Sejak menjadi seorang bapa, agak kurang saya meneliti soal dunia hiburan tanahair, cuma sesekali menjenguk untuk lihat apakah perkembangan positif yang telah disebarkan. Dulu, saya boleh ingat nama-nama pelakon dan tajuk sesebuah filem, tapi kini .. harap maaf, jangan tanya saya siapa pelakon KL Gangster, Rempit, Kerat 14, Juvana, Tokak, Bohsia (sekadar menyebut di antaranya) ....saya memang tak tahu. Sebagai seorang bapa, tajuk-tajuk filem sebegini akan saya hindar jauh-jauh dari pemikiran anak-anak saya.

Errkk... alamak, mungkin tipulah tak tahu nama pelakon. Ya, saya mungkin tahu tapi bukan semua, dan andai tahu pun saya tak ingat babak-babak mana yang libatkan pelakon tersebut (sebab memang tak tengok). Dulu, kalau cerita 3 Abdul, Seniman Bujang Lapok, Ahmad Albab; saya boleh ingat babak-babak dalam cerita, malah boleh ingat dialog pun. Tapi perkara ini tidak berlaku pada filem zaman masa kini.

Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2

Muat turun percuma KL Gangster 2

Kecoh isu filem KL Gangster 2 bocor dan boleh dimuat turun secara percuma sebelum tayangannya pada 3 Oktober 2013. Pengarahnya Syamsul Yusof cukup marah dan kecewa dengan isu ini. Mana tidaknya, filem belum masuk panggung, dah ada rakyat Malaysia yang tengok; percuma pula tu.

Syamsul Yusof Pengarah KL Gangster 2 Kecewa dan Marah

Isu KL Gangster 2

Filem kita wajah kita. Mungkin ramai rakyat Malaysia tak sabar nak tengok wajah-wajah sebenar rakyat kita yang menjadi gangster dalam filem tu; kerana itulah ramai yang cari alternatif untuk dapatkan ia secara percuma. Lagipun, memang sekarang soal gangterisma antara isu panas dalam dada akhbar Malaysia.

Blogger Malaysia Tidak Puas Hati

Isu ini juga membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan blogger Malaysia. Kerana apa? kerana ramai berpendapat bahawa blogger tidak patut dipersalahkan seperti dalam kenyataan Syamsul Yusof menerusi twitternya.

Anda boleh gelintar (search) di Google dan lihat apa kata blogger Malaysia mengenainya.

Ini bukan soal blog menyediakan khidmat muat turun percuma tetapi soal bagaimana filem itu dibocorkan sehingga mudah didapati secara online.

Bagi saya, yang patut dicari bukan blogger, tetapi pembocor atau individu yang bertanggungjawab sehingga membolehkan filem KL Gangster 2 itu dimuat turun secara percuma. Menyalahkan blogger dan mahu tindakan keras diambil kepada blogger, pada saya agak keterlaluan. Yang patut diberikan tindakan keras adalah mereka yang memberikan sumber muat turun itu kepada blog dan laman web.

Harus ingat, blogger Malaysia juga ambil peranan melariskan filem Malaysia. Berapa ramai blogger Malaysia yang buat review filem dan berjaya menyumbangkan hasil kutipan tiket wayang dan panggung. Jangan sampai ada blogger yang boikot ..... filem yang dibikini (bikini?) dengan kos juta akan jadi satu bisnes filem yang rugi.

Carilah siapa yang tumpahkan nila dalam susu dan bukan si penjual susu yang mahu orang minum susu percuma.

Nak tgk movie best-best? Daftar percuma di sini - http://bit.ly/1aaFFjh

*p.s: Susu sekarang pun bukan elok sangat dah, banyak yang artificial ... dah tak sesegar dan sesedap dulu.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

19 Komen

Setuju. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Reply

Tak pasal2 blogger dipersalahkan...patutnya cari siapa dalang yang bocorkan link download filem ni...huhu

Reply

aku sokong statement nie, cari ler orang dalam yang membocorkan citer gangster yang rosak bahasanya untuk dipertontonkan kepada generasi Y.....

Reply

selidik dulu baru boleh tuduh2, jika tidak semua jadi up side down...sabar..

Reply

Ni lah di namakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga....pengguna internet kan ramai bukannya blogger2 sahaja...huhu

Reply

Kasihan pada susu. Benda yang boleh beri manfaat dah jadi racun.

Reply

Orang lain baling batu, orang lain kena bambu.

Reply

Kerja mudah. Fikir singkat sangat.

Reply

Dah la susu susah nak dapat sekarang ni kan Lynn?

Reply

mudahnya kena hack macam tu je kan. huhu
btw, ayu lg suka tengok action film dr luar. sebab tengok action malaysia pnya trasa xbape suka sebab bahasa rosak, apetah lagi budaya.

Reply

Tuan HH , teruskan pertahan blogger yang kerap jadi mangsa... Good2

Reply

Sah2 la dia kena siasat org dia dulu.. kalau dah tersebar online fikirlah bila diorg dok preview citer tu sesama diorang..

Reply

sebab tu jangan main sebarang je share benda2 macam ni...tapi aku sokong apa bro cakap, dia kena cari dalang yang menbocorkan bukan terus nak salahkan blogger

Reply

Assalamualaikum. eh2, ada pulak blogger dipersalahkan. as HH said, perlu cari orang yang bocorkan filem tu sampai boleh download free. tak patut marah2.

Reply

itulah apabila tak dapat siapa yang bocorkan cerita tersebut , maka blogger lah di persalahkan.semua salah blogger...aduhhh nasib blogger

Reply

Assalammualikum... HH,

Panas isu nie,,,

mselim3

pls: mselim3 nak komen lebih2 x boleh sebab x pernah tgk cerita gangster nie...

Reply

Sebagai seorang blogger, saya juga terasa dengan kenyataan Samsul. Bak kata HH, yang patut dicari sampai kelubang cacing adalah individu yang bertanggungjawab sehingga membolehkan filem KL Gangster 2 itu dimuat turun.

Reply

rasanya perlu ke salahkan blogger? blogger tu bukan sekadar gosip semata-mata, banyak lagi niche yang mereka minat. kalaulah Shamsul tak mengatakan bukan salah blogger, aman dunia kan

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.