Pernah atau tidak secara tiba-tiba trafik ke blog anda meningkat tanpa semena-mena? Tentu anda akan rasa gembira tidak terkata bukan? Ramai blogger yang pernah mendapat durian runtuh trafik mencanak ini.

Durian Runtuh 3K Pageviews Satu Entri

Cuba tengok entri rakan blogger ini - Trafik Naik Mendadak

Tu sekadar contoh, malah ada ramai blogger yang terkejut, terkesima, timbul tanda tanya mengapa tiba-tiba trafik naik secara begitu drastik sekali. Saya cuba Google dan lihat hasil carian saya .... ya, nampaknya entri tersebut berada di laman utama Google.com.my (semasa saya Google).

Sebuah entri yang dah lama tulis, tetapi memberi impak pada masa kini. Satu entri dapat 3K pageviews ... mengujakan kan?

Nampak tak apa kelebihan blog yang terapkan ciri-ciri SEO walaupun hanya sebahagian? Hari ini buat entri, tidak mustahil esok lusa akan berikan trafik berganda-ganda. Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana robot enjin carian sentiasa mencari maklumat dan menempatkan ia di ruang terbaik dalam pencarian.

Dan satu lagi yang saya nampak, ialah mengenai kelebihan menggunakan sistem komen Google Profile. Banyak entri-entri di blog yang menggunakan sistem komen ini akan menerima trafik yang tidak dijangka. Semakin banyak komen, semakin tinggilah rating untuk entri tersebut di enjin carian.

Terima kasih kepada blogger tersebut yang sering sahaja godek ilmu mengenai blog di sini. Nampak sudah ada hasilnya. Jika kita tidak tahu, maka kita cari ilmunya, dah tahu praktikkan, barulah nampak hasilnya.

Ada antara kita suka baca tapi tak suka buat. Nak salahkan siapa?

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tu saya printscreen pada hari yang sama..sebenarnya 3 hari ia berlangsung.. haha..gembira sakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terbaik la mieza .. suami sayang ketat2 ni . hehehee..

      Padam
  2. tahniah....tentu boleh dikongsikan SEO ini.......

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum HH, nice gila! taniah ye. SEO ni memang bantu UP-kan blog. heeee i like SEO :)

    BalasPadam
  4. pernah dapat 10K pageview..melalui sharifah zohra jabeen...haha..masa ni meletop isu ni...

    BalasPadam
  5. nak kena korek2 lagi ni...hehe

    soalan last tu, kena salahkan diri sendirilah...

    BalasPadam
  6. wahhh mantapnya...gara-gara teknik SEO la ni kan HH?

    BalasPadam
  7. pergh! tahniah bro HH...tak pnah lagi smpai tahap tu...paling tinggi pon satu entri 1k...btul bro HH, kalo guna teknik SEO ni mmg menguntungkan...kalo tak sekarangni...akan datang~ skali lagi tahniah bro HH

    BalasPadam
  8. auwwwww congrats.. dasat laaa.. wink2

    BalasPadam
  9. memang dahsyat...tak pernah blog sy mencapai pageview sebegini...tahniah mieza..

    BalasPadam
  10. masih dalam kesamaran cara nak guna pakai teknik SEO ni

    BalasPadam
  11. saya jarang buat entri mengenai gossip dunia hiburan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement