12 Ogos 2013

Malang Tidak Berbau

As-Salam. Saya pasti ramai yang telah seronok berhari raya di kampung halaman. Dan ketika inilah juga, kita menginsafi diri bahawa kadangkala ada insan yang tidak begitu bernasib baik seperti kita. Ada yang tidak segembira kita di hari lebaran.

Bila dengar dan baca tajuk berita, pasti akan ada kisah sedih, sayu dan syahdu dipaparkan. Saya sendiri merasa kasihan pada mereka yang ditimpa nasib malang yang tidak berbau. Dalam heboh satu dunia, satu Malaysia merayakan hari kemenangan sebulan berpuasa, ada pula mereka yang perlu meratap, menangis, sedih pilu di hari penuh mulia ini.

Malang tidak berbau. Kita tak tahu apa akan berlaku. Kadangkala ia datang tanpa duga, tidak berupaya untuk menolak takdir. Apa yang boleh dan dapat dilakukan, hanyalah kepasrahan, redha akan ketentuan. Doa sebagai bekal pada hati yang serba gundah, tak karuan. Percaya pada Tuhan, bahawa apa yang berlaku adalah untuk menguji iman dan taqwa.

Ya, sesiapapun boleh berkata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Benda tak jadi pada kita, kita boleh cakap apa sahaja.

Namun, sebagai manusia, kita perlu bersedia. Janganlah terlalu dikaburi kegembiraan sesaat jika ia boleh mengundang kesedihan bertahun. Ingat pada Tuhan, ingat pada Agama, ingat pada ibu bapa, ingat pada isteri/suami serta anak-anak.

Jangan undang malang tidak berbau.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen Malang Tidak Berbau

Ingatlah mereka yang tersayang...www.tepakku.com

insyaAllah bro..akan diingat selalu~

Sememangnya kita mampu mengubahnya, kalau bukan utk diri sendiri pun buatlah utk org tersayang. Kan


EmoticonEmoticon