Langkau ke kandungan utama

8 Idea Hobi Untuk Blog Niche

Ramai yang masih tak tahu atau kurang pasti bagaimana cara untuk hasilkan sebuah blog yang punyai niche tersendiri. Saya .... kalau difikirkan idea, memang banyak idea, tetapi saya tak termampu untuk menghasilkan berpuluh blog niche sendiri, sedangkan yang ada (dalam 10+) pun tak terjaga. Namun, saya boleh berikan satu antara banyak bagaimana nak wujudkan sebuah blog niche yang baik iaitu menggunakan idea hobi untuk blog niche.

Siapa yang ada hobi? Saya fikir daripada 10 yang ditanya, pasti 8 akan kata mereka ada hobi. Hobi inilah yang boleh anda ketengahkan untuk buat sebuah blog yang ada niche. Mengapa blog perlu ada niche? Pertama sekali ia akan menjadikan blog kita unik, dan ia juga akan menarik minat pengiklan, baik untuk mendapatkan iklan berbentuk CPUV dan Advertorial daripada Nuffnang, atau iklan jenis kontekstual isi kandungan seperti Adsense.

Andai kata blog cukup mantap mempersembahkan niche tertentu, tidak mustahil ia akan menjadi rujukan bagi pengendali laman-laman web yang lain, malah mungkin dijadikan sebagai jurucakap atau wakil produk-produk tertentu yang berkaitan.
idea hobi untuk hasilkan blog ada niche

8 Idea Hobi Untuk Blog Niche

Idea hobi untuk hasilkan blog yang ada niche ini melibatkan samada menjurus kepada entri yang bersifat am atau terperinci. Contohnya akan diberikan seperti berikut.

Hobi Bercucuk Tanam

Anda boleh hasilkan sebuah blog yang bercerita dari A sampai Z mengenai tanaman yang anda usahakan. Cara untuk tanam, cara nak baja, jenis baja, jenis pokok yang sesuai ditanam, sejarah wujudnya sesuatu tanaman, kisah dongeng mengenai pokok-pokok tertentu, khasiat, kebaikan dan macam-macam lagi. Anda juga boleh ceritakan produk-produk yang anda gunakan, tempat di mana anda dapatkan benih, malah anda boleh bercerita hasil yang telah anda dapat kerana hobi cucuk tanam tu.

Hobi Membaca Novel

Kalau anda seorang peminat novel, anda boleh bercerita beribu macam cerita hanya kerana hobi anda ini. Anda boleh senaraikan buku-buku novel anda, malah boleh buat satu-satu tajuk untuk satu-satu tajuk buku novel yang anda baca. Boleh ulas, boleh komen novel yang anda baca. Kemudian, boleh kaitan drama atau telemovie yang ada kaitan dengan novel. Malah, tidak keterlaluan, seandainya anda dah baca beratus novel, anda mencadangkan pengunjung blog untuk baca novel-novel tertentu dan di mana nak mendapatkannya. Kalau bijak, boleh buat duit hanya dengan jual novel terpakai menerusi blog anda

Hobi Menonton Wayang

Ramai yang suka menonton wayang, tetapi tidak ramai yang buat review secara mendalam apa yang mereka tonton. Jika anda seorang yang benar-benar minat menonton wayang, anda boleh buat satu blog niche dengan wayang dan filem sebagai kandungan utama. Malah, jika bijak, anda boleh buat review mudah dan simple seperti kesilapan dalam drama, kesilapan dalam filem yang hanya orang yang benar-benar teliti menonton wayang akan perasan. Namun, pastikan anda menulis dengan cara berhemah dan bukan untuk mengkritik membuta tuli.
hias kereta - idea hobi untuk blog

Hobi Menghias Kereta

Blog yang punyai isi kandungan mengenai hias-hias kereta (makeup kereta) tak ramai yang buat walhal peminatnya mencakupi seluruh dunia. Jika anda ada kecenderungan hias kereta anda, boleh dikongsikan cara untuk hias, cara untuk dapatkan hiasan tertentu, cara dapatkan bengkel terbaik, atau mungkin boleh kongsikan kejayaan anda disebabkan hobi anda tersebut - macam menang pertandingan dan sebagainya.

Hobi Berbasikal

Saya lihat ada kecenderungan ini dalam masyarakat tetapi blogger tak ramai yang cuba ambil peluang untuk buat blog yang berkisar hobi berbasikal. Satu basikal boleh ada seribu macam cerita. Boleh cerita bermula dari pemegang sampailah ke tayar. Malah, boleh berkongsi pengalaman berbasikal, pertandingan basikal, kedai basikal terbaik, event-event yang berkaitan basikal, sejarah basikal dan macam-macam lagilah. Dan tidak mustahil, anda dapat memikat komuniti berbasikal di Malaysia jika anda dapat hasilkan sebuah blog yang bagus hanya mengenai berbasikal!

Hobi Membeli-Belah

Heh .. kaum wanita memang champion bab membeli belah, apakata hasilkan sebuah blog yang berniche ini. Anda hanya ceritakan pengalaman anda membeli-belah, apa yang anda beli, cara beli, mengapa beli dan yang berkaitan membeli belah. Boleh bagi tips dan panduan. Nak lagi tema khusus, buat macam blogger Redmummy yang suka beli belah produk yang berwarna merah. Cerita anda perlu ikhas dan telus, cerita apa yang anda benar-benar rasa dan kepuasan yang anda peroleh. In Sha Allah, akan ada yang melihat kecenderungan anda ini dan menjadikan anda sebagai aset bagi mereka pula.
Fotografi - idea untuk hasilkan blog ada niche

Hobi Fotografi

Tak perlu ulas banyak dan panjang lebar. Banyak blog fotografi dah wujud. Malah, salah seorang blogger terkenal dan jutawan dalam dunia blog - Darren Rowse (problogger.net) juga bermula dengan fotografi. Buat blog bercerita mengenai fotografi sehingga berjaya membuka akademi online fotografi antara terbaik di dunia! Saya sendiri banyak belajar dari blogger ini.

Hobi Makan

Hahahahaha... ada je yang memang suka makan sana sini. Kalau suka makan, dan memang yang sangat teliti dengan makanan, dah boleh bercerita berjuta-juta kisah hanya mengenai makan. Ada tips, ada panduan, ada petua .. ishh .. macam-macamlah. Mana tahu, kerana blog anda .. mungkin nanti jadi pengacara jemputan untuk rancangan makan-makan macam Jalan-Jalan Cari Makan atau The Best in The World!

.... banyak lagi sebenarnya, yang saya fikir anda telah pun ada idea sendiri untuk wujudkan sebuah blog berniche bersandarkan hobi ini. Hobi kumpul setem, kumpul duit syilling, main catur, main permainan kereta kawalan jauh ... termasuklah hobi mengumpat dan mengata orang ... dan hobi selak celah kain artis dan selebriti .. hahahaha...

Harap dengan enti ini akan dapat buka mata dan juga peluang untuk blogger Malaysia hasilkan sebuah, dua buah malah banyak blog yang ada niche dengan pelbagai cerita yang khusus. Yang pasti, jadikan ia blog berinformasi terbaik untuk hobi anda itu - kerana ia mungkin akan menjadi rujukan buat orang lain yang punyai minat yang sama!



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. fuh gila besar kamera-kamera tuh , dah macam nak pergi berperang...haha

    BalasPadam
  2. bnyknya hobi yg aku masukkan dlm blog aku.. he he..

    BalasPadam
  3. hobi makan tu gua suka..hu3..tapi memang tak terjaga kot kalau ada banyak2 ni..nak maintain yg satu ni dulu..baru fikit nk tambah satu lagi cawangan ;p

    BalasPadam
  4. saya minat motosikal.. terutamanya superbike, sportbike dan naked bike.. tapi saya perasan, setiap kali saya post pasal motosikal, entri tersebut kurang mendapat sambutan dari pembaca setia (yang selalu komen di blog saya), takut nnti pembaca setia lari plak.. hehe

    BalasPadam
  5. Wahh.. kereta dh mcm bilik anak dara tu hahaa.. :)

    BalasPadam
  6. banyak juga niche hobi ni ye .

    BalasPadam
  7. Aku ada 3 hobi ni. Ada can aku nak buat 3 blog lg ni

    BalasPadam
  8. Hobi aku bermain boling, boleh jadi niche tak ni bro?

    BalasPadam
  9. Hobi selak celah kain selebriti. hahaha

    BalasPadam
  10. Hobi saya tidur, sbb tu blog pun kelaut.. Hihi T_T

    BalasPadam
  11. Niche makanan ada potensi yang bagus tapi sebenarnya agak sukar nak dapatkan trafik tinggi yang konsisten.Kebanyakan advertiser dari hotel dan restoran mewah pula lebih gemarkan blog makanan dalam medium bahasa inggeris demi menjaga standard

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…