Di Malaysia, blogger masih lagi dianggap sebagai salah satu daripada kerja sambilan, dan bukan satu kerjaya. Walaupun telah banyak blog dihasilkan, dan telah terbukti berkesan dalam penyebaran maklumat termasuklah acara (event), produk dan sebagainya, namun masyarakat masih lagi belum betul-betul mengiktiraf blogger itu sebagai satu kerjaya yang boleh dilakukan dari rumah.

Jika anda ada membaca ebook bertajuk Kerjaya Dari Rumah - Rahsia Menjana Pendapatan RM5K-12K, anda akan dapati banyak peluang dan ruang yang boleh diterokai di dunia maya ini untuk menjana pendapatan.

Dan jangan terkejut bila mendapati bahawa dengan berblog juga anda boleh memperoleh pendapatan cukup hebat jika kena teknik, cara, acuan, dan pendekatan yang dilakukan. Ia adalah satu kerjaya jika income yang diperolehi hasil berblog sudah boleh bersaing dengan kadar pendapatan kerjaya yang biasa.

Ramai blogger yang sebelum ini bekerja tetap tetap pun 'bersara' daripada kawalan seseorang dikenali sebagai Boss. Banyak blog yang dulunya hanya sebuah blog biasa dah boleh menjana pendapatan online sendiri. Malah, anda punyai pelbagai pilihan untuk membolehkan blog anda menjana pendapatan secara berterusan atau main kejap-kejap.

Blogger suatu kerjaya dari rumah bukan mustahil. Malah, kerjaya dari rumah seperti ini memungkinkan anda mempelbagaikan skill dan kemahiran anda. Jika anda membaca ebook Kerjaya Dari Rumah, anda akan berasa terkejut kerana sesetengah skill itu amat mudah anda praktikkan. Ia mungkin kemahiran biasa buat anda, tetapi luar biasa untuk orang lain. Kemahiran ini yang jika anda selami teknik dan cara dalam rahsia menjana pendapatan RM5K-12K sebulan, anda pasti terasa betapa selama ini anda rugi untuk aplikasikan.

Kerjaya dari rumah dengan blog - jika kena cara, mungkin anda bakal lebih hebat daripada mereka yang penat dan lelah memastikan bisnes mereka di persada ruang maya.



15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak merealisasikan impian itu..insyallah

    BalasPadam
  2. Ye...saya juga sedang cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian saya sebagai seorang blogger berjaya..

    BalasPadam
  3. mungkin suautu hri nanti..sekarang ni kena kumpul ilmu secukupnya dulu

    BalasPadam
  4. InsyaAllah bro HH..tq atas perkongsian ni...kalo kena ngan cara insyaAllah akan berjaya sesbuah blog..contohnya cam blog bro ni~ mmg krole tabik spring lowered kat sni

    BalasPadam
    Balasan
    1. UHh jangan .. nanti marah blogger lain yang lebih hebat.

      Padam
  5. HasrulHassan ialah salah seorang blogger itu...yea tak?..hehe

    BalasPadam
  6. Tapi kena ingat juga.. xsemua blogger jana duit dari rumah..

    ada yang terpaksa lepak kedai mamak sebab nak pinjam wifi he..23x

    www.broframestone.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab loyar buruk ... uhh ada je. Siap lu bro ..gua kasik terjah..hahaha

      Padam
  7. mana tahu satu hari nanti aku boleh jadi macam tu juga.. hehehe

    BalasPadam
  8. maybe boleh jadi seperti bro satu hari nanti aminn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement