!


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. insya Allah.. Zam cuba capai apa yg zam inginkan dlm dunia blog ni.. tak cepat, lambat sikit pun tak apa.. insya Allah.. bnyk ilmu yg cuba diselongkar lagi ni utk memntapkan blog & diri ni..

    keep calm, & keep on blogging :))

    BalasPadam
  2. setiap perkara yg kita lakukan, jika dilakukan dengan bersungguh, insyaAllah akan berjaya

    BalasPadam
  3. tumpang gembira dengan mereka yang telah berjaya dalam dunia blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Saya juga turut gembira dengan ramai yang lain.

      Padam
  4. kejayaan itu adalah hasil sumbangan ramai orang baik secara langsung atau tidak.Maka wajar dikongsikan meskipun hanya ucapan terima kasih.

    Entri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

    BalasPadam
  5. belajar dari kegagalan dan tempuhi ranjau untuk menuju kejayaan....

    BalasPadam
  6. semua barisan nama2 blogger yang hebat..termasuk bro HH

    BalasPadam
  7. gembira dengan kejayaan rakan-rakan blogger

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement