31 Ogos 2013

Tips Buat Duit Menerusi Iklan Sendiri di Blog

Ada banyak cara untuk buat duit menerusi blog. Salah satunya ialah buat duit menerusi iklan di blog. Untuk entri ini, saya ingin kongsikan mengenai satu tips buat duit di blog menggunakan iklan sendiri. Iklan sendiri ini bermaksud kita buat iklan dengan acuan kita sendiri dan bukan disediakan oleh pihak yang mengiklan atau pengiklan.

Tips Buat Duit Menerusi Iklan Sendiri di Blog

Cara ini saya gunakan untuk buat duit menerusi iklan dari ChurpChurp, 8Share, affiliate Pay-Per-Lead (PPL), komisen pendaftaran, komisen backlinks dan beberapa iklan yang hanya memerlukan pengunjung untuk klik iklan tersebut atau buat pendaftaran mudah. Teknik ini mestilah dilakukan dengan telus dan bukan bertindak memperdayakan pengunjung blog.

Buat Banner Iklan Sendiri

Saya lebih suka buat banner iklan sendiri, selain memantapkan skill saya dalam penyediaan servis buat banner dalam blog, saya juga dapat lebih kreatif untuk menghasilkan sebuah iklan yang lain dari yang lain. Apabila iklan kita nampak lain walaupun isinya lebih kurang sama, ia akan mengundang tanda tanya, dan klik boleh dijana menerusi rasa ingin tahu.

Banner sendiri cara paling mudah ialah dengan printscreen mana-mana bahagian dalam iklan yang anda kongsikan samada melalui 8Share, ChurpChurp, affiliate dan sebagainya untuk menarik perhatian orang. Perkara paling penting dalam pemilihan ini ialah .... anda perlu terlebih dahulu tertarik dengan bahagian iklan tersebut.

Contohnya, jika dalam satu-satu iklan itu merupakan satu konsep permainan (game online), tunjukkan bahagian macam mana nak menang atau tunjukkan hadiah yang ditawarkan. Printscreen bahagian itu untuk dijadikan banner iklan anda sendiri.

Bagaimana Nak Buat Print Screen?

Bagaimana nak printscreen? Lihat pada keyboard anda, bahagian sisi atas berhampiran dengan keyboard nombor. Selalunya butang atau kekunci printscreen ini diletakkan di sebelah scroll lock. Tekan dan bahagian yang anda printscreen sudah tersedia dalam bentuk clipboard.

Buka aplikasi paint dalam komputer anda, dan tekan ctrl-v (paste). Maka akan keluarlah gambar yang tunjukkan skrin yang akan menjadi bahagian banner anda.

Contohnya; anda lihat iklan dari Sony ini - http://my.sharings.cc/adsbyhh/share/SonyXZU

Anda dah klik iklan tersebut dan lihat isi kandungan iklan. Nampak bahagian menarik dan anda tekan Print Screen pada keyboard anda. Seperti saya, penampilan pertama iklan ini menarik perhatian saya, jadi saya tekan Print Screen, dan saya paste di dalam aplikasi Paint dan keluarkan gambar seperti di bawah ini.
tips buat duit di blog guna banner sendiri

Edit gambar tersebut samada untuk crop, kecilkan saiz dan tambah teks menarik bagi membolehkan ia menarik pengunjung blog klik banner anda tersebut.

Cara Resize Imej Dalam Paint

tips buat duit di blog guna banner sendiri

Cara Crop Imej Dalam Paint

tips buat duit di blog guna banner sendiri

Iklan sendiri yang telah anda siapkan itu, anda boleh letak di bahagian-bahagian ruang iklan atau banner yang paling mudah pengunjung nampak. Saya pernah kongsikan tips ini - perletakkan banner berkesan dalam blog.

Banner buat iklan sendiri boleh anda buat samada menggunakan software Paint atau paling bagus menggunakan Adobe Photoshop CS. Atau boleh sahaja anda menggunakan sofware edit gambar online yang ada, seperti Picasa dan sebagainya.

Simpan (Hosting) Imej Tersebut Untuk Dijadikan Banner Dalam Blog

Kemudian, anda perlu hosting sendiri imej tersebut di mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut, paling mudah anda gunakan Picasaweb atau Flickr. Dapatkan url imej berkenaan untuk dimasukkan ke dalam blog anda, samada diletakkan di sidebar blog, atau post atau bawah post.

Cara Mudah Letak Imej Banner


Selamat mencuba.

*p.s: Semua cara dan kaedah yang saya sebutkan pernah dan telah saya kongsikan sebelum ini. Anda boleh gelintar (search) blog ini untuk cari entri yang lebih detail.
**p.s: Kepada sesiapa nak dapatkan servis saya buat banner iklan, boleh hubungi saya di Facebook atau Fanpage saya.



Ganjaran Berkongsi Informasi

Mudah. Anda kongsi anda dapat ganjaran. Sebagai blogger, perkongsian adalah merupakan salah satu pengisian dalam entri-entri di dalam blog. Kali ini, cuba kongsi sesuatu yang akan berikan ganjaran tunai. Anda bukan kongsi perkara tidak elok, tetapi sesuatu yang menarik perhatian. Ganjaran berkongsi informasi, adalah sesuatu yang anda boleh buat untuk mendapatkan pendapatan sampingan menerusi blog.

Ganjaran Berkongsi Informasi


Salah satunya adalah menerusi 8Share. Saya sendiri sudah menerima dua kali pembayaran daripada 8Share. Jumlahnya tidaklah banyak, tetapi daripada tak ada, yang sedikit itu sudah dianggap sesuatu yang sangat seronok.

Anda boleh berkongsi informasi seperti berikut dan dapatkan ganjaran tunai menerusi setiap klik:

Ada banyak lagi benda menarik yang boleh anda kongsikan, hanya daftar percuma dan terus menerima ganjaran tunai apabila anda mendaftar.

Belum daftar? Daftar sini - http://bit.ly/15Zu7xr

Dan istimewa Hari Merdeka 56 Tahun - setiap yang anda kongsi akan menerima lebih ganjaran. Kongsi informasi-informasi ini dan dapatkan lebih, dan peluang untuk anda tambah sedikit income online dari blog anda.





30 Ogos 2013

Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2

Sejak menjadi seorang bapa, agak kurang saya meneliti soal dunia hiburan tanahair, cuma sesekali menjenguk untuk lihat apakah perkembangan positif yang telah disebarkan. Dulu, saya boleh ingat nama-nama pelakon dan tajuk sesebuah filem, tapi kini .. harap maaf, jangan tanya saya siapa pelakon KL Gangster, Rempit, Kerat 14, Juvana, Tokak, Bohsia (sekadar menyebut di antaranya) ....saya memang tak tahu. Sebagai seorang bapa, tajuk-tajuk filem sebegini akan saya hindar jauh-jauh dari pemikiran anak-anak saya.

Errkk... alamak, mungkin tipulah tak tahu nama pelakon. Ya, saya mungkin tahu tapi bukan semua, dan andai tahu pun saya tak ingat babak-babak mana yang libatkan pelakon tersebut (sebab memang tak tengok). Dulu, kalau cerita 3 Abdul, Seniman Bujang Lapok, Ahmad Albab; saya boleh ingat babak-babak dalam cerita, malah boleh ingat dialog pun. Tapi perkara ini tidak berlaku pada filem zaman masa kini.

Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2

Muat turun percuma KL Gangster 2

Kecoh isu filem KL Gangster 2 bocor dan boleh dimuat turun secara percuma sebelum tayangannya pada 3 Oktober 2013. Pengarahnya Syamsul Yusof cukup marah dan kecewa dengan isu ini. Mana tidaknya, filem belum masuk panggung, dah ada rakyat Malaysia yang tengok; percuma pula tu.

Syamsul Yusof Pengarah KL Gangster 2 Kecewa dan Marah

Isu KL Gangster 2

Filem kita wajah kita. Mungkin ramai rakyat Malaysia tak sabar nak tengok wajah-wajah sebenar rakyat kita yang menjadi gangster dalam filem tu; kerana itulah ramai yang cari alternatif untuk dapatkan ia secara percuma. Lagipun, memang sekarang soal gangterisma antara isu panas dalam dada akhbar Malaysia.

Blogger Malaysia Tidak Puas Hati

Isu ini juga membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan blogger Malaysia. Kerana apa? kerana ramai berpendapat bahawa blogger tidak patut dipersalahkan seperti dalam kenyataan Syamsul Yusof menerusi twitternya.

Anda boleh gelintar (search) di Google dan lihat apa kata blogger Malaysia mengenainya.

Ini bukan soal blog menyediakan khidmat muat turun percuma tetapi soal bagaimana filem itu dibocorkan sehingga mudah didapati secara online.

Bagi saya, yang patut dicari bukan blogger, tetapi pembocor atau individu yang bertanggungjawab sehingga membolehkan filem KL Gangster 2 itu dimuat turun secara percuma. Menyalahkan blogger dan mahu tindakan keras diambil kepada blogger, pada saya agak keterlaluan. Yang patut diberikan tindakan keras adalah mereka yang memberikan sumber muat turun itu kepada blog dan laman web.

Harus ingat, blogger Malaysia juga ambil peranan melariskan filem Malaysia. Berapa ramai blogger Malaysia yang buat review filem dan berjaya menyumbangkan hasil kutipan tiket wayang dan panggung. Jangan sampai ada blogger yang boikot ..... filem yang dibikini (bikini?) dengan kos juta akan jadi satu bisnes filem yang rugi.

Carilah siapa yang tumpahkan nila dalam susu dan bukan si penjual susu yang mahu orang minum susu percuma.

Nak tgk movie best-best? Daftar percuma di sini - http://bit.ly/1aaFFjh

*p.s: Susu sekarang pun bukan elok sangat dah, banyak yang artificial ... dah tak sesegar dan sesedap dulu.


Erti Merdeka 56 Tahun Blogger Malaysia

Salam hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56! Ramai blogger yang lahir kini adalah golongan blogger yang sangat beruntung. Saya pasti ramai blogger tidak pernah merasa keperitan dan kesusahan di zaman sebelum merdeka (kalau ada memang magik la). Malah, saya juga cukup pasti, ramai blogger yang ada sekarang tidak merasa suasana ketika negara masih berada dalam ancaman pengganas komunis.

Untung Ramai Blogger Sudah Kecap Nikmat Sebuah Kemerdekaan

Anda semua sangat beruntung, memang beruntung sangat, kerana kebanyakkan dari anda lahir dan terus mengecap nikmat sebuah negara yang membangun, yang sudah jauh dari cengkaman fizikal penjajahan.

Sebagai seorang anak yang dikelilingi oleh mereka yang pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan negara, maka pengertian Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpah Darahku memberikan satu makna tersendiri. Mana taknya, arwah tok wan seorang polis (berseluar pendek dengan songkok), arwah abah pula seorang askar, begitu juga dengan beberapa bapa dan ibu saudara saya yang lain - samada askar atau polis.
Merdeka Malaysia 56 Tahun
Merdeka Malaysia 56 Tahun

Dikelilingi oleh mereka yang ada pengalaman tersendiri ini, secara tidak langsung .. ada kisah dan cerita mereka yang menjadi iktibar kepada diri. Ia membuatkankan saya ada penilaian sendiri mengenai kedaulatan negara dan Malaysia dari sudut sebuah negara Merdeka.

Mereka telah mencorakkan pemikiran saya mengenai kemerdekaan dan erti daulat sebuah negara.

Erti Merdeka 56 Tahun Blogger Malaysia

Sebagai seorang penulis blog, kita patut dan perlu menjadi seorang yang merdeka. Merdeka dari segi menyampaikan sesuatu kebenaran dan kebaikan. Ada ramai yang masih lagi dikongkong dengan rentak dan persembahan blogger lain, dan ada di kalangannya itu terikut apa yang dipersembahkan oleh blogger yang jauh dari peradaban kita sebagai sebuah bangsa Malaysia yang merdeka.

Ramai blogger yang masih lagi bergantungan dengan perkara-perkara dan sumber luaran. Seolah corak pemikiran dan persembahan blog terikat dan tidak boleh lepas. Merdekakah?
Sambutan kemerdekaan di bandar hilir Melaka

Termasuklah diri saya, ada waktu menulis entri sehingga terlupa bahawa ini bukanlah peribadi kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang merdeka. Kita terlalu mengikut kata orang lain, dijajah minda dan pemikiran mengenai sesuatu perkara sampai tak boleh nak bandingkan antara sebuah kebenaran dengan sandiwara.

Masih ada terikut cara orang luar dulunya pernah menjadi bangsa penjajah yang telah mengambil kesempatan ke atas datuk nenek kita. Lebih 400 tahun dijajah, bukan satu masa yang singkat!

Tanggungjawab Seorang Blogger Malaysia Merdeka

Kita sebagai blogger punyai tanggungjawab bagi memastikan negara kita selamat dan aman, kekal berdaulat. Untuk itu, janganlah sesekali mendedahkan negara kita dari ancaman, baik dalam bentuk fizikal dan minda.

Penting seorang blogger Malaysia merdeka lakukan perkara ini:
  • Tingkatkan patriotisma terhadap negara
  • Elakkan bocor rahsia negara menerusi penulisan entri yang membahayakan.
  • Elak mengaibkan para pemimpin negara yang perjuangkan rakyat kerana jika ia berlaku, orang luar akan ambil kesempatan.
  • Bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan semborono sehingga negara jadi kucar-kacir.
  • Sentiasa menulis entri yang berfakta dan tidak bersumberkan perkara yang kita tidak pasti.
  • Tampilkan penulisan era Malaysia merdeka di mana lebih neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana.
  • Sentiasa memastikan aura positif disebarkan mengenai negara kita dalam penulisan dalam entri blog - #saySomethingNice 
  • Elakkan mengagungkan sesuatu yang bukan dari adab budaya dan agama kita.
  • Tulis sesuatu atas pendapat, pemikiran dan kisah sebenar anda; jauhi entri emosi keterlaluan, lebihkan fikir dalam setiap terbitan entri anda.
  • Jadikan agama sebagai tunjang kukuh bagi anda menghasilkan dan menerbitkan sebuah entri serta blog yang jauh dari pemikiran yang merosakkan.
Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya 1957

In Sha Allah, blogger Malaysia akan menjadi sumber dunia blog untuk dicontohi. Kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada jumlah senjata dan anggota keselamatan, tetapi juga betapa tajamnya mata pena (penulisan) rakyatnya yang boleh disalurkan menerusi blog!

Kredit Foto: Arkib Negara

*p.s: Lihat bagaimana askar Melayu kita dulu pakai seluar pendek dan bersongkok, kini tidak lagi. Kita sudah semakin merdeka dengan cara kita sendiri.


Blog Buruk Tapi Popular

Adeh. Jangan baca dengan nada marah, baca dalam nada lemah gemalai - blog buruk tapi popular. Barulah tak ada bibit-bibit persengketaan. Saya dengan sengaja buat entri ini, kerana saya tahu ada yang dok fikir ... bagaimanalah sebuah blog buruk tapi boleh popular. Popular dengan jumlah pengikut puluh ribu orang, pageviews sampai juta-juta, komen entri sampai beratus-ratus .. dan bila disebut nama blog tu, seluruh alam blogger Malaysia akan nganga dan sebut "waaaaaa....."

Blog Buruk Tapi Popular

Buruk? Ye, buruk dari segi susun atur, warna ntah apa-apa, nampak serabut sana-sini. Sekali pandang memang tunggang-langgang habis....

Sysss ... buruk tu pada pandangan mata si A, mungkin tidak pada mata si B atau C atau J mahupun K. Tak sama weih citarasa dan pandangan. Anda pandang-pandang blog anda, nampak O.K. Orang lain pandang nampak K.O. Persepsi buruk .. lawa...tersusun... itu semua agak subjektif.

Kadangkala ada blog nampak simple. Yang nampak istimewa pada blog itu cuma salji yang turun dalam warna kelam, tetapi di sebalik 'kekurangan' itu ia berjaya dapatkan sumber pendapatan online yang jauh lebih baik dari anda yang blog letak macam-macam iklan. Maka, jangan pandang dan lihat sesebuah blog dengan sebelah mata. Ada dua mata, gunalah kedua-dua mata.
blog buruk tapi popular

Terkedu juga saya bila melihat sebuah blog yang susun aturnya tak karuan, tapi pemiliknya cukup dikenali. Nah, sebijik kena ... apa ada pada pandangan fizikal andai tak lihat pada isi kandungan. Kerana isi kandungannya cukup bagus, lenyaplah kekurangan yang ada pada pandangan fizikal pengunjung blog berkenaan.

Ada blog, wahh .. cukup cantik, bling sana .. bling sini. Kemas je nampak. Tapi bila nak baca isi kandungan blog.. ada yang rasa kecewa.

Cantik Luar Tak Semestinya Cantik Dalam

Cantik blog anda tidak semestinya cantik isi kandungan. Begitulah juga buruk blog anda tidak semestinya isi kandungan pun buruk belaka. Andai anda berasa blog anda macam tak karuan, widget bertaburan, tak semestinya ia tidak akan dibaca oleh pengunjung. Mungkin anda belum ada ilmu yang cukup untuk menjadikan blog anda lebih tersusun.

Semua orang akan belajar buat sesuatu yang lebih baik. Dan bukan semua perkara boleh dilakukan secara serentak. Hari ini ...belajar dah mengenai cara susunan blog yang bagus, maka diperbetulkan mana yang perlu. Esok .. mungkin dapat ilmu mengenai SEO blog pula, langsung digunapakai dalam penulisan entri terkini.

Buruk nampak blog ... biar buruk tapi boleh beri manfaat, dari cantik lawa tetapi suka memperdaya.


*p.s: Maaf kalau terasa hati, kerana kita serupa .. blog nampak tunggang-langgang.

29 Ogos 2013

Beranikah Blogger Baru?

Beranikah blogger baru untuk mengapai impian dalam dunia blog Malaysia? Pada pandangan awal mungkin nampak segalanya seperti best, seronok, mengujakan dan mungkin glamor. Walhal, banyak benda onak duri yang menanti di dalam perjalanan tersebut.

Hari ini buat blog, esok lusa mungkin boleh gembira. Tapi tak mustahil, hari-hari yang akan datang, setahun, dua tahun atau tiga tahun, blogger mula terasa pahit dan getir berada di dalam dunia blog Malaysia. Yang disangka kawan rupanya lawan. Yang disangka suka menyibuk hal diri rupanya seorang rakan yang mahu membantu.

Pembawaan diri blogger dalam dunia blogger perlu berhati-hati. Andai silap langkah, dari 10 yang kata "aku follow kamu" akan ada 1 yang mungkin cuba buat onar dengan anda. Mungkin disebabkan sedikit kejayaan yang anda berjaya capai. Mungkin juga disebabkan oleh kelebihan yang anda ada dari dia.

Bila anda jejakkan diri dalam dunia blog, pertama sekali anda harus tahu apa yang perlu diceritakan dan apa yang tidak perlu dihebahkan. Manusia ada pelbagai rasa, sikap, pendapat, cara, ragam, tabiat, kesukaan dan kejelekkan. Dan manusia-manusia ini akan menjadi pengunjung dan pembaca blog anda.

Beranikah blogger baru untuk bersemuka dengan mereka yang ada hasad dan dengki dalam dunia blog? Beranikah blogger baru untuk menatap kejayaan blogger lain sedangkan diri masih lagi tidak ada sebarang pembaharuan? Beranikah blogger untuk menerima kritikan dan cabaran daripada rakan blogger lain?

Buat blog memang ada yang untuk suka-suka, sekadar hobi. Tetapi harus ingat, nasib malang bukan memilih orang. Ia datang tanpa bau dan rasa. Sesiapa pun boleh hadapinya.

Awal mungkin difikirkan sangat tetapi percayalah akan ada satu masa ketika berada di dalam dunia blog ini, anda akan terketar dengan apa yang telah anda kongsi dalam entri-entri anda. Akan ada satu masa apabila anda merasakan anda mahu tutup sahaja blog dan lupakan perkara pahit yang telah melanda.

Beranikah blogger baru untuk hadapi segala kemungkinan yang ada dalam dunia blog Malaysia?

Tepuk dada dan buatlah entri.

Jangan Takut Untuk Kahwin

Oh ada blogger yang takut berkahwin? Kenapa mereka takut? Mana tak takut apabila nilai hantaran perkahwinan 'mencekik' leher. Kini, bukan bahananya terasa dek bakal lelaki yang ingin bernikah, tetapi juga si wanita. Hmm rata-rata macam risau dengan jumlah dan nilai hantaran yang perlu disediakan oleh pihak pengantin dalam tekad untuk mendirikan rumahtangga.

Jangan Takut Untuk Kahwin

Jangan takut untuk kahwin
Hmm, saya suka sekali berkongsi sesuatu dengan anda semua - terutama yang bercadang untuk menamatkan zaman bujang. Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin hampir 10 tahun, mempunyai seorang isteri yang saya kenali semasa di tingkatan 3, ada 3 orang anak dengan 2 lelaki dan seorang perempuan. Time saya kenal, saya tidak bercinta - mungkin ada kata saya start bercinta dari sekolah. Saya mula bercinta semasa semester terakhir, di sebuah IPT dengan seorang gadis Kelantan - yang sah2 bukan isteri saya sekarang ni.

Saya berkahwin di suku usia seabad. Dan alhamdulillah, di sebalik segala dugaan yang ditempuh sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan ini, dapat diatasi dengan baik secara bersama. 

Jangan takut untuk berkahwin jika sebab musababnya kerana anda takut dengan nilai hantaran. Kata orang, jika dah bulatkan tekad, ditajamkan niat, in Sya Allah, segalanya akan berlaku dengan mudah. Usaha dan banyakkan berdoa. Anda bukan buat kerja tak elok tetapi mencuba untuk meningkatkan darjat di sisi Tuhan.

Jadi, apa yang penting sekali adalah kesungguhan anda untuk merealisasikan impian dan harapan murni. Bincang bersama dengan pasangan anda, berdua untuk memudahkan cara, boleh dibawa famili untuk sama-sama merancang, tetapi dalam banyak2 pengalaman saya, makin ramai yang jadi pembuat keputusan, akan makin susah .... jadi sebaiknya, kurangkan penglibatan mereka yang boleh membuat anda rasa resah gelisah.

Namun, dewasa ini dah ada banyak yang boleh mempermudahkan urusan, cuma duit jadi taruhan. Jika mampu leh ambik wedding planner, tetapi alangkah bagusnya jika perkahwinan anda adalah hasil usaha anda sendiri. Ia lebih diberkati...insyaAllah.

Kredit Foto: DKNA

Tips Penjagaan Laptop Kesayangan Anda

Walaupun saya berblogging bukan dari sebuah laptop, tapi jangan fikir saya tak pernah guna laptop. :P. Sebagai seorang blogger yang kerap dengan blog, perlu tahu banyak cara untuk berblog. Dan peralatan atau gajet untuk berblog itu perlu dijaga dengan baik dan rapi supaya hati sentiasa senang dan tenang.

Ok, sebagai seorang yang memang belajar mengenai komputer, serba sedikit saya tahulah mengenai penjagaan komputer, dan juga laptop. Mungkin ada yang lagi pakar dari saya, tetapi mungkin juga ada yang tak berapa nak tahu. Penting sebenarnya, untuk menjaga laptop dengan baik. Kalau tak jaga, mungkin usia laptop bersama kita tak akan kekal lama.

ohblogger tips jaga laptop

Jom tengok apa yang perlu anda lakukan sebagai langkah untuk menjaga laptop anda.

Tips Penjagaan Laptop Kesayangan Anda

Bateri

  • Elakkan daripada penggunaan bateri.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard

  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD

  • Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead Pixel.

Haba Panas

  • Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Port

  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Kredit: Forum Ehoza

28 Ogos 2013

Gambar Emma Maembong Cun Bertudung

Foto Cantik Jelita Emma Ma'embong Bertudung

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Emma Maembong - Pakaian pengantin 2013

Foto dan Gambar Emma Maembong Bertudung Cantik

Foto dan Gambar Emma Maembong Cun Bertudung

Gambar Emma Maembong Cun Bertudung OHBlogger Malaysia

OHBlogger - Gambar Emma Maembong Cun Bertudung

Kredit: Instagram Emma Maembong

10 Tahun Blogger Ni Tak Jumpa Nenek

10 tahun! Bagi saya satu jangkamasa yang cukup lama ... kalau ikut umur anak, dah masuk sekolah rendah, lagi 2 tahun je nak masuk tingkatan satu. Inilah hakikat dan realiti yang dialami sendiri oleh blogger yang cukup kacak - Boni Kacak, berkisah sedih pilu mengenai kepulangan 10 tahun yang dinanti oleh neneknya.

Alhamdulilah, saya masih kesempatan dahulu untuk kembali berhari raya dan jenguk nenek (opah). Dan hari raya lalu, sempat jugaklah jenguk pusara opah di Kampar, Perak; walaupun kebanyakkan masa hidupnya banyak diluangkan di bekas tapak rumahnya di Batu Gajah, Perak - yang kini menjadi tapak rumah emak dan juga bapa sedara.

10 tahun tak jumpa nenek. Rugi tu tak dapat nak selongkar kisah hidup orang yang sudah makan banyak garam dari kita. Saya ingat lagi, arwah opah pernah bercerita mengenai layanan penuh mesra kakitangan MAS, dan pernah suruh saya dan sepupu supaya cari isteri macam tu - macam pramugari MAS... tapi biasalah, gurauan si opah dengan cucu-cucunya, pasti dia mahukan yang terbaik.

10 Tahun Blogger Ni Tak Jumpa Nenek

10 tahun tak jumpa nenek, kisah blogger Boni Kacak, anda boleh baca di SINI (klik)
kisah aidilfitri 2013 ohblogger malaysia
Jika anda masih ada opah, nenek ... jenguk-jenguklah mereka, dan cuba singkap kisah hidup mereka, kerana kadangkala apa yang mereka ceritakan itu boleh menjadi inspirasi untuk kita jadi manusia lebih baik.

Dan andai anda berpeluang korek kisah mereka, anda akan tahu apa maksud dan makna kemerdekaan yang kini anda dan keluarga sedang nikmati. Tak percaya? Cubalah tanya mereka .... dan anda akan disalut syahdu mengenangkan kesusahan mereka dahulu.


Mimpikan Hasrul Hassan?

Adeh. Boleh masuk dalam mimpi orang lain ... huishhh .. nih mesti kes tak basuh kaki, lupa doa qunut ....ehh doa nak beradu la tu. Hehehe... adeh. Macamana boleh termimpi nih?

Mimpikan Hasrul Hassan?

Apala yang membuatkan seorang blogger ini memasukkan saya dalam cerita mimpinya ... anda perlu ikuti sendiri, saya nak olah tak pandai, nanti takut kena parang ... hahahaha.... Baca kisah mimpi HasrulHassan dan Muja di SINI (klik).


hasrulhassan dalam mimpi blogger


Bahaya ooo mimpi-mimpi macam ni, jangan tersebut nama sudahlah.

Gambar Aidilfitri 2013 Hanis Zalikha

Gambar dan Foto Beraya Aidilfitri 2013 Hanis Zalikha

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.



Buat Duit Online Sukar Tetapi Tidak Mustahil

Buat duit secara online tidak semudah yang disangka, tetapi apabila kena cara dan kaedah, ia akan menjadi sumber pendapatan sampingan yang cukup lumayan; khususnya buat blogger seperti saya dan anda. Erkkk .... ok ok .. kalau tak lumayan pun, saya pasti ia dah memadai untuk beli top up RM10 walaupun pendapatan yang anda dapat hanyalah sekadar RM0.50 setiap jualan.

RM0.50? Cukup? Memanglah tak boleh nak kaya raya, tapi harus anda ingat, jika dah boleh menjana komisen sekecil itu, tidak mustahil juga anda boleh menjana pendapatan lebih besar. Jangan terlalu tamak.

Andai anda mahu menjana pendapatan online, anda seharusnya bermula dengan sesuatu yang percuma seperti menerusi program buat duit online berikut:


Affiliate - antara cara paling mudah, selamat dan tanpa risiko untuk anda menjana pendapatan online menerusi blog, terutama blog-blog blogspot. Lihat sendiri apa yang telah saya berjaya dapat menerusi komisen daripada salah satu program affiliate yang saya daftar - http://is.gd/7Zj9Mo

Contoh Komisen Diterima Menerusi Affiliate



Atas tu cuma salah satu contoh, ada banyak program affiliate yang boleh anda sebagai blogger sertai secara percuma ... tak perlu bayar pun. Bila tak perlu bayar, makanya tak ada risiko.

Di sini saya berikan lagi program affiliate yang boleh menjana pendapatan mudah untuk anda.

Lazada Malaysia - Anda boleh promosikan pelbagai produk Lazada dalam blog, dan anda diberikan komisen andai ada jualan dilakukan menerusi blog.
Facebook Pagetab - Komisen diberikan untuk anda promosikan satu produk percuma bagi mereka yang mahu meningkatkan LIKE dan juga buat jualan produk menerusi Facebook.
Mat Runcit - Buat jualan mengenai produk-produk runcit seperti Milo, Maggie, Nescafe dengan harga potongan dan diskaun menarik menerusi blog anda.

Ada banyak lagi ....




Terpulang pada anda untuk pilih. Cuma satu sahaja nasihat saya, untuk berjaya dalam semua program affiliate, anda perlukan ilmu. Maka, cari ilmu mengenainya dan kemudian praktikkan.

In Sha Allah, anda boleh menjana pendapatan menerusi blog. Jika tidak kaya pun, sekurang-kurangnya, anda boleh jadikan ia satu motivasi buat anda untuk terus berblog.


27 Ogos 2013

Pembayaran Kedua Ganjaran Tunai 8Share

Alhamdulillah. Terima kasih. Rezeki dari 8Share. Kongsi informasi serba menarik, dan anda diberikan ganjaran yang sepatutnya. Walaupun akaun twitter, Facebook saya tidak ramai jumlah pengikut, tetapi bukan bermakna saya tidak boleh buat duit online dengan mudah menerusi 8Share.

8Share yang sebelum ini dikenali sebagai YouthSays, Says dan kemudian dijenamakan menjadi 8Share. YouthSays kalau tak silap sayalah, dah wujud sejak dari 2008 lagi. Saya pernah daftar dengan YouthSays, masa tu memang meletop, sana sini nampak YouthSays ini tapi rasanya ketika itu YouthSays lebih kepada perkongsian informasi dan maklumat mengenai remaja Malaysia.

Pembayaran Kedua Ganjaran Tunai 8Share

Sekarang, selain berkongsi perkara dan informasi baru yang menarik, anda diberikan ganjaran dalam bentuk points dan juga tunai.

Tips Mudah Kongsi 8Share

Saya telah merasai duit online hasil perkongsian benda yang saya suka. Saya lakukan menerusi blog, dan juga laman sosial. Caranya mudah, saya buat entri dan saya reka sendiri banner iklan untuk setiap informasi yang menarik. Apabila kita kongsi sesuatu yang kita suka, maka mudahlah idea nak cipta ayat sendiri dan bentuk iklan yang berkaitan. Ini cara saya kongsi informasi dan diberikan ganjaran oleh 8Share. Orang lain ... itu cara mereka.

Dengan kaedah itu, saya dah diberikan ganjaran lebih daripada RM100 dengan dua kali bayaran. Bayaran kedua baru sahaja saya terima terus ke akaun Maybank saya pada 26 Ogos 2013. Dan pihak 8Share telah berikan Payment Advice setelah selesai pembayaran dibuat.

Dengan Payment Advice mudah untuk saya untuk menyimpan rekod pendapatan menerusi 8Share, sebagai langkah bagi tujuan nak bayar cukai pendapatan dan juga zakat harta nanti (andai kena bayar).

Pembayaran Kedua Ganjaran Tunai 8Share Dalam Bentuk Payment Advice

Apa yang menarik mengenai 8Share ialah, anda akan terima bayaran terus ke akaun bank dan ia merupakan satu-satunya syarikat pengiklanan media maya paling mudah dan cepat yang memberikan bayaran di Malaysia.
Sertai 8share untuk ganjaran mudah dibayar terus ke akaun bank

Jika anda masih belum menyertai komuniti 8Share, berkongsi perkara dan informasi menarik dan terkini, maka daftarlah secara percuma sekarang.

Pendaftaran boleh dilakukan di sini: http://bit.ly/15Zu7xr


Tension Tulis Entri, Stress Dengan Blog

Hari-hari godek dan belek blog.... arghhhh apsal tak gerak-gerak hits blog ni. Tension. Stress. Anda dah ada blog sejak sekian lama, tapi tak ada sesuatu yang boleh anda jadikan satu kebanggaan bagi anda berkaitan blog. Trafik macam tu gak, sama sejak dua tiga tahun dahulu. Belum lagi kisah earnings dari blog, sehingga satu tahap jual surat khabar lama pun lagi untung.

Idea tak datang, tension hari-hari nak tulis entri, nak dapatkan jumlah trafik yang baik, nak update blog yang semakin hari semakin layu. Orang lain boleh buat, kenapa diri tak boleh?

3 Perkara Berkaitan Stress

Sebagai seorang manusia, anda seharusnya tahu ada 3 perkara berkaitan stress iaitu;
  1. Perkara yang kita boleh kawal
  2. Perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah
  3. Perkara yang di luar kawalan kita.
cara tanggani tekanan blogger

Maka, apabila kita dah tahu, senang bagi kita sedar mengenai stress. Dan kita perlu bijak untuk tanggani. Stress atau tekanan memang tak akan hilang kerana ia akan wujud sentiasa. Yang bezanya ialah bagaimana kita nak urus agar ia tidak bebankan kehidupan dan aktiviti kita seharian.

Tension Tulis Entri, Stress Dengan Blog

Tulis entri blog, masalah berkaitan blog - kita stress; ini merupakan perkara yang boleh kita kawal. Masa nak tulis entri, tajuk entri, kandungan blog, SEO blog, arah tuju blog - ia merupakan aspek yang kita boleh kawal dan perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah.

Namun, seperti yang disebutkan tadi ada perkara yang di luar kawalan kita terutama berkaitan takdir, berkaitan hasil. Kita dah lakukan sepenuh jiwa raga, usaha bertubi-tubi dari hari ke hari, namun pengakhiran tidak seberapa - ini merupakan perkara di luar kawalan kita. Maka, dengan menyedarinya, kita dapat kawal tahap tekanan pada diri. Kita sedar bahawa setiap usaha itu tidak semestinya memberikan hasil yang diharapkan.

Stress dengan blog kerana belum nampak kejayaan. Kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia bukan sesuatu yang boleh kita duga, ia perkara di luar kawalan kita. Cepat atau lambat ia hadir bukan ditentukan oleh kita secara mutlak, namun kita boleh sentiasa berusaha ke arah itu memandangkan aspek yang boleh kita kawal untuk meraih kejayaan masih lagi ada.

Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa.


Blog Wardina Safiyyah - Dari Hati Wardina Safiyyah

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti cantik, jelita dan perwatakan menarik, Wardina Safiyyah. Ikon bagi wanita muslimah masakini. Wardina bukan sahaja ada wajah yang cantik, tutur kata menarik malah dia ada karisma sebagai seorang wanita muslimah yang boleh dijadikan contoh. Menjadi contoh kerana perjalanan hidupnya itu yang agak memberikan inspirasi buat semua.
Foto Wardina Safiyyah

Wardina Safiyyah ada blog. Blog atau laman web Wardina Safiyyah ini dikenali sebagai Dari Hati Wardina Safiyyah, lebih menceritakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial agama. Malah, dalam blog si cantik ini juga ada nota usrah yang boleh dibaca buat pengisian jiwa. Ada juga beberapa penulisan kreatif serta motivasi lain yang juga dimuatkan dalam blog tersebut.

Saya pasti ramai yang suka pada Wardina Safiyyah ini, saya sendiri minat dalam diam .. hahahaha.... sejak dia tampil pertama kali dalam Spanar Jaya .... perghhh ... huhuhuhu...

Blog Wardina Safiyyah - Dari Hati Wardina Safiyyah

Apapun, kepada sesiapa yang mahu jenguk blog atau laman web Wardina Safiyyah ini, anda boleh pergi ke sini - Dari Hati Wardina Safiyyah (klik)

blog wardina - dari hati wardina safiyyah
blog dan gambar cantik wardina safiyyah

Kredit Foto: Facebook Wardina Safiyyah

8 Tips Bateri Telefon Pintar

8 Tips Bateri Telefon Pintar. Telefon pintar - dah ramai orang sudah boleh memilikinya dengan mudah dan dengan harga yang lebih murah. Menerusi skim rebat tunai RM200 untuk telefon pintar dalam Bajet 2013, ramai belia Malaysia sudah ada akses kepada teknologi dan aplikasi terkini dunia telekomunikasi tanpa wayar. Dan kerana itulah, sebagai salah seorang pengguna telefon pintar, anda harus tahu cara bagaimana untuk menjaga telefon pintar, terutama bateri untuk lebih tahan lama.

Canggih mana sekalipun sesebuah telefon pintar itu, semuanya dihidupkan dek kerana satu bateri. Jika bateri ini tidak elok, lantaklah guna iPhone 5 ke, Samsung S4 ke, Sony Ultra Z ke, LG Optimus ke .. semua tu tak ada hebat manapun. Andai bateri tidak cukup cekap, orang lain pakai telefon tak berapa pintar boleh tahan cakap lama-lama; lebih tahan nyawanya daripada telefon yang dikatakan pintar itu.
tips penjagaan bateri telefon pintar
Perlu tahu penjagaan yang betul untuk sesebuah bateri telefon pintar. In Sha Allah, menerusi entri ini akan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai penjagaan bateri telefon pintar untuk ia bertahan lebih lama.

8 Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

Pengecasan Buat Kali Pertama

Apabila anda membeli telefon pintar baru, proses pengecasan bateri adalah perkara paling utama dan pertama sekali perlu dilakukan. Sebaik sahaja anda keluarkan telefon canggih dari plastik dan kotak, anda perlu mengecas bateri sehingga semua sel bateri dihidup dan diaktifkan. Lakukan pengecasan pertama kali dalam tempoh yang telah disyorkan dalam buku manual yang disediakan.

Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan untuk telefon model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd, dan bateri jenis Lithium tempoh pengecasan pertama adalah selama 3 jam. Kebanyakkan telefon pintar menggunakan bateri jenis Lithium.

Pengecasan Dilakukan Ketika Bateri Habis Guna

Bateri perlu dicas ketika ia sudah berada di tahap kritikal. Ada sebab sistem notifikasi amaran bateri digunakan dalam telefon pintar, ia adalah untuk ingatkan anda cas bateri telefon. Elakkan cas bateri telefon pintar ketika ia masih lagi boleh digunakan, ini adalah kerana untuk mengelakkan sel-sel dalam bateri kehilangan kekuatannya.

Pengecasan Dilakukan Dengan Menutup Telefon

Tutup atau off telefon pintar anda ketika melakukan pengecasan. Jangan ganggu proses pengecasan bateri telefon dengan menghidupkannya kerana sel-sel bateri akan terganggu dengan aliran elektrik keluar masuk dan penggunaan tenaga.
tips penjagaan bateri telefon pintar lebih lama

Cekap Guna Bateri

Anda sepatutnya sedar bahawa telefon pintar mempunyai kapasiti untuk memuatkan pelbagai aplikasi. Aplikasi-aplikasi ini pula memerlukan sumber tenaga berterusan, seperti wifi, bluetooth, notifikasi push-email, push sms dan sebagainya. Jika anda tidak menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut secara berterusan, maka hendaklah anda padam fungsi atau tutup aplikasi tersebut bagi mengelakkan ia menggunakan lebih banyak tenaga dari bateri.
[Promo] Nak beli bateri baru original? Boleh beli di Lazada, murah tapi original
Antara fungsi telefon pintar yang akan 'makan' bateri adalah seperti fungsi getaran, gps, tahap kecerahan bateri, tahap suara (volume), screen saver, wifi dan juga pencarian signal telekomunikasi.

Elak Terlebih Cas

Setiap telefon pintar, apabila proses pengecasan telah tamat, ia akan berikan notifikasi untuk tutup suis dan mencabut palam pengecasan. Jangan ambil sikap tidak peduli. Apabila telah lengkap proses pengecasan, sila tutup aliran elektrik dan cabut palam cas dari telefon pintar anda. Untuk lebih selamat, tutup fungsi pengecasan sebelum ia sampai ke tahap 100 peratus pengecasan.

Jika tidak, anda sebenarnya memberikan over-charging pada bateri dan ia akan membunuh secara senyap sel-sel aktif di dalam bateri. Elakkan mengecas bateri ketika anda ingin masuk tidur - penting kerana ramai yang buat cara ini untuk cas bateri telefon pintar mereka.

Elak Guna Telefon Ketika Bergerak

Tenaga bateri akan lebih banyak digunakan ketika anda menggunakan telefon pintar anda dalam keadaan bergerak. Adalah lebih baik jika hendak menggunakan telefon pintar, anda berada di dalam keadaan statik. Contohnya ketika dalam perjalanan atau memandu, berhenti dahulu dan barulah guna telefon anda.
Cara nak bagi bateri telefon tahan lebih lama
Tenaga dalam bateri akan digunakan lebih berganda ketika bergerak kerana mahu mencari isyarat telekomunikasi, apatah lagi andai anda menggunakan 3G atau melayari internet.

Hanya Guna Pengecas Original

Hanya pengecas original yang tahu had aliran arus yang sepatutnya untuk bateri anda. Penggunaan sebarangan pengecas akan membuatkan bateri cepat haus dan memori dalam bateri mudah rosak kerana perbezaan aliran serta mode sesebuah pengecas bateri.

Elak Pengecasan Dalam Kenderaan

Aliran elektrik dalam kereta adalah sangat tidak stabil. Jangan cas bateri telefon pintar anda menggunakan pengecas mobiliti untuk kenderaan menggunakan port 'pemetik api'. Buat pengecasan di tempat sepatutnya. Jika dalam perjalanan dan telefon pintar habis bateri, sila cas di kawasan berhenti rehat dan rawat (RnR), malah ada kawasan disediakan perkhidmatan pengecasan bateri ini.

Sehebat mana sekalipun sebuah telefon pintar, ia masih lagi memerlukan manusia untuk memastikan ia hidup dalam kepintarannya. Maka kawan-kawan, jangan malas untuk ambil kisah mengenai tip penjagaan bateri telefon pintar anda. Andai mahu ia tahan lama, maka pastikan baterinya terjaga untuk membolehkan ia tahan lama, supaya nilai wang yang anda laburkan tidaklah nanti jadi satu sia-sia ehh ....

Selamat mencuba.


Buat Kejutan Kepada Pengunjung Blog

Kadangkala buat sesuatu yang diluar kebiasaan akan memberikan impak positif kepada blog anda. Jika kena cara, ia akan melonjakkan blog anda ke satu tahap yang anda tidak sangka. Ini merupakan tips untuk membolehkan blog anda dikenali secara mudah dan cepat. Elemen kejutan perlu untuk memancing pengunjung baru ke blog.

Buat Kejutan Kepada Pengunjung Blog

Kejutan yang bagaimana? Oh tentulah kejutan yang elok, bukan tak elok ehhh. Contohnya, jika dalam kebiasaan anda menulis entri santai, cubalah sesekali buat entri yang serius. Dan pastilah tajuk entri anda juga perlu nampak keseriusan tersebut. Ada orang kadangkala melihat sisi lain kita ini sebagai unik, jadi mereka mungkin akan tertarik.

Macam anda tahu seorang pasangan itu hidup bahagia suami isteri, pastu tetiba si suami kahwin lagi satu - yang diluar jangka anda; tentu anda mahu tahu cerita dan kisah di sebaliknya kan? Ini elemen kejutan yang benar buat anda terkejut. Pasti akan menarik perhatian.

Begitulah juga dengan blog, apabila pengunjung dan pembaca setia sudah selesa dengan penyampaian biasa anda tiap-tiap hari, cuba buat kejutan dengan buat entri yang mereka tak akan sangka datang dari anda. Pasti akan ada yang tertanya-tanya dan ingin tahu. Entri tersebut pasti akan memberikan trafik yang anda tidak jangkakan.

Contoh seperti anda dah biasa menulis mengenai tips melancong, tetiba anda tulis sesuatu yang tak biasa anda tulis iaitu cerita anda kena rompak atau kena ragut semasa melancong; atau mungkin anda dah biasa menulis mengenai resepi dalam blog anda, kemudian satu hari anda tulis mengenai luahan hati tentang gambar resepi anda dicuri.

Elemen kejutan ini pula tak lari jauh dari niche atau tema blog anda, masih relevan walaupun ia agak tersimpang daripada kebiasaan anda berkongsi di dalam blog.

Ramai blogger yang berjaya menarik trafik dengan teknik seperti ini.

Bagaimana dengan blogger yang menulis kisah peribadi? Hmm .. jadikan sesuatu rahsia dalam hidup anda sebagai satu tarikan dengan mendedahkannya menerusi blog - itu satu elemen kejutan juga. Contohnya, anda bercerita kisah kehidupan anda dalam blog tetapi ada satu rahsia anda tidak ceritakan kepada pengunjung dan pembaca blog anda - seperti anda telah bertunang. Dengan secara tiba-tiba, anda kongsikan kisah anda telahpun mendirikan rumahtangga ... haaa tak ke terkejut namanya tu .... pasti akan menarik perhatian orang lain nak baca yang sebelum ini macam acuh tak acuh je nak singgah ke blog anda.

Cubalah, dapatkan sebuah entri yang boleh berikan kejutan kepada pengunjung blog anda.


26 Ogos 2013

Cara Letak Iklan Terapung Ikut Saiz Banner

Memang lumrah buat sebuah blog yang mahu menjana pendapatan, akan ada paparan iklan. Namun begitu, semua sedia maklum bahawa ruang dalam blog sangat terbatas. Apatah lagi andai anda terlalu banyak informasi mahu dikongsikan. Perletakkan iklan yang berkesan penting agar apa yang anda iklankan dalam blog dapat diperlihatkan kepada pengunjung.

Apabila ruang dalam blog menjadi masalah, terutama kepada blogspot, maka penting anda mencari satu alternatif untuk memungkinkan iklan yang - samada anda punya, tapak iklan yang disewakan atau sumber iklan yang lain diselitkan di dalam blog untuk paparan.

Kedudukan iklan yang baik akan memungkinkan iklan tersebut menjana pendapatan menerusi blog.

Salah satu cara untuk optimasi iklan dalam blog ialah dengan menggunakan cara iklan terapung. Untuk entri ini, saya akan kongsikan cara dan kaedah untuk meletakkan iklan terapung, yang lengkap dengan butang tutup (close) sebagai salah satu option kepada pengunjung jika tidak mahu diperlihatkan iklan tersebut.
Cara letak iklan terapung dalam blog dengan butang tutup

Cara dan kaedah ini sesuai digunakan kerana anda boleh meletakkan pelbagai saiz banner iklan yang anda suka, selain butang tutup untuk membolehkan pengunjung yang tidak dapat melihat isi kandungan blog anda sepenuhnya, menyahaktifkan iklan tersebut.

Cara Letak Iklan Terapung Ikut Saiz Banner

Salin kod HTML di bawah ini dan lakukan beberapa ubahsuaian yang akan saya sebutkan kemudian. Letakkan ke dalam blog dengan Add HTML/Javascript menerusi Layout blog anda.


Untuk ubah saiz banner yang anda mahu letakkan dalam iklan terapung ini, anda perlu lihat beberapa pembolehubah..
  • Pada bahagian bsadsbase; ubah nilai height dan width iaitu dengan nilai atau saiz banner anda.
  • Pada bahagian tutup (x) tu, gantikan url blog saya www.hasrulhassan.com dengan url blog anda.
  • Masukkan kod HTML iklan yang anda mahu letakkan pada bahagian KOD IKLAN ANDA itu ... dan seterusnya simpan (save).

Mudah je kan? Tapi harus diingatkan, iklan seperti ini kadangkala menghalang robot enjin carian untuk gelintar blog anda, dan dari segi aspek penampilan sebuah blog yang baik, seharusnya tiada iklan terapung seperti ini dalam blog - yang memungkinkan gangguan kepada sesetengah pengunjung, walaupun telah tersedia butang tutup untuk memberikan pilihan.


Selamat mencuba.


Blogger Terkenal Fatin Liyana Peluk David Beckham!

Ya. Benar, bukan gurauan, bukan tipu-tipuan, memang benar Fatin Liyana telah memeluk David Beckham, bintang bolasepak terkenal dan selebriti sukan antarabangsa. Bukan kisah dongeng yang dibuat, tetapi bukti dah ada.
Gambar terbaru 2013 Fatin Liyana di Hard Rock cafe

Ini kisah OHBlogger Fatin Liyana, seorang blogger yang dikenali ramai, bukan kerana sahaja cantik dan jelita, tetapi kerana dia lebih bijak dari kebanyakkan kita, terutama saya ..hahahaha.... saya dah la tak cantik dan tak belajar jadi doktor, cuma saya kacak di mata isteri dan belajar hanya untuk jadi orang!

Blogger terkenal ini telah memeluk David Becham dengan rela hati, dan selebriti sukan itu pula nampak gayanya memang tidak menolak pelukan penuh mesra yang diberikan. Kedua-duanya nampak sangat suka dipeluk dan memeluk. Tak percaya? Inilah buktinya ....

Gambar Blogger Terkenal Fatin Liyana Peluk David Beckham

Heh. Gempak dan gempar je lebih .... itu hanya patung lilin si David Beckham dan bukannya benar. Saya pasti, takkan terberani punyalah si Fatin Liyana ini nak memeluk jejaka kacak digilai ramai ini. Oppss ..oh ya, David Beckham suami orang lagipun ...
 
Kredit: FB Page HoneyKoyuki

Cara Betul dan Tips Dapatkan Income 8Share-ChurpChurp

Panas isu berkaitan penipuan klik iklan 8Share dan juga ChurpChurp ni, sebenarnya bukan dua platform ini sahaja yang dijadikan bahan, malah banyak lagi. Konsep tetap sama, anda tidak boleh paksa orang lain terutama pengunjung blog serta rakan-rakan anda di media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk iklan yang anda kongsikan. Namun, sebagai manusia, tidak menjadi satu kesalahan walau sekelumit andai anda sendiri - yang sememangnya dah tahu - untuk klik perkongsian iklan atau informasi yang diterbitkan.

Anggap sahaja perbuatan anda itu satu sedekah amal jariah. Anda juga seharusnya prihatin bahawa ramai blogger yang mahu menjana income menerusi iklan di blog mereka. Dengan menggunakan platform 8Share dan juga ChurpChurp, ia satu kaedah dan cara mudah bagi menerima ganjaran setiap klik 20sen.

Tak ada salahpun anda klik iklan yang diberikan, malah tiada kerugian bagi pihak anda - kerana bukan anda yang membayar. Anda hanya klik tanpa jejas sedikit pun duit poket yang anda ada.

Cara Betul dan Tips Dapatkan Income Menerusi 8Share dan ChurpChurp

Yang panas dan menjadi isu adalah kerana cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang dianggap kurang telus dan memaksa. Boleh sahaja anda selitkan iklan-iklan tersebut asalkan jangan memperdaya atau menunjukkan bahawa kaedah itu seperti memaksa untuk klik. Ia seharusnya berlaku secara sukarela dan semulajadi.

Sebagai contoh, lihat perbedaan antara kedua ini:

  1. Join segmen ini dengan perlu klik iklan berikut: Klik Iklan 1, Klik Iklan 2
  2. Dah join segmen, meh lihat promo iklan ini: Jom Lihat Harga Kereta Proton Terbaru Suprima S dan Kontes oleh Digi Menang Hadiah Wang Tunai

Nampak tak perbezaan yang ada dalam dua cara di atas tersebut. Ini dinamakan telus, kerana anda memberitahu pengunjung, pembaca blog anda mengenai apa yang anda kongsikan. Jika mereka berminat, mereka akan klik dan berikan ganjaran 20 sen yang patut anda terima menerusi perkongsian informasi.

Cara 1, anda buta-buta suruh pembaca klik iklan tersebut tanpa fikir samada mereka mahu atau tidak mahu lihat, sebaliknya dengan cara 2 ... anda dah beritahu awal-awal apa yang bakal mereka akan lihat.

Tatacara di atas sama terpakai apabila anda kongsikan iklan tersebut di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Contoh Kongsi Iklan 8Share dan ChurpChurp

Mari lihat apa yang saya lakukan kongsi iklan +8Share di Facebook Fanpage saya yang ada jumlah LIKE tak seberapa itu.


Iklan 8Share dikongsi dengan guna #Promo - tunjukkan pada orang bahawa ia merupakan satu iklan. Dengan guna ayat sendiri, saya cuba mendapatkan perhatian rakan-rakan dalam Facebook untuk klik iklan tersebut bagi menghasilkan ganjaran tunai seperti di bawah ini (sila lihat tarikh 20 Ogos 2013) jika anda ingin pengesahan.

Tips Dapatkan Income 8Share dan ChurpChurp Menerusi Facebook

Nampak kan? Ini cara saya gunakan, tak paksa dan tak mengelirukan sangat. Anda juga boleh cuba gunakan untuk membolehkan perkongsian anda menerima ganjaran yang anda mahukan. Tak susah mana pun, hanya dengan satu butang klik dan kongsi je.

Ada banyak cara dan kaedah mengikut kreativiti anda tanpa perlu anda memperdaya atau membuat penipuan klik iklan 8Share mahupun ChurpChurp. Semuanya boleh dilakukan dengan cara yang baik dan berkesan.

Cara Ini Tidak Akan Buat Anda Jadi Kaya

Ya, mungkin income dijana ini tak seberapa seperti yang saya kongsikan ini, setakat RM100-200 in Sha Allah boleh dapat dalam masa sebulan dua, tapi apaguna dapat sesuatu dengan cara tidak betul sehingga boleh jana income RM300-RM500 dan beli iPhone, iPad, Samsung Galaxy S4 atau Samsung Tab dengan cara yang nanti buat timbangan sebelah kiri lebih berat dari yang kanan?

Saya tak berapa bijak dalam soal nak dapatkan income online ni sebab saya ini hati lurus.

Saya tak kaya dengan income blog - percayalah, kerana itu saya masih letak banyak iklan dalam blog hanya untuk memastikan saya ada cukup dana bagi menghidupkan blog ini.

Oh ya, jika anda seorang blogger atau mungkin seseorang yang mahu jana pendapatan online mudah dengan berkongsi informasi atau sesuatu yang menarik di blog mahupun laman sosial, sila daftar tanpa ragu secara percuma.


Selamat mencuba.


25 Ogos 2013

Penipuan Insan yang Mulia

Tak habis-habis mereka nak menipu pengguna internet Malaysia. Dari sehari ke sehari, ada sahaja cara dan kaedah yang digunakan untuk menipu. Dan kali ini, saya ingin berkongsi satu email penipuan nyata dari insan yang mulia (boleh pula dia kata diri dia mulia tu ....).

Penipuan seperti ini selalunya menggunakan modus operandi yang sama - iaitu menerusi email. Email akan dihantar dengan pelbagai tajuk dari akaun email yang mencurigakan. Curiga kerana alamat email 'dari' dan 'balas kepada' adalah menggunakan alamat yang berlainan. Berlainan bermaksud di sini ia sama sekali tak nampak kesamaan. Tak faham, ok .. kejap lagi saya letakkan contoh untuk anda perhatikan.
Penipuan Insan yang Mulia

Email-email spam ini dihantar semborono tanpa menyatakan nama penerima, bermaksud anda tidak nampak nama penerima iaitu anda dalam email dikirimkan. Malah, ada email yang dinyatakan kepada seseorang yang bukan nama kita (seperti dalam akaun email).

Oh ya, mengapa saya kata penipuan insan yang mulia? Sebabnya ialah saya menerima satu email penipuan (scam) yang dihantar secara spam ke email, dengan ayat pendahulu menyatakan si pengirim adalah insan yang mulia. Tak faham ...heh .. nah saya tunjukkan isi kandungan email tersebut buat tatapan anda semua.

Penipuan Insan yang Mulia

Salam hormat.

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Puan Siti Sarah Ahmad.
From: Malaysia.
Email: sitiahmad87@yahoo.com
Penipuan insan yang mulia

Kenapa ehh saya terbitkan entri ini? Ini adalah kerana kadangkala ada dan masih wujud kes di mana pengguna internet ditipu hanya kerana email seperti ini. Bagi kita yang mungkin dah terbiasa dengan dunia maya, mungkin tak mudah terpedaya. Tapi bagaimana dengan yang lain, yang mungkin sifat kebaikan dan murah hati mereka adalah lebih mudah dimanipulasikan?

Serius. Ada sahaja pengguna internet di Malaysia yang mudah kena tipu hanya menerusi email.

24 Ogos 2013

Cara Tipu Klik Iklan 8Share dan ChurpChurp

Bukan benda baru, malah dedulu lagi dah berlaku. Cuma sekarang ni, dah makin menjadi-jadi apabila Facebook dijadikan tempat untuk kumpul dan himpun pemilik-pemilik akaun 8Share dan ChurpChurp, bagi kongsi klik iklan dan lakukan apa yang didakwa sebagai penipuan klik.

Mengapa ia dianggap penipuan klik iklan? Sebabnya ialah mereka yang terbabit menggunakan kaedah minta orang klik iklan setelah iklan mereka diklik. Ia memang langgar syarat yang ditetapkan dalam 8Share. Saya pernah terbitkan entri berkenaan di sini - Terma Syarat SAYS Malaysia.

Ini pula sebahagian entri saya tulis pada tahun 2011 mengenai kegiatan Click-Fraud.

  • clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
  • asking for blog visitors’ help to click on the ads
  • registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
  • repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Baca Selengkapnya - Takut Dituduh Melakukan Penipuan .... http://www.hasrulhassan.com/2011/06/takut-dituduh-melakukan-penipuan.html#ixzz2couBQBtg

Cara Tipu Klik Iklan 8Share dan ChurpChurp Menerusi Facebook

Sekarang, jadi satu kaedah pula diwujudkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam Facebook untuk klik iklan-iklan yang dikongsikan menerusi 8Share dan juga ChurpChurp. Ada banyak, dan kebanyakkannya adalah closed group di mana ahlinya dipilih untuk masuk ke kumpulan berkenaan.

Cara tipu iklan 8share dan churpchurp
Cara menipu iklan 8share dan ChurpChurp
Cara menipu iklan 8share dan ChurpChurp
Cara tipu iklan 8share dan churpchurp
Yang peliknya ialah ramai antara mereka ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah, tapi tetap juga buat. Paling best, siap diberikan tips tertentu dan kata nasihat supaya awas agar tidak dikenakan tindakan oleh pihak 8Share mahupun ChurpChurp. Selalunya tindakan yang dikenakan adalah akaun dibekukan dan income tak dapat dikeluarkan (jika ada).

Kata mereka, ini bukan duit blogger yang kena bayar tetapi pengiklan, jadi apa salahnya buat begitu ...

Namun, saya pasti ramai blogger Malaysia terutama blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia ini yang dah cukup arif kenapa tidak boleh dilakukan hal sedemikian. Malah perbincangan ini dah pun jadi satu terbitan dalam beberapa blog dakwah dan islamik berkenaan pendapatan online menerusi iklan ChurpChurp, 8Share, Nuffnang, Advertlets dan pelbagai lagi. Saya bukan nak sekat rezeki orang lain, tapi nak dapatkan income cuba buat cara dan teknik yang dibolehkan.