As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, bagaimana nak menggunakan Feedburner? Ok, buat yang tidak tahu apakah fungsi feedburner, anda boleh rujuk entri saya di SINI dan di SINI. Secara mudahnya, saya boleh katakan, ia merupakan satu aplikasi dalam talian yang menguruskan feed blog anda. Feed atau suapan boleh dianggap sebagai blog anda dalam bentuk yang lebih simple dan mudah - boleh berada dalam dua bentuk iaitu RSS atau Atom.

Cara Alih Feed Blogspot ke Feedburner

Pertama sekali, anda perlu daftar blog anda untuk membolehkan feedburner menguruskan RSS blogspot anda. Pergi ke Feedburner dan anda akan dapati paparan berikut - paparan ini hanya akan anda nampak jika anda telah login ke dalam akaun Google anda.
Ok. Masukkan url atau alamat blogspot anda ke ruangan kotak yang disediakankan. Kemudian, klik Next. Paparan seterusnya pula akan kelihatan dengan menampakkan alamat url blog anda, serta rss atau atom asal blog anda.

Seperti contoh yang saya berikan ini, saya letakkan url blog http://www.bonusleaks.com atau asalnya http://bonusleaks.blogspot.com. Secara am, akan ada 2 feed asal dapat dikesan oleh Feedburner , pilih salah satu, selalunya saya pilih pilihan yang pertama.

Bila dah berada seperti paparan di atas ini, anda boleh kemukakan nama baru untuk feed blog anda supaya mudah diingati. Cara paling senang ialah menamakan ia sama seperti nama blog anda. Klik Next selepas anda puas hati dengan apa yang ditunjukkan.

Anda akan terima feed blogspot anda yang baru. Gunakan url ini untuk anda buat ping di laman-laman ping seperti Auto-ping, PingShark, GooglePing dan macam-macam lagilah yang menerima feed sebagai salah satu input. Baca apa yang dipaparkan, dan kemudian mulakan langkah untuk integrasikan dengan blogspot anda.



Blog anda sudah ada feed yang diuruskan oleh Feedburner, ini bermakna blog anda sudah ada mekanisma untuk didedahkan kepada dunia dalam banyak cara yang disediakan menerusi perkhidmatan yang ada di Feedburner.

Cara Alih Feed Blog

Namun, perkara paling penting sekali anda lakukan ialah dengan memastikan blog feed anda kini sudah dialihkan kepada alamat feed yang baru.

Buka dashboard blogspot anda, pergi ke bahagian Settings - Others dan letakkan alamat atau url baru feed blog anda.



Dah siap. Anda boleh godek-godek laman feedburner.com tu untuk ketahui banyak benda yang boleh bantu optimasikan blog anda. Dengan kesempurnaan selenggara RSS blog anda, semakin mudahlah blog anda untuk tersenarai dalam enjin carian ... dan juga laman-laman berita berkaitan.

Mungkin anda tidak tahu, dengan adanya Feedburner ini, sesetengah blog yang ada kandungan berkualiti, akan secara auto tersendat di dalam berita-berita seperti ABN, CNN, Yahoo News, Google News dan macam-macam lagi.

Selamat mencuba.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement