As-Salam. Saya pasti ramai yang mungkin mahu menggunakan logo Merdeka 56 Tahun Malaysia di dalam blog mereka. Maka, saya sukacitanya ingin berkongsi logo Merdeka 56 Tahun ini untuk digunakan oleh blogger Malaysia. Ada beberapa saiz dengan format imej *.png dan *.jpg boleh anda ambil (muat turun) dan gunakan.

Logo Merdeka 56 Tahun

Vektor logo Malaysia 56 Tahun

Logo Merdeka 56 Tahun Malaysia 2013

Signifikasi Logo Merdeka 56 Tahun

Tema sambutan Hari Kebangsaan - Merdeka ke 56 tahun adalah Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku merupakan simbolik kepada Malaysia merdeka yang bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

Logo yang dipilih memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan kecintaan kepada negara yakni Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak istimewa kerana ia merupakan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia ke 50.

Sempena dengan pelancaran logo rasmi serta sambutan Merdeka 56 tahun, beberapa aktiviti telah disenaraikan.

Aktiviti Hari Kebangsaan Merdeka 56 Tahun

Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013 
Tarikh: 16 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah

Ambang Merdeka 2013
Tarikh: 30 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya

Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56 
Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Ok. Kepada mana-mana blogger, anda boleh dengan cara tersendiri menyemarakkan sambutan kemerdekaan tanahair ke 56 tahun ini. Tunjukkan rasa bangga dan cinta anda kepada negara dengan memaparkan semangatnya di dalam blog anda.

Sayang agama, sayang negara, sayang Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Merdeka 56 Tahun boleh juga anda dapati di lawan sesawang berikut: Malaysia Merdeka

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pelik pula logo ni...seperti kurang significant walaupun jelas di olah dari no.56
    Sekadar pandangan peribadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm logo ni yang menang pertandingan hari tu.

      Padam
  2. terbaek..
    sy pn br start wat promosi merdeka ni semalam..
    hehe..

    BalasPadam
  3. weeeee time kasih! dah download dah. hik hik =)

    BalasPadam
  4. akan digunakan untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement