As-Salam. Ini merupakan bahagian akhir untuk M.E.S.T.I, prinsip asas untuk seorang blogger baru berjaya dalam dunia blog Malaysia. Saya dah terangkan hampir kesemuanya, M untuk Mentor, E untuk Emosi/Ilmu, S untuk Sistem 'Copy-Pate', T untuk Tindakan dan kali ini, prinsip terakhir dan antara paling penting I iaitu Impian dan matlamat yang jelas.

M.E.S.T.I - Blogger Perlu ada Impian yang Jelas

OhBlogger - Blogger Perlukan Impian dan Matlamat Jelas

Mengapa Impian dan Matlamat Penting?

Mengapa ia penting? Impian atau matlamat ialah apa yang akan anda ingin dan mahu capai dalam dunia blog Malaysia. Menerusinya, anda boleh mencari dan pilih Mentor yang sesuai, kalau salah dan tersilap memilih, mungkin hala tuju yang anda mahukan tidak akan terlaksana. Takkan nak ikut sang Keldai andai mahu menjadi sang Kuda. Tak faham? Fikirkan, kalau anda mahu blog anda mempunyai pembaca yang ramai, maka pilihlah mentor dari blogger yang blognya mempunyai ramai pembaca di blognya. Begitulah juga kalau mahu blog anda mahu cekap dan mesra SEO, pilihlah blogger yang boleh memberikan tunjuk ajar mengenai SEO (Search Engine Optimization).

Impian Berikan Bentuk Ilmu dan Emosi Betul

Impian yang jelas akan bantu anda mencari ilmu dan emosi yang diperlukan dengan betul. Kalau anda masih lagi blur mengenai tujuan, impian dan matlamat, anda pasti akan tersilap langkah. Ini bermakna proses itu akan terganggu, kalau orang lain boleh buat dalam masa 1-2 tahun untuk berjaya dalam dunia blog, anda mungkin akan ambil masa lebih daripada itu. Ilmu dan emosi akan bantu anda menjadi blogger berjaya dan mungkin pakar mengenainya.

Impian Menerusi Sistem Terbukti Berkesan

Sistem, pilih dan ikut sistem yang dilakukan oleh mentor dan menerusi ilmu yang diberikan. Tak susah mana, anda hanya perlu copy-paste sahaja apa yang dilakukan. Oppss ... bukan copy-paste entri yer .. tapi sistem yang digunakan, lihat cara bagaimana seorang blogger itu berjaya dengan cara yang dilakukan. Maka, itulah sistem yang perlu anda ikuti dan tiru. Carilah sistem yang benar-benar berjaya, dan bukan sistem yang hanya diceritakan tanpa bukti.

Berjaya Menerusi Tindakan Gila-Gila

Tindakan daripada impian anda. Fikirkan, anda takkan berjaya buat roti telur, kalau anda tiada tindakan untuk dapatkan roti dan telur. Anda tak boleh buat roti telur hanya daripada roti sahaja, dan anda takkan menjadikan sekeping roti menjadi roti telur kalau tak ada telurnya. :) Maka, pastikan tindakan anda lengkap dari A sampai ke Z menerusi sistem yang telah sedia ada, berdasarkan ilmu yang diperolehi serta menerusi tunjuk ajar Mentor yang membimbing. Tindakan anda perlu aktif dan gila-gila untuk membolehkan anda cergas dan pantas capai apa yang anda mahukan.

Jelas dah? M.E.S.T.I perlu dipraktikkan oleh blogger baru untuk berjaya. Ramai blogger-blogger yang dah berjaya sangat-sangat teringin bantu anda untuk memperoleh sesuatu dari dunia blog ini. Segalanya adalah mengenai diri anda. Usah lagi mengeluh, walhal telah ada jalan diberikan.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Singgah mencari ilmu sambil menyiapkan assignment. Terima kasih sudi membantu blogger baru nak menapak mcm sy ni. Terima kasih...

    BalasPadam
  2. Sama-sama @ieta ... kalau tak ada anda untuk ilhamkan saya .. sukar juga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement