Langkau ke kandungan utama

Video Mangsa Terselamat Nahas Bas Genting Highlands

Nahas bas kemalangan menjunam ke dalam gaung yang berlaku di Km3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos 2013 telah mendapat liputan meluas media - baik tempatan mahupun antarabangsa. Malah, ramai blogger Malaysia menyiarkan entri serta gambar berkaitan nahas yang melibatkan hampir 50 orang penumpang itu.

Liputan Meluas Media - Genting Bus Crash 21 August

Berita mengenainya disiar beberapa media dalam talian, termasuk CNN, AFP, AlJazeera, Fox News, France24, Bangkok Post, Huffington Post, Wall Street Journal, Times of India, Gulfnews dan agensi berita China Xinhua.

Setakat yang saya ketahui menerusi laporan media tempatan, terdapat 37 nyawa terkorban dan 16 orang cedera dalam nahas jalanraya antara paling buruk dalam sejarah Malaysia ini. Nahas yang melibatkan sebuah bas yang membawa 53 penumpang, termasuk beberapa warga asing, terjunam ke dalam gaung ketika menuruni pusat peranginan berkenaan untuk ke ibu negara.

Tragedi ini berlaku pada jam 2:45 petang, dan bas berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum menjunam sedalam 60 meter ke dalam gaung. Berdasarkan beberapa saksi yang terselamat, masalah brek adalah punca bas ini hilang kawalan, dan ada saksi mengatakan bahawa pemandu bas berkenaan sebenarnya mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh bas yang sedang dipandu.

Salam takziah buat mereka yang terlibat.

Video Mangsa Terselamat Nahas Bas Genting Highlands

Sekarang mari saksikan sebuah video temubual yang cukup menarik yang dibuat ke atas salah seorang penumpang yang terselamat dalam nahas tersebut. Bab paling best ialah mangsa yang dikenali sebagai Tan Ming Shing berbangsa Cina dan bekerja di Genting ini masih lagi boleh melawak mengenai nahas yang menimpa dirinya - "Terus cup depan macam Superman" ....

"Saya macam burger punya ... tengah-tengah, tengah banyak sedap punya ..."


Dan boleh lak kuar ayat .. "Jangan pandang belakang .. " adehh ...

Apapun, fakta-fakta yang dikeluarkan oleh mangsa terselamat ini akan buka mata betapa tidak bertanggungjawabnya pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan ini. Saya cakap ini berdasarkan video di atas, yang diceritakan sendiri oleh mangsa yang terakhir disahkan hidup dan selamat.

Apakata anda?


Komen

  1. ramailah yang kongsi video ni nanti. hehe

    BalasPadam
  2. baru singgah.menarik ulasan dia.. :)

    BalasPadam
  3. nyawa dia masih panjang..


    Entri Baru Update : Mandi Sambil Menderma

    BalasPadam
  4. salam takziah....gerun citer bas terjunam gaung nie........

    BalasPadam
  5. Dengan drivernya sekali mati..apapun dah takdir itu berlaku..lain kali kena check bas betol2..kalau jalan dh macam tu jgn guna bas buruk..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…