As-Salam. Apabila anda menulis di bulan Ramadan, maka jadilah blogger yang berpuasa wajib! Ya, anda perlu menjadi blogger berpuasa wajib, bukan berpuasa sunat. Puasa Ramadan wajib ditunaikan jika penuhi syarat yang telah ditetapkan. Saya pasti semua orang yang ada blog dah kira wajib dah .. sbb takkan ada orang gila atau buat blog .. ye tak?
Ohblogger malaysia - jadilah blogger berpuasa wajib

Jadilah Blogger Berpuasa Wajib

Puasa bulan Ramadan ... bila wajib ni, kena ambil perhatian sedikit, sebab kalau main acuh tak acuh je, puasa ini wajib diganti dan diulangi, tak macam puasa sunat. Apa yang saya nak highlightkan? Hmm jadilah blogger yang berpuasa wajib yakni melakukan .. opss dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa serta menjadikan puasa itu tiada kualiti.

Ya, saya tahu ramai anda akan kata ... ya .. saya puasa wajiblah ni .. tak makan minum dari pagi sampai ke petang. Tapi bagaimana dengan cirian puasa lain? Adakah anda berhenti bergossip? Adakah anda berhenti mengata? Adakah anda berhenti curi tulang? Adakah anda berhenti kutuk mat-mat bangla dan mat nepal? Adakah anda telah zipkan mulut daripada berkata bohong dan dusta? Adakah anda telah berpuasa untuk menulis cerita-cerita sekadar sensasi bagi menghormati bulan mulia ini - Bulan Ramadan Al Mubarak?

"Sia-sia je Puasa"

Haaa .. macamana? Saya sendiri pun terkedu bila ada rakan bertanya

EHh kau tulis blog tu .. dok cerita-cerita macam-macam tu, orang lain baca time bulan puasa.. tak ke dapat saham dosa sekali? Nanti sia-sia je nanti puasa kau weihhh ...

Erkk .. saya tak terkata apa. Nak kata apa dah .. sebab apa yang diberitahu memang ada benarnya. Sekarang pilihlah mana yang lebih baik - Trafik blog mencanak naik kerana entri sensasi (penuh gambar tak baik, gossip, cerita-cerita berbaur fitnah) atau mahu pahala serta kebaikan dari blog menjadi berganda kerana entri-entri berunsur dakwah, serta ketuhanan? Atau paling tidak pun tak cerita benda-benda tak elok ...

Jadilah blogger berpuasa wajib - berpuasa menerbitkan entri yang akan jejaskan pahala puasa Ramadan anda. Anda mahu, anda pilih.




1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sangat setuju bang. Kita sebagai blogger perlu lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement