Langkau ke kandungan utama

Ibadah Qurban Tahun 2013

Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T, pastinya kita perlu tumpukan soal ibadah. Andai ibadah tidak dijaga dan disempurnakan dengan baik, maka redha Allah S.W.T akan menjauh, dan apa yang kita lakukan samada untuk diri, keluarga mahupun masyarakat tidak akan diberkati. Dan antara amalan dan ibadah yang ramai umat Islam kurang dan jarang lakukan ialah ibadah Qurban.

Sementelaah berkata soal Qurban ini - lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hari Raya Qurban kelak, ingin saya kongsikan satu peluang buat anda, dan kita sebagai umat Islam untuk melakukan ibadah ini dengan mudah, dan sesuai dengan bajet.
Program ibadah qurban dan murah 2013

Apa Dimaksudkan dengan Qurban?

Qurban, ramai yang ambil ringan walaupun sudah ada kemampuan. Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah S.W.T. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (H.R al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Hebat sungguh fadhilat Qurban ini. Walaupun ia merupakan ibadah yang disunatkan, tetapi kalau sudah ada kemampuan, mengapa harus dibiarkan peluang dilepaskan? Ini peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T buat hambaNYA. Ia untuk buktikan betapa kita bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita.

Ganjaran berlipat ganda. Dengan melakukan ibadah Qurban ini, kita bukan sahaja akan peroleh ganjaran pahala malah akan bantu jiwa kita agar sentiasa ingat pada Allah S.W.T. Ia menjadikan kita seorang insan yang murah hati, kikis sifat tamak dan bersedia untuk berbelanja ke jalan Agama.

Perbandingan Perbelanjaan dengan Qurban

  • Kita boleh beli sepasang... dua pasang shawl yang berharga RM100-RM200 tetapi kita lokek nak keluarkan RM250 untuk bahagian dalam Qurban.
  • Kita boleh bayar tempah iklan di blog dengan bayaran RM200, tetapi kita tak boleh tempah bahagian kita dalam Qurban.
  • Kita boleh dapatkan servis blogger lain untuk cantikkan blog kita tetapi kita rasa berat nak bayar RM250 untuk bahagian lembu bagi Qurban untuk fadilat pahala bekalan hari akhirat.

Banyak yang dah kita terutama saya lakukan hanya untuk dunia. Berapa peratuslah sangat yang kita guna daripada apa yang kita ada ini untuk akhirat?

Jika anda tak kesah kenaikan #20sen harga petrol untuk bagi 'makan' kenderaan anda, jadi mengapa harus anda kesah untuk sedekah dengan cara ibadah Qurban. RM250 mungkin banyak tapi ... bayangkan apa yang akan Allah S.W.T berikan kepada seluruh kehidupan kita sampai akhirat kelak!

Mari imarahkan ibadah Qurban dan bantu mereka yang mungkin nasibnya lebih malang dari anda.

Mahu lakukan ibadah Qurban? Daftar dan tempah bahagian anda di SINI (klik)

Komen

  1. insyallah raya haji tahun ni..aku akan buat akikah untuk anak sulung aku...kalau ada rezeki tahun depan nak buat ibadah Qurban pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Moga ibadah diterima dan diredhai.

      Padam
  2. Saya pernah melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak-anak di Kemboja. Pada masa akan datang untuk ibadah Qurban pula.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…