Cerita Kesilapan dan Bukan Kegagalan

Diakui ada juga blogger yang gagal dalam berblog. Saya sifatkan gagal apabila mereka tutup blog. Namun, satu kegagalan itu bukan penamat. Blog yang berkubur boleh bangkit andai dan jika empunya blog tahu akan kesilapan yang telah dilakukan. Saya pasti ada blogger yang tidak berjaya dulunya, kini sudah menjadi seorang blogger cukup disegani.

Perkara hitam tak boleh diputihkan. Ia sudah tercatit dalam sejarah. Apa yang boleh dibuat ialah menjadikan perkara hitam itu satu petanda untuk tidak melakukannya lagi. Elak kegagalan dengan melihat akan kesilapan.

Cerita Kesilapan dan Bukan Kegagalan

cerita kesilapan dan bukan kegagalan

  • Ada blogger kecewa blognya tidak berjaya menjana income seperti dalam hasrat awal berblog. 
  • Ada blogger kecewa kerana blognya tidak punyai pembaca.
  • Ada blogger kecewa kerana blognya trafik tidak naik-naik setelah bertahun ada blog.

Gagal Itu Adalah Kekuatan dan Kelebihan

Itu pengalaman berharga. Walaupun anda gagal, tapi kegagalan itulah kekuatan anda. Anda sudah tahu apa dan mengapa sebelum ini anda gagal - kecuali mereka yang tidak ambil peduli. Gagal akibat kesilapan, maka kongsikan kesilapan itu menerusi blog anda. Dan ia akan menjadi antara kekuatan blog anda kelak.

Lihat sahaja mereka berjaya dalam perjalanan hidup mereka. Setiap dari mereka akan ada kisah kegagalan. Tapi mereka tidak terus jatuh dengan kegagalan, malah mencari apa yang silap untuk diperbetulkan. Bermula dari bawah, dengan pedoman-pedoman lalu untuk mencipta kejayaan.
Tips untuk elak gagal dalam dunia blog Malaysia

Ceritakan kesilapan dan bukan kegagalan agar diri anda tahu setiap langkah yang betul perlu diambil, selain memberikan 'cahaya' buat orang lain untuk berjaya bersama dengan anda. Inilah prinsip utama untuk capai sebuah kejayaan, tidak lokek dengan kisah kejayaan dan juga kisah kesilapan.

Orang Berjaya Tak Segan Akui Kesilapan

Orang berjaya takkan segan untuk akui kesilapan lampau. Malah mereka menceritakannya supaya orang lain tidak lakukan kesilapan seperti mereka. Mereka ibarat memberikan laluan pintas untuk kejayaan. Terpulang pada diri untuk ikut atau tidak.

Ceritakan kesilapan kerana ia sebenarnya satu tips dan panduan untuk capai sebuah kejayaan. Jangan mudah putus asa kerana putus asa itu antara penyakit yang menidakkan anda dengan potensi untuk raih kejayaan.

{ 14 comments.. read them below or add one }

Carlos Santiago Carlos Santiago September 17, 2013
nak berjaya tak semudah yg dikata dalam buku. yg penting usaha berterusan.
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 17, 2013
Betul tu, kesilapan sebenarnya peluang untuk mengorak langkah kejayaan. Saya tidak silap memilih blog untuk perjuangan saya walaupun pada awalnya hanya untuk suka2 tanpa matlamat dan halatuju. Terima kasih sentiasa memberi motivasi
Sukma Haron Sukma Haron September 17, 2013
jangan menoleh ke belakang lagi...life must go on, kesilapan sebagai menjana minda agar beroleh kejayaan di masa akan datang.....
Ezad Skytech Ezad Skytech September 17, 2013
kalau tak berusaha macam mana nak berjaya...suka baca entri motivasi macam ni...
Ahmad Zarif Ahmad Zarif September 17, 2013
kdg2 kegagalan adalah satu faktor yang boleh buat kita moralize. tp sekali kita dapat atasi kegagalan tu, pasti ianya akan memberikan kepuasan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Kita semua mesti ada tujuan. Hatta, sekadar untuk suka-suka, pasti akan ada tujuan dan matlamatnya yang ingin dicapai.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Terima kasih Ezad. Moga semua kita boleh berjaya dengan blog - walau apa jua matlamatnya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Yeah. Positifkan diri untuk lebih cemerlang.
kucha lana kucha lana September 17, 2013
mengakui kesilapan itu pahit..untuk berjaya kita terpaksa telan jua..orang kata ubat itu pahit
MY@R MY@R September 17, 2013
gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya..www.tepakku.com
Norazizah Hashim Norazizah Hashim September 17, 2013
Blogger Malaysia Boleh :). Nor memang suka buat blog. Gagal... mungkin bukan gagal kot, belum berjaya. Agik idup, agik ngelaban. Selamat Hari Malaysia tuan HH.
mahmud thalut mahmud thalut September 17, 2013
Setiap hari baca entri-entri terbaru Tuan HH (istiqomah). Motivasi begini dapat cool kan hati yang kusam bagi pemblog yang di bayangi kegagalan...

Seperti saya.
tarmizi tarmizi September 17, 2013
Hirup pikuk dunia bloger telah mematangkan diri saya untuk berkarya... haha poyo lak aku rasa...
Ainim Suju Ainim Suju September 17, 2013
HH, entri ni beri semangat kepada saya..terima kasih ya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.