Langkau ke kandungan utama

#Bajet2014 - Cadangan Rakyat buat Datuk Seri Najib

Bajet 2014 antara perkara hangat yang sedang diperkatakan sekarang ni. Mana tidaknya, setelah kenaikan harga petrol sebanyak #20sen ini, semakin ramai yang makin prihatin dengan keadaan kewangan dan ekonomi. Semakin ramai yang sedar walaupun kenaikan hanyalah #20sen, ia sebenarnya satu nilai yang cukup besar, terutama bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap, berpendapatan rendah dan sederhana.

Impak kenaikan tersebut menyebabkan ramai memberikan saranan dan cadangan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menerusi blog www.1malaysia.com. 11,000 syor, cadangan serta saranan telah diberikan berkisar 15 topik mengenai Bajet 2014.
Bajet2014 - Belanjawan 2014 - Cadangan Rakyat

Cadangan Rakyat Buat Perdana Menteri bagi Bajet 2014

Kos Sara Hidup

  • Menurunkan harga kereta, tol serta petrol
  • Senaraikan susu tepung dan lampin bayi sebagai barang kawalan
    Perumahan dan Kehidupan Bandar
  • Kawal harga rumah
  • Tidak membenarkan penjualan rumah dalam tempoh lima tahun
  • Kurangan faedah pinjaman perumahan
  • Menaikkan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam

Penjagaan Kesihatan

  • Kad diskaun untuk pesakit mendapatkan rawatan haemodialisis di hospital atau klinik swasta
  • Benarkan suami menemani isteri ketika bersalin di hospital kerajaan

Pengangkutan dan Infrastruktur

  • Permintaan untuk pembinaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kelantan
  • Pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) di seluruh negara
  • Tambah lorong basikal

Ekonomi

  • Cukai pendapatan diganti dengan cukai ke atas produk
  • Menurunkan insurans kenderaan persendirian
  • Warga asing perlu ada permit untuk hantar wang ke negara asal
  • Penghapuskan monopoli stesen televisyen berbayar
  • Mengurangkan tempoh bayaran balik pinjaman peribadi kepada 10 tahun
  • Pelaburan maksimum Amanah Saham Bumiputera akaun dewasa dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM500,000
Bajet2014 berkaitan PTPTN

Pendidikan

  • Menghapuskan kos pentadbiran dan kadar faedah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Kad diskaun petrol untuk pelajar
  • Penempatan segera graduan pendidikan yang menganggur
  • Biasiswa automatik kepada pelajar Ijazah Sarjana dan PhD

Begitulah sebahagian daripada saranan dan cadangan yang telah diberikan ramai rakyat Malaysia untuk Bajet 2014 tu.

Dan ia tidak terhad dengan cadangan di atas sahaja, ada lagi ....

Keselamatan Awam dan Rasuah

  • Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  • Menambah aset dan kelengkapan polis
  • Seluruh anggota Kabinet mengisytiharkan harta individu dan keluarga

Perkhidmatan Awam

  • Menaikkan elaun tetap perumahan dari RM180 kepada RM400
  • Bonus tiga bulan untuk kakitangan awam dibayar secara ansuran
  • Selaraskan kenaikan pangkat bagi semua penjawat awam bagi semua skim
  • Pemberian cuti belajar bergaji penuh

Percukaian, Perniagaan dan Kewangan

  • Menaikkan potongan cukai untuk individu, isteri dan anak
  • Cukai tinggi dikenakan ke atas warga asing
  • Membenarkan pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk kurangkan hutang kad kredit
    Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak kepada RM3000 seorang
  • Menaikkan kadar cukai pendapatan individu untuk taksiran dari RM2,500 kepada RM5,000 sebulan

Apa pendapat anda? Apa yang menarik perhatian anda? Adakah nanti PM akan memberikan respon positif terhadap permintaan ramai rakyat Malaysia ini menerusi blog 1Malaysia.com?

Bajet 2014 akan dinantikan dengan penuh rasa ingin tahu, semua rakyat Malaysia mahu melihatkan Belanjawan Malaysia 2014 sebagai salah satu daripada di antara banyak bajet yang terbaik bagi kesejahteraan rakyat Malaysia setelah 56 tahun Merdeka.

Sumber: Utusan dan Berita Harian Online



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. banyaknya kemudahan yang rakyat minta. memang patut. tapi, mampukah negara kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tanya mereka yang terajui negara.

      Padam
  2. negara kita sedang mengalami defisit paling tinggi. mampu ke kerajaan nak tunaikan semuanya? oh ya, kan dah banyak cukai yang kenakan kat kita kan. tak perlu heranlah.

    aku sangat setuju dengan elaun perumahan dinaikkan. skang dah tak jumpa sewa rumah dalam bawah RM200.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Kampung pun ada yang kenakan sewa sampai RM300 lebih.

      Padam
  3. semoga dpt berikan yg terbaik untuk rakyat

    BalasPadam
  4. Assalam
    PETIKAN :
    'Kerajaan sedia RM19.6j dana bagi bantu penulis hasilkan karya
     Bernama | Kemas kini: Ogos 10, 2013



    KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperuntukkan sejumlah RM19.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga tahun ini bagi membantu para penulis menghasilkan karya tulen'

    Kerajaan juga perihatin terhadap penulis.

    BalasPadam
  5. aku cemburu dengan ini "Menaikkan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam", kenapa swasta xda

    BalasPadam
  6. Tak boleh bayangkan apa yang berlaku sehingga pilihan raya akan datang.

    BalasPadam
  7. dlm byk2 point .. paling tertarik bab pndidikan dn pnjaman .. hmm ontong la kalau da xde cukai ptdbiran .. automatik biasiswa plak? mcm mana tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…