Cantiknya Blog Tapi ....

Jenuh blogwalking hari ini, masih belum habis. Baru separuh, saya pinau mata. Saya berhenti, saya layan anak kecil saya umur 3 tahun Haseena Humaira main masak-masak. Seronok. Datang rasa gembira dalam hati. Mungkin lepas entri ini ditulis, saya akan sambung blogwalking. Tapi, separuh jalan tadi dah boleh saya buat kesimpulan ringkas ... blog cantik tapi .....

Banyak blog yang indah-indah pada klik pertama. Ada blog yang buat saya terpesona dengan header tapi tak lama. Kejap je saya singgah. Mana yang saya singgah lama dan beri komen, tu memang sebab saya ada benda nak cakap. Yang singgah tapi tak ada komen dari saya, bukan sebab tak suka .. tapi sebab saya tak tahu nak komen apa.

Ramai rakan-rakan blogger yang memang biasa dengan saya. Malah, mereka antara yang sering berkunjung ke blog ini, tak kiralah sekarang mahupun di masa lampau. Saya ingat siapa yang singgah. Saya jarang lupa, kalau lupa .. maknanya ada something yang tak kena.

Blog cantik, tapi banyak benda yang diletak tak ada fungsi. Sekadar hiasan yang tak bawa makna apa-apa. Sebenarnya widget dalam blog ini ada efek dengan blog. Bukan setakat untuk memudahkan pengunjung blog tetapi juga memberitahu mengenai blog tersebut.

Awas dengan widget yang anda letak. Ada kemungkinan ia widget yang boleh membahayakan blog anda. Ingat lagi kes kotak chat yang diserang malware? Hampir-hampir blog tak boleh dikembalikan disebabkan malware tersebut. Nasib baiklah Google ni suka bagi warning dulu, kalau dia tarik dan anda hilang blog anda ... tak ke sia-sia bertahun tulis entri lepas tu lenyap ntah ke mana?

Ada yang mahu mempromosi sesuatu, tetapi tak tentu hala. Blog dah nampak macam tempat game. Sana sini suruh klik. Pernah masuk tempat game? Kalau pernah masuk, anda tahu maksud saya.

Apapun, ramai rakan blogger yang dulu mencari ilmu sekarang dah pandai praktikkan ilmu yang dipelajari. Ramai yang sudah boleh mendidik orang lain hasilkan blog terbaik. Itu saya nampak.

Oklah. Nak sambung. Jangan marah kalau ada teguran itu pedih di mata. Saya pun pedih mata gak ...nak cari eyemoist ... :) Cantiknya Blog Tapi ....

{ 59 comments.. read them below or add one }

Sukma Haron Sukma Haron September 26, 2013
hehe....komen membina dari HH....tq sebab komen blog saya...tapi HH saya nak tukar header tapi tak faham...tengok tutorial banyak menggunakan coding...tu yang tak faham, lagi satu nak masukkan menu supaya senang orang cari kat blog kita....tq HH.....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 26, 2013
Nak letak menu melekat cam blog ni tak? Nak?
Hidayah Hidayah September 26, 2013
Alahai..harap harap bila smpi turn blog dyh.. ada la walau secebis komen khidmat nasihat.. jadiklah.. :)
kopi pasta kopi pasta September 27, 2013
yg bahayanya widget berformat flash ni. org boleh exploit letak koding yg berbahaya i.e malware etc
Bin Muhammad Bin Muhammad September 27, 2013
Follower beribu...memang letih bw... Entah boleh sampai ke blog saya ke tidak ni, maklumlah jauh di hulu...
qaseh dalia qaseh dalia September 27, 2013
Xkomen pun blog kite hihihi
Ainim Suju Ainim Suju September 27, 2013
Baiklah, saya akan cuba tingkatkan mutu penulisan saya ya HH
kamil salleh kamil salleh September 27, 2013
Tak pasti lagi..tuan HH blogwalking ke tidak ke blog saya, saya harap sangat tuan HH singgah di blog saya dan memberi komen....bolehlah saya tahu di mana silap dan salah? Dengan ini bolehlah saya perbaiki nanti. Insya Allah.
baby comel baby comel September 27, 2013
saya juga harap cikgu boleh bw ke blog saya.. sedia menerima teguran InsyaAllah. mungkin selama ni yg saya nampak baik mungkin bukanlah terbaik kan, bolehlah diperbetulkan.. terima kasih,
baby comel baby comel September 27, 2013
nampaknya cikgu, banyak lagi saya nak belajar ni. nak kena selongkar, fahamkan dan aplikasi kan.. baru boleh berjaya kan. tapi masalah yg saya hadapi sekarang ni adalah "saya takut nak mencuba" saya takut saya akan buat salah. Sometimes error make me feel scared. saya takut kesilapan yg saya buat tu nanti akan sentiasa menghantui saya. saya faham kegagalan memang akan ada dalam kamus hidup orang yang berjaya, tapi saya takut bila saya buat salah, dan saya ulang lagi kesilapan tu. (atas dasar saya mmg xde ilmu tentangnya, atau saya khilaf tentangnya atau mungkin memang saya ni tak pandai -belajar tak faham2).
Saya hanya menulis blog biasa, bukan full time blogger, bukan juga part time blogger, nak dapat income dr blog memang jauh la. tapi lately saya tak tahu kenapa saya takes serious tentang blog dan saya sangat susah hati fikir tentangnya skg.
(maaf cikgu, buat karangan pulak kat sini. anyway thanks sbb bg saya ilmu banyak pg2 ni)
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K September 27, 2013
Ehem2..blog saya mcm mana pulak?
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K September 27, 2013
Harap Bro HH ingat muka saya ni..haha
Munir Ardiku Munir Ardiku September 27, 2013
blog sayapun demikian tuan banyak widget yang mubadzir tak ada guna
mahmud thalut mahmud thalut September 27, 2013
Assalam Tuan HH.

Ubat yang di telan pahit , di sapu pedih biasa mujarab :)
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah September 27, 2013
As salam HH terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya dan tinggalkan komen. HH banyak mengajar saya tentang blog.
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin September 27, 2013
Theme minimalist tetap menjadi pilihan saya supaya tiada pengunjung yang rimas hendak datang berkunjung.
Dik bee Dik bee September 27, 2013
terima kasih singgah blog saya... hehe
Mia Liana Mia Liana September 27, 2013
terbaiklah HH... bw ke blog Mia... apa kata nanti update gambar koleksi fridge magnet HH kat peti ais tu... tentu seronok kitorang nak tengok ramai2...

peace.. (^_^)
Kenit Cinonet Kenit Cinonet September 27, 2013
terima kasih atas teguran berhemah HH. Mohon HH singgah di blog kenit, dan berilah tips tang mana kenit kena ubah dan perbaiki. Kenit pun tak pasti orang suka ke dak baca di blog kenit hehehe :)
fizafantagirO fizafantagirO September 27, 2013
terima kasih utk tips HH :) dlu fiza guna jugak kotak chat tu, tp pernah sekali kene malware . terus buang dan xguna dh :)
onn Lajer onn Lajer September 27, 2013
nak juga terima teguran yang membina walaupun pedas daripada bro hh
Sukma Haron Sukma Haron September 27, 2013
boleh.....HH....kasi ler.....hehe
Cheida_Mymee Cheida_Mymee September 27, 2013
terima kasih atas teguran yg diberikan..
dan saya setuju ngan apa yg diperkatakan
bloggerlelaki.com bloggerlelaki.com September 27, 2013
minta2 blog gua tak termasuk dlm senarai tu..huhuhu
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha September 27, 2013
boleh buat segmen komen blog/review blog..mungkin akan bermanfaat kpda semua blogger :)
izan mama mia izan mama mia September 27, 2013
teguran membina..nak kena balik semak blog ni..tq
Makwe Kintan Makwe Kintan September 27, 2013
bagusnya..sekurang-kurang saya boleh nampak kelemahan blog saya & akan berusaha utk menambahbaik.. TQ..
Mysara Ab Rahman Mysara Ab Rahman September 27, 2013
emm...HH lum penah dtg blog kte...leh xsinggah n bg komen? sbb kte nk tau gk apa yg ptut improve..hee
Lynn Munir Lynn Munir September 27, 2013
Blog saya pulak macam mana pendapat bro Hasrul ya ?
amir zahari amir zahari September 27, 2013
teguran yang membina..^__^
Shark Kay Shark Kay September 27, 2013
adeh..
harap2 bukan blog shark ler tue.
cynta ieda cynta ieda September 27, 2013
bw ke blog saya juga hasrul..nak tahu juga kelemahan blog saya..hihi
Nur Misnan Nur Misnan September 27, 2013
Sila komen blog saya ya bos... tapi tunggu saya join contest tegur saya..
Tetamu Istimewa Tetamu Istimewa September 27, 2013
Terima kasih atas perkongsian dan peringatan yang bermanfaat ini.
ShueQry Abdullah ShueQry Abdullah September 27, 2013
Pendek kata, fokus utama sesebuah blog biarlah pada kandungan sepenuhnya .. sebab orang buka blog sebab nak baca kandungannya dan tinggalkan komen jika mereka mahu.
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 27, 2013
Saya pown nak gak... dah lama nak tanya sifu menu melekat camtu... nak gak...
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 28, 2013
menunggu blog saya diberi tunjuk ajar oleh sifu :)
Amir Aiman Akashah Amir Aiman Akashah September 28, 2013
jom kritik dan komen blog sy HH
Pn Sheila Pn Sheila September 28, 2013
erm... ilmu yg ikhlas de HH... t.k dikongsi besama kami yg cetek ini... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
In Sha Allah, mana saya boleh komen, saya akan komen. Kesihatan tak berapa baik tatkala ini. Saya cuba juga atas daya yang ada.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Ya, ramai yang tidak tahu mengenai perkara itu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Hahaha... ini bukan kira follower, ini kira daripada Facebook komen yang saya baru buat .... kat komen wall saya, tak sangka pula ramai yang berminat
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Belum sampai la Qaseh. Tatkala komen ni ditulis, saya baru sahaja boleh berada di depan komputer dalam keadaan kesihatan yang ok ok ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Hmm jgn risau sangat, dalam blogspot kan ke boleh backup ...:) tak pun salin je dari satu blog ke satu blog sokongan yang lain, manalah tahu kot-kot jadi apa-apa.

Part time blogger pun kena juga ambik tahu serba sedikit mengenai blog secara lebih mendalam.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Mieza... saya dah komen rasanya ...:) template baru dah kan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Harapnya begitu, jangan salah ubat, nanti leh mudarat
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Dan terima kasih sbb masih sudi singgah sini dan cedok perkongsian ilmu yang ada. Blogger seperti anda yang dah berjaya dengan cara sendiri buat saya bangga...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Ya, bagi kebanyakkan blogger yang dah berpengalaman, mereka tahu apa yang terbaik buat blog masing2 .... tahu mana yang akan diterima secara majoriti pengunjung blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Hahaha.. nanti saya cuba fikirkan cara untuk paparkan fridge magnet tu kat dalam blog ni, rasanya pernah dah sekali saya letak gambar fridge magnet yang saya ada.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
In Sha Allah, dengan daya dan kelapangan yang ada, saya akan cuba.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2013
Terima kasih kerana menerimanya dengan hati terbuka. Saya pun bukanlah hebat sangat, banyak kali juga tergelincir dalam dunia blog ni.
Kak Tie Kak Tie September 29, 2013
selalu singgah sini,baca entry wat panduan,tapi akak jarang komen....hhurrmm...ingat akak lagi takkkkk???
Pyan Shafii Pyan Shafii September 29, 2013
saya tak kisah orang komen ke tak . yang penting saya menulis dan terus menulis. saya suka blog simple je.
ctfand ctfand September 29, 2013
bacaan dan panduan berguna untuk newbie seperti saya. terima kasih..

tengah fikir2 tentang shoutbox tu..yg saya perasan, aplikasi tu memberi kesan kepada kelajuan loading page saya..
Invisible Me Invisible Me October 01, 2013
Nasihat untuk peringatan jugak ni.
Blog sy masih banyak perlu dibaiki. Baca tunjuk ajar kat sini.
bai zura bai zura October 01, 2013
Terima kasih teguran info yg berguna...yelah saya baru dlm berblogging... so harap-harap dapat laa tunjuk ajar...
ups singgah laa ke blog saya mana tau ade teguran yg membina http://selalulalu.blogspot.com/
http://warneewarnii.blogspot.com/
rodiyatul akmar rodiyatul akmar October 08, 2013
terima kasih atas info nya , InsyaAllah lepas ni sy kena check betul2 sama ada widget dlm blog berguna atau pun tidak :D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.