Bagaimana nak keluarkan duit dari Nuffnang dengan cepat? Ada blogger yang mahu keluarkan pendapatan dari Nuffnang mengeluh sebab perlu tunggu sehingga hampir dua bulan untuk dapatkan cek daripada pihak Nuffnang. Hmmm ... kasihan blogger tu, kasihan bukan sebab apa, sebab tak baca cara-cara nak keluarkan duit income Nuffnang tu dengan terperinci. Kalau tidak masalah keluh kesah untuk dapatkan cek tu pasti tidak akan berlaku.

Sebenarnya, anda boleh percepatkan langkah mendapatkan cek pendapatan atau keluarkan income Nuffnang anda dengan pantas jika anda ikuti langkah yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Hanya perlukan sedikit masa anda untuk lihat dan baca. Dan kalau diteliti betul-betul, ada tips keluar duit cepat daripada Nuffnang yang boleh dicuba.

Perlu Ada RM50 Untuk Dapatkan Cek

Seperti yang sedia maklum. Urusan pengeluaran pendapatan daripada Nuffnang melibatkan anda perlu mencapai tahap minima pengeluaran iaitu sebanyak RM50. Apabila telah capai jumlah terkumpul sebanyak itu, barulah akan ada option atau butang pengeluaran - butang Cash Out dipaparkan. Dan lagi, anda memang tiada pilihan lain untuk pengeluaran income daripada Nuffnang selain dari cek. Jadinya, tak perlu susah payah nak tanya atau cari artikel bertanyakan cara nak pindahkan pendapatan income dari Nuffnang ke akaun bank .... sebab memang takkan ada punya.
Bagaimana nak keluarkan income nuffnang dengan cepat

3 Tips Keluar Duit Cepat Dari Nuffnang

  1. Jangan tekan Cash-Out income Nuffnang anda di awal bulan, seperti contoh hari ini 1 Julai. Ini akan akibatkan anda perlu menunggu hampir dua bulan untuk terima cek.
  2. Tekan Cash-Out income (jika ada) hanya pada akhir bulan. Contohnya, bulan June 2013, anda boleh klik Cash-Out pada 28 Jun 2013 iaitu Jumaat. Jangan tekan pada Sabtu dan Ahad kerana ia di luar waktu biasa bekerja. Ini akan akibatkan Cash-Out anda diproses pada hari Isnin iaitu dah masuk bulan baru.  28 hb adalah tarikh selamat. Mungkin sebagai ahli Glitterati boleh keluarkan pada 30 hb namun manalah tahu kot-kot nanti cuti umum ke, cuti berganti ke, pejabat Nuffnang tak boleh proses, maka dicadangkan 28-29hb sebagai tarikh selamat. :)
  3. Cash-Out pada hari selepas Isnin untuk elakkan anda kehilangan income menerusi CPC bulanan kerana income akan update setiap Isnin.

Contoh Dapatkan Cek Cepat Daripada Nuffnang

Contoh cara nak keluarkan income Nuffnang dengan cepat adalah macam ni - Katakan anda dah sampai tahap boleh keluarkan income Nuffnang iaitu RM50 pada bulan lepas (Jun 2013). Maka pada 28 hb - hari dan tarikh terakhir waktu bekerja bagi bulan Jun, anda klik Cash-Out pada ruangan Earnings Nuffnang. Ini bermakna, pihak Nuffnang akan proses akaun anda sepanjang bulan Julai. Ini bermakna cek akan tiba ke alamat rumah anda pada awal bulan Ogos 2013 nanti, in Sha Allah.

28 hb adalah tarikh selamat. Mungkin sebagai ahli Glitterati boleh keluarkan pada 30 hb namun manalah tahu kot-kot nanti cuti umum ke, cuti berganti ke, pejabat Nuffnang tak boleh proses, maka dicadangkan 28-29hb sebagai tarikh selamat. :)

Punca Lewat Dapat Cek

Masalah kelewatan akan timbul jika alamat dan nama anda tidak betul dalam ruangan profile anda. Satu lagi, cek akan lewat diterima andaikata pihak Nuffnang mengesyaki terdapatnya penipuan klik iklan dalam ruangan Earnings anda. Jadi, pastikan bahawa anda tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh membatalkan pendapatan atau income Nuffnang anda.

Kelebihan Khusus Ahli Nuffnang Glitterati

Oh ya, tips ini khusus dan khas jika anda seorang ahli Nuffnang Glitterati sahaja. Jika anda bukan ahli Glitterati (Non-Glitterati), proses pengeluaran cek akan jadi dua kali ganda, atau dalam kata lain ahli Glitterati - 30 hari, maka Non-Glitterati - 60 hari.

Harapnya dengan tips keluar duit cepat dari Nuffnang ini akan bantu ramai blogger Malaysia untuk mendapatkan cek daripada Nuffnang dengan perasaan puas hati dan tersenyum lebar.

Entri ini ditulis bagi bantu blogger baru terutamanya yang resah gelisah sampai hantar tiket pada Nuffnang bertanyakan mengapa cek tidak diproses lagi.

Agak-agak macam dah rasa tak best, digalakkan anda untuk bertukar plaform pengiklanan di blog anda yang boleh anda dapat daripada lebih 180 syarikat yang ada. Err tak tahu? Anda boleh semak dan daftar di sini - 101 Platform Pengiklanan Blog

Selamat mencuba.

p.s: Belanja la HH sikit weihhh kalau dapat banyak income tu .. :P




3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nicec nice sy tau ramai tak tahu ttg ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm harapnya dengan entri ini ramai yang dah tahu.

      Padam
  2. pernah lambat dapat keluar income Nuffnang sebab nama tak sama dalam ic hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement