Durian Runtuh 3K Pageviews Satu Entri

Pernah atau tidak secara tiba-tiba trafik ke blog anda meningkat tanpa semena-mena? Tentu anda akan rasa gembira tidak terkata bukan? Ramai blogger yang pernah mendapat durian runtuh trafik mencanak ini.

Durian Runtuh 3K Pageviews Satu Entri

Cuba tengok entri rakan blogger ini - Trafik Naik Mendadak

Tu sekadar contoh, malah ada ramai blogger yang terkejut, terkesima, timbul tanda tanya mengapa tiba-tiba trafik naik secara begitu drastik sekali. Saya cuba Google dan lihat hasil carian saya .... ya, nampaknya entri tersebut berada di laman utama Google.com.my (semasa saya Google).

Sebuah entri yang dah lama tulis, tetapi memberi impak pada masa kini. Satu entri dapat 3K pageviews ... mengujakan kan?

Nampak tak apa kelebihan blog yang terapkan ciri-ciri SEO walaupun hanya sebahagian? Hari ini buat entri, tidak mustahil esok lusa akan berikan trafik berganda-ganda. Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana robot enjin carian sentiasa mencari maklumat dan menempatkan ia di ruang terbaik dalam pencarian.

Dan satu lagi yang saya nampak, ialah mengenai kelebihan menggunakan sistem komen Google Profile. Banyak entri-entri di blog yang menggunakan sistem komen ini akan menerima trafik yang tidak dijangka. Semakin banyak komen, semakin tinggilah rating untuk entri tersebut di enjin carian.

Terima kasih kepada blogger tersebut yang sering sahaja godek ilmu mengenai blog di sini. Nampak sudah ada hasilnya. Jika kita tidak tahu, maka kita cari ilmunya, dah tahu praktikkan, barulah nampak hasilnya.

Ada antara kita suka baca tapi tak suka buat. Nak salahkan siapa?

{ 18 comments.. read them below or add one }

Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K September 11, 2013
Tu saya printscreen pada hari yang sama..sebenarnya 3 hari ia berlangsung.. haha..gembira sakan..
Sukma Haron Sukma Haron September 11, 2013
tahniah....tentu boleh dikongsikan SEO ini.......
Sheila Salim Sheila Salim September 11, 2013
Assalamualaikum HH, nice gila! taniah ye. SEO ni memang bantu UP-kan blog. heeee i like SEO :)
Fendy Fendy September 11, 2013
pernah dapat 10K pageview..melalui sharifah zohra jabeen...haha..masa ni meletop isu ni...
Hafiz Md Hafiz Md September 11, 2013
nak kena korek2 lagi ni...hehe

soalan last tu, kena salahkan diri sendirilah...
Pinkbubblegumprincess Pinkbubblegumprincess September 11, 2013
wahhh mantapnya...gara-gara teknik SEO la ni kan HH?
krole krole September 11, 2013
pergh! tahniah bro HH...tak pnah lagi smpai tahap tu...paling tinggi pon satu entri 1k...btul bro HH, kalo guna teknik SEO ni mmg menguntungkan...kalo tak sekarangni...akan datang~ skali lagi tahniah bro HH
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Memang terbaik la mieza .. suami sayang ketat2 ni . hehehee..
nurul harnani nurul harnani September 11, 2013
auwwwww congrats.. dasat laaa.. wink2
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 11, 2013
memang dahsyat...tak pernah blog sy mencapai pageview sebegini...tahniah mieza..
Ahmad Zarif Ahmad Zarif September 11, 2013
hebat2.. tringin gak rasa camtu
kucha lana kucha lana September 11, 2013
masih dalam kesamaran cara nak guna pakai teknik SEO ni
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 11, 2013
Tahniah mieza. Petuanya, usah jemu menulis. Terima kasih atas perkongsian
Ainim Suju Ainim Suju September 11, 2013
saya jarang buat entri mengenai gossip dunia hiburan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.