Harga Minyak RON95 Sah Naik RM0.20

Sah. Bukan khabar angin lagi. Tadi semua orang termasuklah blogger kecoh harga minyak naik, tapi kemudiannya ada pula yang nafi ... siap berikan statement daripada mereka yang bertanggungjawab lagi. Bammm ... dah terkena .... khabar angin rupanya benar belaka. Sandiwara semasa barangkali, yelah nak elakkan ramai berpusu ke stesen minyak.

Betul ke sah naik nih? Ok, saya petik #fakta ini daripada Berita Harian Online:
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.
Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

ron95 naik 20 sen mulai 3 september 2013

{ 10 comments.. read them below or add one }

Bahrain Ramlan Bahrain Ramlan September 03, 2013
Redha je lah, malaysia kan aman~
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 03, 2013
ha ah, Malaysia kan aman.... kan?
Maria Firdz Maria Firdz September 03, 2013
Bior lah.. Hal dunia je... Belum tntu kita hidup esok hari...
Anarm Khairul Anarm Khairul September 03, 2013
Redha je la dengan tindakan yg dibuat oleh kerajaan. Untuk kepentingan rakyat jugak
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 03, 2013
Sebelum hari ni, harga seliter RM1.90. Alhamdulillah sy dh isi sabtu lepas. Biasalah ni... yg kaya semakin kaya, yg miskin gak makin tersepit...
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal September 03, 2013
Assalammualaikum....HH,

Redha aje lah nak buat macam mana... tp mselim3 dah isi minyak semalam...

mselim3
Sukma Haron Sukma Haron September 03, 2013
tak tahu nak cakap apa.....ramai merintih, ramai membongak....
MY@R MY@R September 03, 2013
Ramai yang merungut tetapi adakah itu jalan penyelesaiannya???www.tepakku.com
Aniq Bukhary Aniq Bukhary September 03, 2013
Terima seadanya.. huhu :D
Amir Aiman Akashah Amir Aiman Akashah September 03, 2013
Alhamdulillah......syukur....Malaysia aman..kahkahkah

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.