Cara Tipu Klik Iklan 8Share dan ChurpChurp

Bukan benda baru, malah dedulu lagi dah berlaku. Cuma sekarang ni, dah makin menjadi-jadi apabila Facebook dijadikan tempat untuk kumpul dan himpun pemilik-pemilik akaun 8Share dan ChurpChurp, bagi kongsi klik iklan dan lakukan apa yang didakwa sebagai penipuan klik.

Mengapa ia dianggap penipuan klik iklan? Sebabnya ialah mereka yang terbabit menggunakan kaedah minta orang klik iklan setelah iklan mereka diklik. Ia memang langgar syarat yang ditetapkan dalam 8Share. Saya pernah terbitkan entri berkenaan di sini - Terma Syarat SAYS Malaysia.

Ini pula sebahagian entri saya tulis pada tahun 2011 mengenai kegiatan Click-Fraud.

  • clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
  • asking for blog visitors’ help to click on the ads
  • registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
  • repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Baca Selengkapnya - Takut Dituduh Melakukan Penipuan .... http://www.hasrulhassan.com/2011/06/takut-dituduh-melakukan-penipuan.html#ixzz2couBQBtg

Cara Tipu Klik Iklan 8Share dan ChurpChurp Menerusi Facebook

Sekarang, jadi satu kaedah pula diwujudkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam Facebook untuk klik iklan-iklan yang dikongsikan menerusi 8Share dan juga ChurpChurp. Ada banyak, dan kebanyakkannya adalah closed group di mana ahlinya dipilih untuk masuk ke kumpulan berkenaan.

Cara tipu iklan 8share dan churpchurp
Cara menipu iklan 8share dan ChurpChurp
Cara menipu iklan 8share dan ChurpChurp
Cara tipu iklan 8share dan churpchurp
Yang peliknya ialah ramai antara mereka ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah, tapi tetap juga buat. Paling best, siap diberikan tips tertentu dan kata nasihat supaya awas agar tidak dikenakan tindakan oleh pihak 8Share mahupun ChurpChurp. Selalunya tindakan yang dikenakan adalah akaun dibekukan dan income tak dapat dikeluarkan (jika ada).

Kata mereka, ini bukan duit blogger yang kena bayar tetapi pengiklan, jadi apa salahnya buat begitu ...

Namun, saya pasti ramai blogger Malaysia terutama blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia ini yang dah cukup arif kenapa tidak boleh dilakukan hal sedemikian. Malah perbincangan ini dah pun jadi satu terbitan dalam beberapa blog dakwah dan islamik berkenaan pendapatan online menerusi iklan ChurpChurp, 8Share, Nuffnang, Advertlets dan pelbagai lagi. Saya bukan nak sekat rezeki orang lain, tapi nak dapatkan income cuba buat cara dan teknik yang dibolehkan.

{ 59 comments.. read them below or add one }

Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid August 24, 2013
OH.. baru tahu.. tak nak lah terlibat, takut..
Arol Mubin Arol Mubin August 24, 2013
Arol ada akaun 8Share dan ChurpChurp tapi dah bertahun tak share iklan. Sekarang nie memang trend klik sana sini, kalau nak join segmen/giveaway pun sama. Arol ada baca artikel Ustaz Nor Amin pasal isu nie. Hati-hati kalau nak menjana pendapatan, duit yang kita dapat tue akan menjadi darah daging. :)
MRie RNie MRie RNie August 24, 2013
Dulu den pun ada dimasukkan ke dalam group tu. tapi den tak share pun kat group macam tu. den share macam biasa jer kat wall fb den. kalau ada yg klik tu ya Alhamdulillah. Kalau tak der ya bukan rezeki la tu namanya
Aku Penghibur Aku Penghibur August 24, 2013
yup setuju entri nie, biar cara yang di benarkan
Nao Mei Nao Mei August 24, 2013
cik akak memang ada akaun share tu...
tapi cik akak share kat walll...
ada-ada pun join fanpage orang yang cik akak kenali...
semoga rezeki yang cik akak dapat tu...
memang dengan cara yang ikhlas....amin
hafiz hafizol hafiz hafizol August 24, 2013
Haritu pernh terjoin group ni . member invite.. pernah jugak share iklan kat situ.. heheh... tp skrg x lah...
Mysara Ab Rahman Mysara Ab Rahman August 24, 2013
xsgka pulak ada group ni...klu dekat blog pulak slalu sgt blogger len tipu dgn tggal pesan kt cbox, 'jmput singgah blog kte'..tp bila kita klik, link iklan yg kuar..rmi dh blogger yg kne cm ni
Kak Mahh Kak Mahh August 24, 2013
ermmmm bukan senang nak dapat duit kan!
Nur A.Z Nur A.Z August 24, 2013
huhu. saya share je kat fb, kalau ada yg klik adela. Rasanya org yg menipu tu desperate sangat kot nak duit.
Suria Lekatlekitgurl Suria Lekatlekitgurl August 24, 2013
rezeki semua dari Allah.. banyak & sikit kita usaha je cara baik. Jangan risau setiap manusia ada bahagian rezeki masing2 tak perlu kot sampai nak menipu
Ezad Skytech Ezad Skytech August 24, 2013
tak perlu kot nak buat fraud click macam ni...tak berkat rezeki yang dapat tu..
muhammad naim Abdullah muhammad naim Abdullah August 24, 2013
nanti fb syak spammer~ huhu

#R4BIA
#PrayMesir

kerjsama atas perkara mungkar
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/mesir-kerjsama-ke-arah-kejahatan.html
Pinkbubblegumprincess Pinkbubblegumprincess August 24, 2013
ada yang buat macam entri hot..sekali iklan 8share keluar huhuhu
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad August 25, 2013
Terima kasih beritahu. Yg dah lepas, usah diulangi (Tak jadi nak buat GA bersyarat klik2) hehe
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail August 25, 2013
harap yang tahu tapi buat buat tak tahu lepas ni sedar,, :D
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. August 25, 2013
mcm ni pun ada. ingatkan kat FB suh klik. rpanya siap wujudkan page lagi. halal ke buat macam tu. hais.
Eyriqazz Eyriqazz August 25, 2013
Tipu2 ni tak ke mana...sooner or later, tertangkap juga..
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha August 25, 2013
dulu2 buat jugak..skrg da x,insaf namanya...xpaksa org klik & xberminat tuk exchange klik..lbh2 lagi churp2 & 8share..klu nuffnang, kebetulan singgah blog kawan2, hadiahkan seklik sebagai tanda semangat teruskan berblogging...mesti kwn2 suka kalau earnings meningkat.
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin August 25, 2013
Setujuu..tak eloklah buat benda menipu...hasilnya duit yang kita dapat tu tak berkat..susah juga...
AhkakGojes AhkakGojes August 26, 2013
ahkak terikut sama juga...tp bila ada yg ...ok tobat. Dah lama join 8share tp earning xpandai naik..hikhik..churp2 ajelah meningkat dan pernah cashout...tu pun cara letak iklan d blog dan share d wall fb..ada yg berminat dorg klik la...
Sabbe Hitchcock Sabbe Hitchcock August 26, 2013
Bettoolll...!! Sangat xsetuju dgn fraud sebegini..
Nasib baik xpenah terjebak~~Duit kena fikir halal haram bruh..
Chot Chot August 26, 2013
oo...mcm ni...sekarang baru faham..haha
Sukma Haron Sukma Haron August 26, 2013
baru faham dan tahu.....tapi kalau nak share iklan kat fb @ medium sosial lain macam mana tu?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Tak susah, cuma jalan perlu betul. Tiada jalan singkat ye dik.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Baguslah, tapi tak salah klik iklan dalam blog orang lain - sebagai salah satu cara bersedekah sesama blogger ..:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Buat cara sedekah. Klik iklan tu sebagai tanda kita bersedekah (Walaupun sebenarnya kita bukan bagi duit kita pun)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Beringat dan sentiasa nasihat kepada yang mungkin tak menyedari akan kekhilafan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Hmm harapnya mereka kini dah faham cara yang betul
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Betul tu Ezad. Saya pasti Ezad pun ada tips sendiri untuk dapatkan income dengan cara yang betul.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Itulah yang berlaku kepada SAYS.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Errr .. saya ada buat .. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Ya memang bukan sesuatu yang mudah. Ianya hanya akan jadi mudah bila kita tahu cara dan kaedah yang betul dan terbaik. Setiap usaha ada jalannya, pilih sahaja dan lakukan 100 peratus usaha.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Hmm itu cara lama, dan mereka gunakan software autoblogwalking untuk menjana pendapatan dengan kongsi iklan 8share dan churpchurp.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Terima kasih atas ingatan dan teguran dari Suria.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Ingatan juga buat diri saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Buat cara yang betul ... klik je share pada iklan2 dalam 8share dan ChurpChurp tu je.
Ayu Zan Ayu Zan August 27, 2013
emm... betul betul.
nak share kat blog pun kdg2 segan. takut org kata saya desperate nak duit. tp kdg2 share gak kat entry.ehehhe
pha is pha is September 10, 2013
macam mana dengan segmen yg mewajibkan setiap peserta klik iklan sesama peserta? itu dikira penipuan jugak ke..?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Jika syaratnya adalah WAJIB dan link dibeirkan itu tidak cerminkan apa yang dikongsi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Dah faham, harapnya nanti janganlah buat ye.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Itulah cara yang sepatutnya dilakukan, jangan buat kerja pesong2 ni .. bahaya.
Ai One Ai One September 27, 2013
Salam.buat bisnes online memang ada macam-macam caranya. Kita memang boleh buat duit secara online ,tapi yg paling penting kenalah betul caranya dari segi etika & hukum agama. Memang X salah kalau nak bersedekah sesame blogger tapi ..,MAAF, pada saya kalau dengan cara klik iklan sewenang-wenangnya,Ini adalah SALAH ! Ini akan menganiaya advertiser/pengiklan yg terpaksa membayar kos setiap klik yg kita buat.Ini nampaknya seolah-olah kita telah MEMAKSA mereka memberikan wang @ MENCURI wang mereka untuk kita bersedekah ! Ini X patut kita semua lakukan.OK.Salam.
Sue Bee Sue Bee October 31, 2013
income 8share n churp2 SB pon masih bersen-sen je..hahahaa...
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad November 11, 2013
saya pun dah pernah buat entri tentang ni. Tapi nampaknya blogger yang dok berkunjung ke blog sy tu, masih buat tak tahu lagi. Dah sampai sini baru nak faham kot... Nak buat macamana ya? masih ada lagi yg tak tutup group yg dia telah tubuhkan tu? Tu sebab bila dia statuskan bab agama, sy kurang nak like dah. Pelik tapi benar, tapi at least, saya dah ingatkan. Terlepas dosa saya
Abu Zaini Abu Zaini February 16, 2014
Apa nikmat makan sesuatu yg tidak hal.
sabree hussin sabree hussin May 22, 2014
Siap ada kata-kata nasihat lagi kat screenshot tu, walhal dah buat benda yang salah
Azammudin Azammudin June 07, 2014
Boleh ke kalau kita pm sendiri kawan kita. Kita cakap kt dia kita jadi agen untuk sebar maklumat semasa. Kita kan dapat komisen kiranya ada klik link. Kalau berminat nak tahu, klik la..xde paksaan. Boleh kegini?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 08, 2014
Kena gunakan cara tulis iklan dengan betul dan berkesan. tak perlu paksa, saya ada berikan beberapa tips berkaitan. Boleh search. :)
mode mode June 27, 2014
Setahu saya la iklan yang dia bagi memang untuk di share kan.. memang kita disuruh buat mcm tu pe.. ada butang share tu maknanya suruh share pada orang ramai la.. so xkan beruk kot nk klik hihi.. sorry just pendapat saja.. ce fkir yg logik.. kita copy link tu lps tu nk simpan dalam peti ais ke baru dpt erning kan?
potia casadelarossa potia casadelarossa June 27, 2014
Nasib saya tak pernah kenal apa itu 8share... apa itu churp-churp... tahu nuffnang jek... dan sy juga tak suka org tinggalkan pesanan "done follow, done cuit nuffnang"
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 27, 2014
Suruh share, tapi bukan diminta untuk kita suruh orang klik :) kena faham tu. Kita boleh share banyak banyak mana pun, cuba pihak pengiklan mohon agar apa yang dikongsikan itu benar-benar menarik minat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 27, 2014
Hehehehe.. newbie banyak gitu. Tak salahkan mereka pun, sbb bukan semua akan baca terms dan peraturan.
Saya Winnie Saya Winnie September 16, 2014
Nak tanya mcamna buat entry hot dan kuar 8share iklan? Nak try buat boleh ker?
Sentiasa Panas Sentiasa Panas April 06, 2015
Dan nampaknya 8share sudah mula menipu ahli-ahlinya sendiri.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.