Langkau ke kandungan utama

Ku Temui Malam Lailatul Qadar

Alangkah nikmat bertuahnya seorang Muslim itu andai dirinya menemui malam Lailatul Qadar. Namun, ketahuilah bahawa adanya malam itu menjadi rahsia Allah S.W.T. Tiada nas atau hadith yang kukuh menyatakan secara spesifik bilakah berlakunya malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Semua yang diketahui merupakan bayangan atau klu supaya umat Islam tidak mempersia-siakan malam-malam terakhir di bulan Ramadan.

Ku Temui Malam Lailatul Qadar

Tanda-tanda tersebut hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi S.A.W dan tidak lebih dari itu.
tips mencari malam lailatul qadar

Hadith Berkaitan Malam Lailatul Qadar

Bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"" (H.R Al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith yang lain bermaksud: "Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( H.R Al-Bukhari dan Muslim) 

Malah ada hadith yang menerangkan dengan lebih spesifik akan kehadiran malam Lailatul Qadar ini. Ia ada diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aisha r.a, yang bermaksud:

Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.

Dalam hadis yang lain Aishah r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam Terakhir Ramadan Lebih Hebat dari Syawal

Apapun, hebatnya Allah S.W.T mengaturkan segalanya kerana Dia Maha Mengetahui Segala Sesuatu, tahu bahawa ada segelintir umat Islam lebih memeriahkan kehadiran Syawal daripada kehilangan Ramadan. Malam Lailatul Qadar menjadi hebat kerana ia hanya akan jadi istimewa buat mereka yang benar merindui akan Ramadan yang hadir setahun sekali, dan bukannya Syawal.
Malam Lailatul Qadr

Kalau dilihat pada mana-mana pun, orang ramai lebih excited untuk beraya daripada menghadapi 10 malam terakhir bulan Ramadan. Ramai akan mula pasang lagu raya di sebalik perlunya memperdengarkan lebih hebat bacaan Al Quran dan beribadah. Ramai yang lebih suka menghabiskan masa berjam-berjam membeli belah di pasaraya daripada berada di dalam rumah Allah S.W.T untuk berzikir, munajat, sholat sunat dan melakukan ibadah berganda-ganda.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." (H.R Muslim)

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah S.W.T agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Kerana itulah Malam Lailatul Qadar sebenar-benarnya adalah buat mereka yang benar-benar mahukannya iaitu mereka yang mencarinya.

Nafsu, keinginan dan kehendak dunia diketepikan untuk mendapatkan nikmat dan anugerah yang terkandung di malam lebih baik dari seribu bulan ini.

Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" (H.R Al-Bukhari dan Muslim)

Seseorang muslim itu tidak mungkin akan menikmati Malam Lailatul Qadar itu melainkan atas kehendak dan izin Allah S.W.T. Dan jika dia sudah nampak akan tanda-tandanya, ia sudahpun terlewat atau terlepas untuk merebut beribu kelebihan yang ada di dalamnya walaupun ia telah berlaku sepanjang malam.

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar (Al-Qadr: 5 ) 
In Sha Allah, rakan-rakan yang sedang membaca entri ini; moga kita semua akan diberikan kesempatan dan kekuatan untuk mencari Malam Lailatul Qadar ini.

Doa Malam Lailatul Qadar



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Semoga kita dapat bertemu lailatulqadar...

    BalasPadam
  2. Hanya insan bertuah yg Allah pilih shj dpt bertemu dgn Lailatul Qadar ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…