'Virus Aidilfitri 2013' Serang Blog Malaysia

As-Salam. Sejak 3-4 hari ini, dunia blog Malaysia diserang dengan 'Virus Aidilfitri 2013'. Di mana-mana blog tidak kira blog blogspot mahupun wordpress, akan muncul virus Aidilfitri ini. Serangan virus ini memang telah dijangka akan berlaku sejak minggu akhir Ramadan lagi. Dan nampaknya virus kali ini semakin banyak menyerang, berkadaran terus dengan jumlah blog Malaysia yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, kemunculan virus ini tidaklah ditakuti atau digeruni, malah ada pengunjung blog amat teruja dan seronok. Malah ramai blogger Malaysia yang 'memasang' virus ini tanpa fikir dua tiga kali. Ia menjadi viral, dan terus menghuni kandungan blog Malaysia.

Virus Aidilfitri 2013 adalah virus yang baik. Ia bukan merosakkan di sebalik namanya yang saya reka cipta sendiri, tetapi ia merupakan virus ucapan kegembiraan menyambut Syawal - meraikan kemenangan sebulan berpuasa. Ia mengandungi ucapan maaf zahir dan batin daripada pemilik blog kepada pungunjung dan pembaca. Ia merupakan satu ucapan ikhlas memohon keredhaan dan keampunan. Ia bagaikan membuka satu lembaran silaturrahim yang baru, segar dan bersih. Kemaafan telah dipinta, dan telah juga diberi. Masing-masing insaf khilaf diri, dan akur dengan segala salah serta silap yang telah dibuat.

Hebatnya virus ini, kerana ia bukan merosakkan, tetapi ia memperbaiki, mengukuh dan mengeratkan sesuatu yang jauh, sesuatu yang lampau, sesuatu yang sebelum ini sukar untuk diluah dan diucapkan.

Terima kasih kepada segala ucapan baik, bagaikan virus yang menyerang segenap ceruk dunia blog. Tidak terlepas, enjin carian juga bagaikan penuh dengan ucapan-ucapan yang dianggap doa kesejahteraan umat. Masya Allah, sesuangguhnya tidak sukar untuk menyebarkan kebaikan, terpulang pada kita untuk melakukannya sebagaimana kita melakukannya hanya kerana adanya Aidilfitri ini.

Moga Virus Aidilfitri 2013 ini akan menjadi satu bukti bagaimana semua kebaikan itu boleh tersebar tanpa perlu buat kisah sensasi untuk menarik trafik dan pengunjung.

*p.s: Enjin carian tidak klasifikasikan entri-entri ucapan ini sebagai satu entri copy-paste walaupun kandungannya sama - lihat bagaimana kebaikan itu diberikan ruang sebaiknya dalam dunia maya.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Khairil Mazri Khairil Mazri August 12, 2013
salam aidilfitri tuan...
Mas Zull Mas Zull August 12, 2013
assalamualaikum hh...virus yang baik seronok mendengarnya...selamat hari raya HH maaf segala salah silap yer...:)
ABC Ais Kacang ABC Ais Kacang August 12, 2013
Selamat hari raya HH.. :)
cahaya air cahaya air August 12, 2013
salam aidilfitri..sifu
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah August 12, 2013
slmt hari raya. cuti raya oh.. blog pun ikut cuti hehe.
baby comel baby comel August 13, 2013
Virus bermusim ni :)
Slmt ari lebaran....
Izzat Eshak Izzat Eshak August 13, 2013
virus yang baik!
selamat hari raya bro.
Ibnuismaini Ismail Ibnuismaini Ismail August 14, 2013
Ramai pengguna melaporkan 'virus aidilfitri' tidak berbahaya. huhuhu. salam aidilfitri.
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad August 14, 2013
hehe... gitu rupanya... Salam 'IdulFitri sifu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 14, 2013
Salam Aidilfitri 2013 juga. Maaf Zahir Batin.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 14, 2013
Samalah kita .. selamat hari raya ...maaf zahir batin.
MY@R MY@R August 15, 2013
Selamat Hari Raya Aidilfirti..Maaf Zahir dan Batin..www.tepakku.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.