As-Salam. Canggih mana satu-satu teknologi itu, ia tetap ada kekurangannya. Ia bukan benda yang ajaib atau benda yang bebas masalah; ia ciptaan manusia, mesti akan ada kurang di mana-mana. Tak perlu merasa terlalu kagum walhal kekaguman itu patutnya pada benda yang diciptakan oleh Allah S.W.T.

Ya, iPhone dan iPad boleh digodam, dan ia boleh digodam hanya dalam masa 60 saat! Hahahaha.... tentu anda pemilik iPhone cam terkaget sebentar ye tak? Saya pun .. walaupun masih lagi menunggu untuk terima hadiah iPad dari sebuah syarikat pengiklanan ni .. hmmm ....

iPhone iPad Boleh Digodam Dalam Masa 60 Saat

iPhone iPad Boleh Digodam Dalam Masa 60 Saat

Las Vegas: Tiga penyelidik menunjukkan bagaimana sebuah pengecas boleh digunakan untuk menggodam iPhone atau iPad dalam masa tidak sampai 60 saat.

Pendedahan itu tentu membimbangkan pengguna iPhone dan iPad dan ditunjukkan dalam konvensyen tahunan Black Hat membabitkan 7,000 penggodam dan pakar keselamatan yang membincangkan teknik godam terbaru. Penyelidik di Institut Teknologi Georgia, Billy Lau dan pelajar, Yeongjin Jang dan Chengyu Song menunjukkan bagaimana pengecas itu iaitu komputer mikro menggodam menggunakan perisian Linux Beagleboard.

Komputer mikro itu hampir sama dengan komputer mikro Raspberry Pi buatan United Kingdom yang boleh bertindak sebagai penggodam.
 

Ketika menunjukkan caranya, penyelidik menggunakan Facebook app sebagai contoh bagaimana ia boleh digodam. Apabila pengecas dihidupkan dan pengguna memasukkan kod PIN, pengecas secara diam-diam membuang Facebook app rasmi dan menggantikannya dengan sesuatu yang kelihatan hampir sama.

Penggantinya sebenarnya adalah satu virus dan apabila dilancarkan telefon atau tablet berkenaan mudah digodam.

Virus atau malware berkenaan boleh digunakan untuk mengambil kata kunci, mengakses nombor, mesej dan membuat panggilan. Pengecas itu digelar Mactan merujuk kepada labah-labah Southern black yang nama saintifiknya adalah Latrodectus mactans. - AGENSI 

Jadi, berhati-hatilah pengguna iPhone dan iPad.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

9 Komen

baru nk beli dua bijik iphone.. ;p

Reply

pengecas yg dia punya. nk secure gunakan yg apple punya.

Reply

Alamak....
Seramnye baca ni....

Reply

Perghh dua bijik tu .. hmm ... saya tak merasa lagi, apatah lagi nak pegang.

Reply

Hmm ... jangan hantar iPhone tu ke kedai biasa .. bahaya ..:)

Reply

Itulah pasal .. mudah je kan?

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.