Siapa mahu jadi bapak ketam? Ajar anak jalan betul, tapi diri sendiri tidak betul. Tapi, kalau benarlah seorang bapa, dia tetap akan ajar anaknya jalan betul walaupun dia tak berapa nak betul sebab dia tak mahu jadi seperti dia yang bertahun dah tak betul. Betul tak? Haaa .... pening kan?

Kalaulah anda seorang bapa yang merokok. Tentu sekali anda tak mahu anak anda merokok. Jika anda seorang bapa kaki joli, tentu sahaja tak mahu anak ikut perangai anda! Tak ada mana-mana bapa di dunia ini yang mahukan anak mereka ikut perangai tak elok, melainkan si bapa ketua kongsi gelap, dan anaknya dah pun ada tatoo di tangan, perut dan kaki.

Dalam dunia blog, saya bukan nak muncul juara atau jadi pandai. Jadi sifu, ohhh jauhlah sekali. Berat gelaran yang diberikan. Saya hanya kongsi apa yang saya tahu. Dan jangan tergelak sakan pula kalau saya kata ada benda yang saya memang tak tahu. Saya bukannya genius. Saya cuma seorang pakar perkongsian ilmu sahaja ... hehhehehe... :)

Tak, saya tentu tak mahu orang lain buat silap seperti saya. Saya tak mahu orang lain rasa susah macam saya. Dulu, memang sukar nak berada teguh dalam dunia blog ini. Sebabnya sokongan kurang, tak ramai yang mahu bantu dengan ikhlas yang ada.

Tapi, saya tak mahulah jadi bapak ketam. Anda juga berhak tegur saya yang memang tak cukup ilmu di dada, apalagi dalam perut dan usus ....Anda ada pengetahuan, anda kongsi ... dan saya in Sha Allah akan ikut.

Orang lain tak tahu. Tapi saya, nak jadi bapak ketam yang sedia belajar dari bapak dan mak ketam yang lain, malah sanggup juga ditegur oleh bapak ayam dan ibu ayam, selain bapak borek anak rintik. Tak siapa yang lebih sempuran selain Tuhan yang menciptakan alam ini. Maka, tak perlu nak bangga dan terasa hebat sangat. Ye tak?

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bukan ke pepatah ada mengingatkan ; " dengarlah apa yang disampaikan bukan siapa yang menyampaikan ". Asalkan yang disampaikan itu perkara baik, yang lain belakang kira.

    BalasPadam
  2. bg aku tiada istilah bapak ketam, mak ketam atau anak ketam dalam bab tegur menegur ni...setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..

    BalasPadam
  3. Assalam.
    Istilah-istilah demikian lebih kepada kelemahan.

    BalasPadam
  4. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement