As-Salam. Penjenamaan amat penting untuk memastikan blog kekal relevan. Blog ini telah beberapa kali bertukar 'nama' di sebalik url permalink blog ini yang masih sama - mengekalkan nama hasrulhassan sebagai satu 'produk' dalam dunia blog Malaysia. Mungkin nak taksub kepada nama sendiri, tetapi ia sebagai tanda hormat dan syukur saya kepada dua ibu bapa yang memberikan nama sebegitu.

Daripada Bangku Kosong, blog ini dikenali kemudiannya dengan HASRULHASSAN.COM. Dijenamakan kembali menjadi Panduan Blogger gara-gara untuk membolehkan blog disenaraikan dalam Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 bagi kategori Favourite Educational Blog, dan menjadi antara top 3 dalam kategori tersebut. Alhamdulillah, dengan usaha menerusi Facebook, Twitter dan bantuan rakan-rakan blogger, blog ini semakin dikenali sebagai salah satu tempat pencarian ilmu blog - samada mengenai SEO, tips blogging, mengenai Google Pagerank, dan juga mengenai cara sebuah blog menjana pendapatan.

Kemudiannya, atas beberapa sebab, saya ubah lagi nama blog ini menjadi OHBlogger Malaysia, berserta logo baru bagi membolehkan ia semakin dikenali dalam dunia blog Malaysia. Mungkin satu hari nanti, url atau alamat blog ini akan berpindah atau bertukar .... itu masih lagi dalam penelitian, samada relevan atau tidak.

Apapun, selepas beberapa perubahan kecil ini, kedudukan trafik blog ini masih lagi alhamdulillah ok. Masih berada di dalam kelompok 300 teratas di Malaysia, bersaing rapat dengan beberapa laman web lain termasuklah blog mamat penggemar cendol, yang juga merupakan pemilik blog OhCikgu.com yang telah dinobatkan sebagai Favourite Educational Blog MSMW2013.


Statistik yang ditunjukkan di atas ini adalah merupakan ranking Alexa pada akhir bulan Jun 2013. Ia merupakan kedudukan terkini Alexa bagi bulan setengah tahun bagi OHBlogger HASRULHASSAN.COM ini.

Untuk senarai keseluruhan kedudukan Alexa di Malaysia, anda boleh rujuk sendiri laman web Alexa bagi Malaysia di sini - Malaysia - Alexa Top Sites

Ahmadfaizal.com merupakan salah satu blog daripada seorang blogger yang terkenal dengan pendapatan onlinenya - dikenali juga sebagai Encik Titan. Dan Ahmad Faizal juga adalah pemilik blog Earncent.com dan juga OhCikgu.com.

Bukan mudah mahu kekal berada di tempat sebegini. Ia berkaitan kerja keras dan usaha, dan juga sokongan daripada anda semua. Terima kasih banyak-banyak.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah~semoga terus dkenali dgn penjenamaan bru

    BalasPadam
  2. Sungguh hebat blog bro HH... Sebagai ganjaran, saya akan promotekan blog bro HH ke dalam fan page ini --> https://www.facebook.com/OppaGanyangKau2 selama lima hari mulai esok bila keluar update blog bro HH yg terbaru.

    BalasPadam
  3. Terima kasih .... :) moga kejayaan ini menjadi milik semua.

    BalasPadam
  4. Terima kasih pada @Ija Rased sebab sudi singgah dan berikan sokongan pada bro.

    BalasPadam
  5. opkos.nice blog dan entry.cukup membantu saya.

    BalasPadam
  6. Tahniah.....Semoga blog tuan HH terus maju jaya. Memanglah susah nak kekal momentom...kalau kita deman, lagi jatuh....parah. Blog tuan byk info2 yg mementingkan kualiti informasi itu sendiri...ia berkongsi pengalaman dan tindakan yang perlu diikuti. I like blog hasrulhassan.com.

    BalasPadam
  7. terbaik.. congrats

    BalasPadam
  8. tq bro..blog yang sangat memberi sya info. hihihi..bru jumpa la blog ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement