As-Salam. Kan kan .... saya dah kata, sila tukar widget follower dalam blog tu, gantikan widget lama Google Friend Connect dengan Google + Follower. Kalau dulu lagi dah buat, tentu anda dah boleh 'kumpul' jumlah pengikut sendiri dalam widget interaksi serta laman sosial Google terbaru tersebut.

Saya sendiri cuba untuk menggalakkan lebih ramai blogger gunapakai widget Google+ Follower ini dalam blog. Antara sebabnya ialah, saya tidak dapat nak login untuk jadi follower anda menerusi Google Friend Connect kalau ada segmen, kontes atau giveaway diadakan.Ia akan keluar 404 Page Error dan buatkan blog tu jadi kaku. Kecuali kalau blog tersebut ada Google+ Follower, haa yang tu dengan satu klik je leh jadi follower profile anda.

"Tukar Widget Follower Blog Anda" - Kata Blogger

Saya bukan menyarankan anda sekadar suka-suka, meh tengok apa yang Blogger beritahu saya (menerusi email).


Kebaikan Google+ Followers

Apa yang akan diberikan oleh  Google+ followers gadget ini?
  • Membolehkan pengunjung jadi pengikut hanya dengan satu klik
  • Pemberitahuan kepada pengikut setiap kali anda kongsi entri ke Google+
  • Tunjukkan jumlah pengikut anda samada di blog mahupun di profile Google+ anda
Gadget atau widget ini boleh anda letakkan dengan mudah menerusi dashboard blogspot anda. Hanya perlu klik atau pilih Google+ dan kemudian sambungkan dengan blog anda (jika belum). Pilih Layout dan Add a Gadget ... anda akan nampak gadjet ini Google+ followers .. letakkan di mana anda mahu dalam blogspot anda.

Selamat mencuba.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kte pn baru letak widget ni

    BalasPadam
  2. Sy dh lm letak widget tu. Alhamdulillah blog followers dlm blog utama sy www.ieta-myblog.blogspot.com tu tak hilang. tp dlm blog bloglist sy mmg blog followers dh tak leh letak coz dh takde. Syg pula nk buang blog followers dlm blog utama sy tu. Biarkan aje la. Tp, widget g+ followers mmg mudah

    BalasPadam
  3. Widget follower blogger yg lama ada masalah bagi pengguna symbian rasanya. Dulu nor guna nokia e65, xdpt nak masuk blog yg ada letak blogger follower. Dulu remove jap, sekarang dah pasang balik sbb guna hp lain plak tgk blog. Letak balik sbb tgk rakan blogger lain masih ramai yg letak. Hehe. Google+ follower pun letak juga. :)

    BalasPadam
  4. dh lama dh tak aktif guna widget google follower ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement