Erkk... mulanya ingat salah login, rupa-rupanya ChurpChurp Malaysia sudah berwajah baru. Nampak sangat berlainan dengan penampilan terdahulu. Mungkin rekabentuk laman terkini ChurpChurp ini mahu disesuaikan dengan penampilan yang lebih responsif .... :) Apapun, ada beberapa perkara yang agak kurang menarik pada pandangan saya mengenai wajah ChurpChurp terkini ini.

ChurpChurp Kini Berwajah Baru

ChurpChurp berwajah baru 2013

Secara amnya, rekabentuk yang ditampilkan memang ringkas dan menjurus kepada pemilik akaun untuk berkongsi sesuatu yang boleh mendatangkan ganjaran tunai. Paparan jelas besar mengenai sesuatu kempen memang eye catching tetapi ia memakan terlalu banyak ruang, terutama gambar atau imej berkaitan sesuatu kempen itu.

Jika dahulu, saya hampir tidak perlu skroll ke bawah, tapi kini, masa dihabiskan untuk menggunakan mouse bagi tujuan skroll untuk melihat keseluruhan kandungan yang ada di ChurpChurp. Dalam paparan komputer saya, hanya 2 kempen boleh disenaraikan dalam satu-satu masa. Untuk lihat kempen atau iklan lain yang ingin dikongsikan, kena belek sampai ke bawah.

Cara untuk kongsikan sesebuah kempen juga sudah semakin sukar bagi saya. Kena klik sana sini baru boleh perkongsian itu dilakukan. Lebih banyak kerja dari biasa. Hanya jika anda benar-benar mahu kongsikan sesuatu itu, baru akan buat. Kalau tak, mungkin anda lebih suka keluar sahaja dari paparan semasa.

Bahagian autoshare yang sebelum ini agak mudah kini sudah jadi semakin rumit. Tak tahulah pada yang lain. Yang baru ni, saya macam sukar je mahu buat setting yang dimahukan untuk sesebuah kempen itu dikongsikan menerusi laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook.

Apa pula pendapat anda, cepat buat entri dan tweet kepada pihak ChurpChurp jika anda merasakan perubahan yang dilakukan menyukarkan anda untuk berkongsi sesuatu informasi kepada yang lain.

Tips Ringkas

Apabila anda login ke akaun ChurpChurp anda, sila reactivate balik akaun anda dan link kembali ke akaun-akaun media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan beberapa keistimewaan tertentu seperti Special Seeding.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

malam ni saya akan tengok churp churp saya ya

Reply

memang agak seksa kalu nk skroll sampai abis,
maybe diorg still dalam proses ubahsuai,
HH tegur pasni diorg tukar balik :)

Reply

macam aman nak menjana duit dgn churp2 plak nie

Reply

dah lama dah x peduli kat churp2 ni huuhhu. entah apa paswo

Reply

baru semalam teringat nak tengok churpchurp... oleh kerana dah lama tak masuk (bertahun), tak perasan perubahan sebab tak ingat masa join dulu camana. Cuma macam yang tuan nyatakan, saya pun keliru dengan arahan-arahan itu ini... navigation tak berapa mesra... dok ingat nak buat promo, langsung tak jadi...takut salah buat huhuhu... nanti tengok lain bila ada masa...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.